Saturday 5 May 2012

pantun empat kerat

Anak kecil bermain di tepian,
            Tempat si rusa berkejaran juga;

Kasih ibu bermati-matian,
            Sanggup berkorban jiwa dan raga,

Bunga melur bunga siantan,
            Elok di simpan di dalam peti;
Cinta dan sayang bukan mainan,
            Harap dibawa hingga ke mati.

Ayu Cik Limah berkain batik,
            Mata yang memandang tidaklah jemu;
Hati terkenang budi yang cantik,
            Moga terbalas bila bertemu.

Terbang tinggi si rama-rama,
            Singgah sebentar di batang cempaka;
Rupamu menawan bak bulan purnama,
            Menjadi penawar dikala duka.




by:anis shahira

kedudukan malaysia

Kedudukan Malaysia

Kedudukan Malaysia terletak berhampiran dengan Garisan Khatulistiwa. Keluasan Malaysia adalah kira-kira 329 733 km persegi. Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan tiga buah wilayah persekutan, iaitu Kuala Lumpur, Pulau Labuan dan putrajaya.


by:anis shahira

apa erti bestfriend

Ape maksudnye best friend tu ye? Maksud yang sebenar-benarnye? Korang taw?Tolong bagitaw aku sket... Aku rase macam aku dah conpius dah ni...

Adekah best friend tu cume sorang je kat dunia ni? Kalau dah banyak2 tu bukan best friend... Betul ke? Jawablaaa....

Adekah best friend tu diukur pade berape banyak yang die ingat kat kite? Mcam mane kite nak ukur? Pakai pembaris? Ke nak pakai timbang?

Adekah best friend tu dikira pada berape banyak kali kite berhubung @ berjumpe dengan die? Kalau dah tak jumpe tu maknenye bukan best friend lagi dah ke?

Adakah best friend tu jugak dikira pada berape lame kite kenal die? Kalau baru kenal maknenye tak boleh jadi best friendla ye?

Adekah best friend ni ade mase kite susah je? kalau kite dah senang... kite tinggalkanlah die... tapi die tak pernah tinggalkan kite... Macam tu ke?

Sejak akhir2 ni aku jadi keliru dengan maksud best friend ni... Cik Puan shiera boleh tolong terangkan x?Hehe...

Kalau korang ade kawan baik sejak sekolah rendah kemudian 1 hari die berkahwen dan punya kehidupan die sendiri... Sampai 1 ketika die tak lagi menghubungi korang... Adakah korang akan terus putuskan hubungan korang dengan die?         





by:anis shahira

jenis dosa besar



Senarai Dosa-Dosa Besar

1. Menyekutukan Allah s.w.t. dengan mana-mana makhluk (Syirik)
2. Membunuh manusia tanpa sebab
3. Melakukan perbuatan Sihir atau mempelajari ilmu sihir
... 4. Meninggalkan solat fardhu
5. Tidak membayar zakat
6. Tidak berpuasa di bulan Ramadhan tanpa uzur syar’i
7. Tidak menunaikan haji walaupun mampu
8. Derhaka kepada kedua ibubapa
9. Memutuskan hubungan silaturrahim
10. Melakukan zina
11. Tidak menunaikan hak anak dan isteri
12. Membiarkan jiran kelaparan sedangkan dia kekenyangan
13. Homoseksual (hubungan sesama jantina)
14. Mengambil, memberi serta menulis harta Riba
15. Makan harta anak yatim dengan kejam dan banyak lagi!!!!

by:anis shahira

MENGENAKAN PAKAIAN PENDEK, TIPIS DAN KETAT


Di antara perang yang dilancarkan oleh musuh-musuh Islam pada zaman ini adalah soal model berpakaian. Musuh-musuh Islam itu menciptakan bermacam-macam model pakaian lalu dipasarkan di tengah-tengah kaum muslimin.
Ironisnya, pakaian-pakaian tersebut tidak menutup aurat kerana amat pendek, tipis atau ketat. Bahkan sebagian besar tidak dibenarkan dipakai oleh wanita meskipun di antara sesama mereka atau di depan mahramnya sendiri.
Dalam hadits yang diriwayatkan Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengambarkan bakal munculnya pakaian semacam ini di akhir zaman....

by:anis shahira 

doa untuk sahabat

DOA UNTUK SAHABATKU… Ya Allah panjangkanlah umur sahabatku.. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,terangi hatinya dengan nur pancaran iman.Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatknlah hatinya kepada kebaikan,jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat....=]


by:anis shahira

puisi untuk ibu



Ibu...
adalah wanita yang telah melahirkanku
merawatku
membesarkanku
mendidikku
hingga diriku telah dewasa

Ibu...
adalah wanita yang selalu siaga tatkala aku dalam buaian
tatkala kaki-kakiku belum kuat untuk berdiri
tatkala perutku terasa lapar dan haus
tatkala kuterbangun di waktu pagi, siang dan malam

Ibu...
adalah wanita yang penuh perhatian
bila aku sakit
bila aku terjatuh
bila aku menangis
bila aku kesepian

by:anis shahira

sketsa lawak


Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas.
Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari
seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku
Katanya : “saya adalah yang paling malas”
Raja pun bertanya : “apa tahap malas awak?”
Lalu jawab lelaki tersebut :”kalau saya hendak makan, ada orang
yang menyuapkan saya”.
Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : “Saya lebih malas lagi
dari dia tuanku”.
Tuanku pun bertanya kepadanya : “sampai mana pulak tahap malas
awak?”
maka jawabnya : “Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong
kunyahkan”.
Maka raja pun terdiam?
Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil
berkata:
“saya adalah yang paling malas tuanku”.
Raja pun bertanya, : “bagaimana pula tahap kemalasan awak?”
budak itu pun menjawab : “Nak cite pun malas”.
KAH?KAH?.KAH?.!

kepentingan geografi

geografi bukan sekadar itu. Geografi meliputi air, udara, tanah, lapisan bumi, seismologi, vulkanologi, corak penempatan, malah zon masa. Kaitannya dengan sejarah adalah pada sejarah latar belakang kejadian geologi, arkeologi serta pembentukan demografi penduduk hari ini. Semua ini adalah faktor kunci yang perlu ada bagi pembangunan modal insan sesebuah negara maju di masa depan. Buta geografi hakikatnya merugikan negara. Contohnya, cadangan membina pancuran air di garis pantai bagi mengatasi jerebu seperti yang pernah dicadangkan ketika jerebu teruk tahun 1997. Hakikatnya konsistensi angin yang membawa partikel terampai tidak memungkinkan apa-apa jaminan cadangan itu akan memberikan hasil kejayaan. Bayangkan kerugian yang tertanggung sekiranya idea ini digunapakai.


by:anis shahira 

erti sahabat

Bagi saya, Sahabat tu besar maknanya. Memang susah nak cari tapi memang wujud. yang boleh saya panggil sahabat mungkin ada sorang dua. Macam mana dengan yang lain? Saya hanya boleh panggil mereka rakan kelas  dan tak lebih dari itu. tetapi,Ada juga yg kawan makan kawan. 


by:anis shahira

sekolah selamat



Program Sekolah Selamat dilancarkan di sekolah-sekolah di Malaysia bagi membendung masalah disiplin para pelajar. Warga sekolah di Malaysia bermaksud guru, pelajar, kakitangan sokongan, pentadbir sekolah, kaunselor dan sebagainya.
Setiap warga sekolah mestilah mempunyai kesedaran tentang keselamatan dan diterjemahkan melalui sikap dan tingkahlaku sensitif, prihatin dan tanggungjawab profesional untuk menjamin suasana pembelajaran dapat berjalan dengan baik.

by:anis shahira

pantun

pisang emas dibawa belayar,
masak sebiji di atas peti,
hutang emas boleh di bayar,
hutang budi membawa mati,






by:anis shahira

kepentingan rakan

rakan penting dalam kehidupan seharian kita.....dengan itu kita haruslah hargai rakan kita:)



by:anis shahira

Wednesday 2 May 2012

Kebaikan program kitar semula...

      

Kebaikan program kitar semula

      Sejak tahun-tahun belakangan ini, program kitar semula telah mula diberi perhatian oleh kerajaan kerana kawasan pelupusan sampah sudah semakin terhad. Antara tujuan program kitar semula adalah kerana kawasan pelupusan sampah yang semakin kecil sedangkan sisa bahan buangan semakin hari semakin banyak. Keadaan seperti ini jika tidak diuruskan dengan baik akan menyebabkan pencemaran serta boleh menyebarkan wabak penyakit.
                                                                                                                   
     Program kitar semula dapat mengurangkan kuantiti sampah kerana bahan buangan seperti surat khabar, botol minuman dan besi boleh dikitar semula dan diproses menjadi bahan mentah untuk kegunaan pelbagai industri. Dalam hal ini mengitar semula penting untuk  menjimatkan kos pengurusan sampah oleh pihak majlis perbandaran dan pihak swasta. Kos pengurusan sampah bukanlah murah kerana proses ini melibatkan banyak pihak dan kenderaan yang besar. Oleh sebab itu sampah perlu diuruskan dengan baik agar dapat menjimatkan perbelanjaan membersihkan keadaan persekitaran.

       Program kitar semula juga membekalkan bahan mentah untuk industri tertentu, misalannya kertas surat khabar lama penting untuk kilang kertas. Manakala besi buruk boleh dijadikan bahan logam yang penting untuk industri besi dan logam. Botol minuman dan bekas makanan plastik boleh dijadikan sumber industri yang berasaskan barangan plastik. Oleh sebab itu ada pihak tertentu melihat program ini sebagai sumber pendapatan kerana semua bahan berkenaan boleh dijual, justeru, bahan berkenaan  tidak harus dibuang di merata-rata tempat kerana ada banyak faedah yang boleh kita peroleh jika dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

      Kitar semula juga penting agar alam sekitar bersih dan bebas daripada pencemaran. Kebersihan alam akan menambah keceriaan di sesuatu kawasan. Orang ramai boleh menikmati keindahan alam dengan sepenuhnya jika alam sekitar bersih kehidupan menjadi lebih seronok dan selesa.

       Sesuatu yang lebih penting melalui program kitar semula ialah dapat mendidik masyarakat supaya mementingkan kebersihan alam sekitar. Melalui program tersebut kita mengharapkan agar semua penduduk Malaysia dapat memainkan peranan masing-masing untuk menjaga alam sekitar setiap masa. Orang ramai harus mengetahui tempat pembuangan sampah yang betul. Mereka hendaklah membuang sampah di tempat yang telah ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan. Alam sekitar yang bersih akan menjamin keselesaan hidup di mana-mana juga kita berada di negara ini.

BY: SARAH FARISYA

faktor tarikan kunjungan pengguna ke perpustakaan

Membaca Jambatan Ilmu merupakan kata-kata hikmat yang sering tertera di mana-mana perpustakaan .
Perpustakaan merupakan sebuah tempat yang menempatkan pelbagai pilihan buku kepada para penggemar ilmu.Galakan daripada kerajaan sendiri ke arah membudayakan amalan membaca adalah dengan penubuhan perpustakaan desa atau perpustakaan bergerak.
         Antara faktor peningkatan pengguna sesebuah perpustakaan ialah kepelbagaian bahan bacaan yang terdapat di sana.Setiap individu mempunyai cita rasa yang berbeza.Kanak-kanak sudah tentu meminati buku cerita fiksyen dan bukan fiksyen.Manakala golongan dewasa inginkan pilihan buku seperti buku masakan untuk suri rumah,novel untuk golongan remaja dan buku ilmiah untuk golongan profesional.
         Selain itu,faktor keselesaan yang terdapat di perpustakaan tentunya selesa sekiranya perpustakaan tersebut berhawa dingin.Mempunyai kemudahan Internet turut memudahkan orang ramai dalam pencarian maklumat,terutama pelajar sekolah dan IPT.Pendek kata ,kemudahan yang ditawarkan mampu menarik kunjungan pengguna ke sesebuah perpustakaan.
         Kesimpulannya,menjadikan buku sebagai pendamping yang setia tidak akan merugikan malah memberi kita ilmu yang berguna.Pihak kerajaan secara khususnya perlu menaik taraf perpustakaan yang terdapat di negara ini sebagai langkah menarik pengunjung.

by:SYAFIQAH