Friday 29 June 2012

langkah-langkah membantu Orang Kurang Upaya(OKU)

Bukan semua oarang dilahirkan di dalam keadaan yang normal seperti kebayakan orang lain.Ada antara kita yang dijadikan ole Tuhan dengan dilahirkan dalam kekhilafan.Golongan yang digelar Orang Kurang Upaya(OKU)ini tidah harus kita pinggirkan dalam kita sibuk mengejar kecanggihan teknologi kini.
           Sebagai masyarakat yang cakna dan bertanggungjawab kita haruslah membantu golongan ini menikmati hidup yang sama seperti mereka yang normal.Mereka harus diberi peluang untuk menerima pendidikan yang sempurna agar mereka dapat menuntut ilmu dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara.Antara usaha yang dijalankan oleh kerajaan ialah menyediakan kelas-kelas pendidikan khas di kebanyakan sekolah.
            Selain itu,pihak majikan harus membuka lebih banyak peluang kerajaan kepada OKU.Hal ini kerana OKU sememangnya terkenal dengan kemahiran dan ketekunandalam melakukan sebarang pekerjaan.Gaji yang ditawarkan mestilah sama dengan gaji yang diberikan kepada pekerja-pekerjayang normal agar OKU tidak berasa mereka dipinggirkan.
             Kesimpulannya,OKU mampu untuk memeberi sumbangan dalam arus pembangunan negara kita.Mereka harus diberi ruang yang luas agar mereka dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan orang lain yang sempurna sifatnya.

by:SYAFIQAH

faktor pemilihan sesebuah rumah kediaman

Rumah kediaman yang lengkap dan selesa menjadi idaman semua manusia.Kini,terdapat pelbagai jenis rumah yang ditawarkan oleh pihak  pemaju perumahan daripada yang berharga puluhan ribu hinggalah ratusan ribu.Contoh rumah yang ditawarkan ialah rumah kos rendah,rumah teres,banglo,aparten dan kondominium.Pembelian sesebuah rimah bergantung kepada beberapa faktor.
         Faktor utama pembelian sesebuah rumah ialah lokasi rumah tersebut.Setiap pembeli sudah tentu inginkan rumah yang berdekatan dengan tempat kerja.Hal ini tentunya akan memudahkan mereka berulang-alik ke tempat kerja sekali gus menjimatkan kos pengangkutan.Kawasan yang tidak terlalu sesak juga menjadi pilihan utama pembeli.
         Selain itu,kawasan yang mempunyai kemudahan yang lengkap dengan pelbagai infrastruktur turut menjadi keutamaan.Kemudahan seperti jalinan jalan raya,hospital,sekolah,bank dan sebagainya menjadi pilihan pembeli.Jarak rumah yang ingin dibelidengan kemudahan di kawasan tersebut amat dititikberatkan.
         Keadaan rumah tersebut juga perlu berbaloi dengan harga yang ditawarkan oleh pihak pemaju perumahan.Sering kali berlaku rumah yang dibeli berlaku kerosakan seperti dinding retak dan lantai mendap.Oleh itu,pihak pembeli perlu berhati-hati agar tidak mudah terpedaya dengan janji manis penjual.
          Kesimpulannya,rumah merupakan keperluan bagi semua orang.Namun,jika ingin membeli rumah perlu mengambil kira beberpa faktor agar tidak menyesal pada kemudian hari seperti pepatah alah membeli,menang memakai.Rumah idaman keluarga sudah tentunya menjadi Rumahku.Syurgaku.

by:SYAFIQAH

Sunday 24 June 2012

keselamatan di sekolah pada waktu kebakaran


Belakangan ini kita sering didedahkan dengan kes-kes kebakaran yang mengakibatkan kemalangan jiwa serta kerugian harta yang banyak.Malapetaka itu terjadi akibat kecuaian dan tiada langkah-langkah keselamatan jitu.Sebagai langkah berjaga-jaga,pihak sekolah harus proaktif bagi mengelakkan kemalangan tersebut berlaku di sekolah.
             Langkah pertama yang harus diambil adalah dengan menyediakan pelan keselamatan sekolah.Pelan ini berfungsi sebagai panduan kepada pelajar-pelajar.guru-guru serta kaki-tangan untuk menyelamatkan diri mereka jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.Pelan tersebut mestilah mudah difahami oleh semua yang melihatnya agar tidak timbul kekeliruan yang boleh mengancam nyawa serta harta.
             Seterusnya,latihan kebakaran wajib diadakan agar semua yang terlibat dapat memperaktikkannya dengan efektif.Latihan tersebut perlu diadakan dengan kerapo bagi memastikan kelancaran pergerkkan jika berlaku kecemasan.Pihak sekolah boleh menjemput pihak yang berkuasa seperti pihak bomba untuk memantau latihan tersebut.
              Tuntasnya,slogan cegah sebelum parah haruslah menjadi pegangan pihak sekolah bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.Dalam perkara yang melibatkan nyawa,sikap acuh tak acuh perlu dibuang jauh-jauh agar kita tidak menyesal pada kemudian hari.

by:SYAFIQAH

Kebaikan Membaca Surat Khabar..

     

 KEBAIKAN MEMBACA SURAT KHABAR



    Di Malaysia terdapat banyak surat khabar yang diterbitkan seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, Kosmo, dan New Straits Times. Surat khabar ini diterbitkan pada setiap hari dalam pelbagai bahasa. Terdapat banyak kebaikan membaca surat khabar.

     
     Membaca surat khabar dapat menambahkan ilmu pengatahuan. Pembaca juga boleh mengemukakan pendapat mereka di dalam surat khabar. Gambar sesuatu peristiwa boleh digunting dan disimpan untuk rujukan masa hadapan ataupun dijadikan buku skrap.
     
     Sekiranya kita rajin membaca surat khabar, kita akan dapat mengetahui banyak peristiwayang berlaku. Sedikit sebanyak peristiwa yang kita baca dapat mematangkan pemikiran kita. Selain itu, kita dapat menjadikan peristiwa itu sebagai teladan dan pengajaran. Kita juga dapat membandingkan sesuatu kejadian ditempat lain dengan di tempat sendiri.
     
      Dengan membaca surat khabar murid dapat menambahkan perbendaharaan kata mereka. Selain itu murid juga dapat mengisi masa lapang mereka dengan sesuatu yang berfaedah. Hal ini dapat mengelakkan mereka terjebak dengan segala sosial seperti melepak. Sekiranya mereka rajin membaca (majalah didik) dan (minda pelajar) yang dikhaskan untuk murid akan dapat meningkatkan pencapain merekadi dalam peperiksaan.
    
       Rajin membaca surat khabar juga akan dapat melahirkan insan yang bermaklumat. Di dalam surat khabar terdapat pelbagai iklan. Melalui iklan ini, pembaca mempunyai pilihan tentang sesuatu barang ataupun perkhidmatan yang diingini. Di dalam surat khabar juga terdapat intisari rancangan televisyen.
     
        Sesungguhnya, membaca surat khabar banyak kebaikannya. Ibu bapa perlu merasang minat anak-anak membaca surat khabar. Sewajarnya, pihak syarikat surat khabar menurunkan harga surat khabar supaya mampu dibeli oleh semua lapisan masyarakat.



BY: SARAH FARISYA

Faedah Belajar Secara Berkumpulan..


 
 
Faedah belajar secara berkumpulan
 
 
 
Murid mempunyai cara yang tersendiri untuk mengulang kaji pelajaran mereka . Ada yang suka belajar di perpustakaan ,di rumah dan ada juga yang suka belajar secara bersendirian. Antara teknik belajar yang begitu popular dalam kalangan murid-murid sekolah pada masa sekarang ialah belajar dalam berkumpulan. Apabila ditanya tentang belajar secara berkumpulan, ramai orang mengatakan bahawa ia dilaksanakan bersama rakan-rakan. Terdapat juga yang mengatakan bahawa belajar secara berkumpulan hanya membuang masa sahaja. Pada pendapat saya, ini merupakan tanggapan yang salah.
 
Belajar secara berkumpulan sebenarnya lebih berkesan berbanding dengan belajar secara bersendirian. Hal ini dikatakan kerana apabila belajar dalam kumpulan, idea dan pemikiran dapat dikongsi bersama. Contohnya, apabila sekumpulan murid sedang membuat kerja sekolah, setiap orang dalam kumpulan itu pasti akan mempunyai pendapat atau jawapan yang berlainan. Itulah sebab perkongsian pendapat dilakukan, supaya mereka dapat memilih jawapan yang paling sesuai. Dengan itu, murid-murid tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menjawab satu soalan.
 
Selain itu, dengan belajar secara berkumpulan, ahli kumpulan tersebut haruslah mempunyai adab dan disiplin diri yang tinggi. Seperti yang saya katakan tadi, setiap orang akan mempunyai pandangan yang berlainan dan jika ahli-ahli dalam kumpulan tersebut tidak berdisiplin, mereka tidak akan dapat mengemukakan idea dengan teratur dan mereka pasti tidak akan dapat bersedia untuk berbeza pendapat dan ini akan menuju kepada perselisihan faham antara ahli-ahli dalam kumpulan tersebut.
           
           Kita juga boleh menjalinkan hubungan persahabatan melalui pembelajaran dalam kumpulan. Andaikan bahawa semua orang dalam kumpulan tersebut kenali satu sama lain, dan seseorang daripada  kumpulan itu menjemput seorang yang baru dan tidak dikenali, mereka pasti akan memperkenalkan diri mereka agar ahli yang baru itu tidak terasa janggal
            
           Seterusnya, apabila belajar secara berkumpulan, biasanya setiap kumpulan akan mempunyai sekurang-kurangnya lima hingga enam orang ahli dan sekiranya dua orang daripada kumpulan itu tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu, itu tidak akan menjadi suatu masalah kerana masih terdapat empat orang ahli yang boleh bekerjasama untuk membincang dan menyiapkan kerja atau tugasan yang diberikan.
             
           Tambahan pula, belajar dalam kumpulan juga boleh mengurangkan perbelanjaan. Ini kerana dalam sesebuah kumpulan, kesemua ahli kumpulan itu pasti akan mempunyai buku latihan kepunyaan sendiri yang boleh dikongsi bersama untuk membuat salinan dan mereka tidak perlu bersusah-payah dan membazir duit untuk membeli buku yang sudah dimiliki oleh salah satu ahli kumpulan.
             
           Secara luaran dapat dilihat bahawa kumpulan dapat memberikan sumbangan yang besar jika dibandingkan dengan seorang. Secara ringkasnya, belajar secara berkumpulan banyak membantu jika dilaksanakan dengan betul.
 
 
 
BY: SARAH FARISYA

Kepentingan Mempelajari Sejarah..


Kepentingan Mempelajari Sejarah




Sejarah sangat penting dalam kehidupan manusia dengan menjadi panduan dan iktibar kepada kita untuk memperbaikki kesilapan masa lalu bagi membolehkan kita mencipta kejayaan yang lebih gemilang. Tanpa belajar daripada kesalahan dan kesilapan masa lalu, kita mungkin mengulangi kesilapan lampau yang bukan sahaja merugikan seseorang individu tetapi mungkin juga kepada keluarga, masyarakat dan negara mahupun bangsa.

Melalui sejarah, kita dapat mempelajari kejayaan bangsa dan negara seperti zaman keemasan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 yang boleh dijadikan perangsang untuk memacu kemajuan negara. Tidak dapat dinafikan, pembentukan negara Malaysia pada hari ini bertitik-tolak daripada kewujudan Kerajaan Melayu Melaka yang telah diasaskan oleh Parameswara.

Sejarah juga membolehkan kita mengingati kegemilangan masa silam yang mana jika ada kesedaran, kegigihan dan kesungguhan di kalangan pemimpin dan rakyat, keagungan tersebut mampu diulangi malah mungkin lebih cemerlang. Malaysia kini mengecapi pelbagai kecemerlangan dalam pelbagai bidang dan menjadi antara negara membangun yang paling maju di dunia. Dengan kegigihan pemimpin dan rakyatnya, tidak mustahil Malaysia mampu mengecapi kegemilangan dan mengulangi semula zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15.

Di samping itu sejarah juga dapat memupuk semangat patriotisme atau semangat cintakan negara. Perasaan ini timbul apabila kita mempelajari sejarah tanahair dan dengan itu akan lahirlah rasa bangga terhadap negara dan bangsa. Tanpa semangat ini, maruah negara kita boleh tercalar apabila lahirnya warganegara yang sanggup mengadai dan menjual maruah negara seperti terlibat dengan kegiatan menyeludup masuk warga asing. Semangat patriotisme timbul apabila kita mengetahui dan memahami siapa diri, bangsa dan negara kita, serta mempunyai pengetahuan teguh tentang sejarah negara kita. Namun begitu, ramai generasi muda hari ini hanya mempelajari sejarah semata-mata untuk lulus di dalam peperiksaan sama ada di peringkat sekolah mahu pun di universiti. Malangnya mereka gagal untuk memahami kepentingan mata pelajaran sejarah dan terhasil rakyat Malaysia yang buta sejarah negara sendiri.

Sejarah juga membantu kita menghargai dan memelihara kemerdekaan serta kedaulatan negara. Proses mendapatkan kemerdekaan telah pun selesai pada1957 tetapi pengisiannya bukanlah perkara yang mudah. Lebih sukar di negara majmuk seperti Malaysia. Jika generasi muda hari ini tidak memahami sejarah pembentukan negara, apa yang telah bina akan runtuh dan musnah. Meruntuhkan sesuatu amat mudah tetapi untuk membina atau membentuk sesuatu itu yang sukar. Negara merdeka Tanah Melayu dibentuk hasil tolak ansur orang-orang Melayu untuk menerima golongan imigran Cina dan India. Pemahaman terhadap kontrak sosial ini amat penting untuk memacu Malaysia sebagai negara maju. Kegagalan memahami kontrak sosial ini mampu mendatangkan impak negatif kepada negara. Namun begitu dengan memiliki pengetahuan sejarah, rakyat Malaysia dapat memahami situasi ini dan akan menjadi bangsa yang bersyukur seterusnya bersama-sama mengembling tenaga untuk membangun dan mengukuhkan negara.

Jelas kepada kita betapa pentingnya pengetahuan sejarah kepada rakyat Malaysia. Tanpa pengetahuan sejarah terutamanya mengenai pembentukan negara kita yang bermula dengan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia, akan lahirlah warganegara tanpa jati diri. Mereka ini tidak menghargai apa yang telah dimiliki pada hari ini dan lahirlah warganegara yang tidak bersyukur, lupa asal- usul, adat resam dan budaya. Tidak hairanlah jika akan lahir rakyat Malaysia yang tamak haloba dalam mencapai matlamat hidup tanpa mempedulikan halal-haram dari aspek undang-undang dan memcampakkan kontrak sosial negara ketepi demi mencapai cita-cita mereka. Hargailah apa yang telah kita kecapi hari ini. Presiden Amerika Syarikat ke-44, Barack Hussin Obama dalam ucapan sulung sebagai presiden mengungkapkan: Sejarah akan menilai kita dengan apa yang kita bina dan bukan dengan apa yang kita runtuhkan.



BY: SARAH FARISYA

Wednesday 13 June 2012

cara menangani kesesakan jalan raya

Kesesakan jalan raya sering berlaku di bandar besar seperti Kuala Lumpur.Faktor kemampuan masyarakat hari ini memiliki kenderaan sendiri menyumbang kepada kesesakan jalan raya.Namun,kesesakan di jalan raya dapat dielakkan melalui beberapa alternatif.
         Cara pertama yang dapat dilakukan bagi mengelakkan kesesakan di jalan raya ialh menggunakan kemudahan awam seperti bas,LRT,dan monorel.Dengan cara ini ,jumlah kenderaan di jalan raya dapat dikurangkan dan kita tidak akan terperangkap dalam kesakan jalan raya yang membosankan.
          Selain itu,memindahkan tempat tumpuan orang ramai ke tempat lain juga dapat menangani masalh kesesakan jalan raya.Contoh yang dapat kita lihat ialah perpindahan pusat pentadbiran kerajaan ke Wilayah Perekutuan Putrajaya telah berjaya mengurangkan fokus orang ramai ke Kuala Lumpur.Begitu juga dengan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang terletak di Sepang,Selangor.
           Kesimpulannya,kesesakan jalan raya dapat ditangani sekiranya mendapat kerjasama daripada orang ramai dan pihak kerajaan seperti slogan"Bersatu Teguh,Bererai Roboh."

by:SYAFIQAH  

pantun nasihat..



PANTUN NASIHAT..



 Angin teluk menyisir pantai 
    Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai 
    Asal pandai mengambil hati

Pergi mendaki Gunung Daik             
   Hendak menjerat kancil dan rusa         
Bergotong-royong amalan yang baik
   Elok diamalkan setiap masa

Air melurut ke tepian mandi
    Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi                 
   Semakin berisi semakin tunduk

Daun sirih ulam Cik Da     
    Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
    Biar merunduk resmi padi

Buah pelaga makan dikikir 
    Dibawa orang dari hulu 
Sebarang kerja hendak difikir         
   Supaya jangan mendapat malu 

Kemumu di tengah pekan         
    Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan 
   Bagai pohon tidak berbuah
Tumbuh melata si pokok tebu
   Pergi pasar membeli daging
Banyak harta tak ada ilmu 
   Bagai rumah tidak berdinding

Tulis surat di dalam gelap             
   Ayatnya banyak yang tidak kena
Jagalah diri jangan tersilap           
   Jikalau silap awak yang bencana
 
Hendak belayar ke Teluk Betong           
   Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung           
   Bulat manusia kerana muafakat 

 Pakai baju warna biru         
    Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
    Kerana guru pembekal ilmu

Lagu bernama serampang laut
    Ditiup angin dari Selatan   
Layar dikembang kemudi dipaut 
    Kalau tak laju binasa badan

Padi segemal kepuk di hulu 
   Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
   Pasir sebutir jadikan intan.

Budak-budak berkejar-kejar
   Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar           
  Tentu kita akan berjaya   

Jangan pergi mandi di lombong         
   Emak dan kakak sedang mencuci
Jangan suka bercakap bohong
   Semua kawan akan membenci

Buah cempedak bentuknya bujur
    Sangat disukai oleh semua
Jika kita bersikap jujur
    Hidup kita dipandang mulia

Jikalau tuan mengangkat peti 
   Tolong masukkan segala barang
Jikalau anak-anak bersatu hati           
   Kerja yang susah menjadi senang 

Asam kandis mari dihiris           
    Manis sekali rasa isinya   
Dilihat manis dipandang manis
    Lebih manis hati budinya.



BY: SARAH FARISYA

langkah-langkah mengatasi masalah alam sekitar..


LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH PENCEMARAN ALAM SEKITAR.





Pembangunan tanpa batasan merupakan perubahan kian pesat yang berlaku di negara kita pada alaf globalisasi ini. Namun, kemajuan dalam sektor perindustrian telah dikecapi hari ini sedikit tercalar impak daripada sikap manusia yang tidak bertanggungjawab. Masyarakat yang bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing tidak mengendahkan kebersihan alam sekitar.Adakah kita ingin membiarkan alam sekitar terjejas semata-mata supaya dapat mengejar kemajuan? Apakah peranan kita sebagai masyarakat untuk menangani masalah ini? 
          
      Hal ini demikian kerana alam sekitar yang bersih penting dalam kehidupan kita.Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya mensyukuri nikmat pemberian Tuhan. Oleh itu, langkah-langkah yang proaktif perlu diambil untuk memelihara anugerah ciptaan-Nya.

        Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah pencemaran alam sekitar ialah mengurangkan penggunaan bahan kimia. Hal ini demikian kerana bahan kimia akan mendatangkan pencemaran kepada alam sekitar selain akan mendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang kepada alam sekitar. Apa yang dimaksudkan ialah penggunaan racun serangga dan pendingin hawa merupakan salah satu kesan yang paling ketara dan serius. Akibat daripada penggunaan racun serangga dan pendingin hawa,berlakunya penipisan lapisan ozon dan air bawah tanah oleh kluoroflurokarbon (CFC) yang amat berbahaya kepada masyarakat di jagat raya. Kesannya, masyarakat mudah dihidapi penyakit-penyakit yang berbahaya seperti katarak mata, barah kulit dan sebagainya.Hal ini turut memberi impak kepada ekonomi negara kerana terpaksa mengeluarkan dana yang amat besar bagi menampung kos perbelanjaan hospital. Oleh itu, penggunaan bahan kimia ini perlu dikawal oleh kerajaan dan pihak swasta supaya kita dapat menjaga alam sekitar yang dianugerahi oleh Tuhan. Tegasnya,langkah menangani masalah pencemaran alam sekitar adalah dengan mengurangkan penggunaan bahan kimia.
     
        Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang berkaitan aspek penjagaan kebersihan persekitaran. Hal ini amat signifikan sebagai langkah menjaga alam sekitar kita. Jika kita lihat pada hari ini, berapakah kilang yang telah dibina oleh kerajaan yang mematuhi piawaian kebersihan yang telah ditetapkan?Hanya segelintir sahaja kilang yang mematuhi piawaian kebersihan. Dalam kebanyakan kes, pelepasan asap kilang dan pembuangan sisa toksik ke dalam sungai mahupun ke dalam laut secara terbuka terus berlaku tanpa kawalan. Sikap pengilang ini bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing kerana menyebabkan berlakunya pencemaran air.Hal ini turut menyebabkan kepupusan hidupan akuatik kerana sisa toksik daripada kilang-kilang mengurangkan peratusan oksigen di dalam air. Implikasi daripada tindakan ini, undang-undang harus diperketat lagi oleh pihak berkuasa supaya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.Jika hal ini tidak dibendung,masyarakat akan mengalami masalah kekurangan air bersih dan sumber protein.Bukan itu sahaja,majoriti masyarakat akan mendapat penyakit yang dikenali sebagai kwashiorkor akibat kekurangan protein.

         Bukan itu sahaja, program kitar semula yang diuar-uarkan oleh kerajaan perlu diambil perhatian kerana mampu mempertingkat kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar. Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya membuka mata akan sahutan kerajaan. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk digunakan sekali lagi dan kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan ke dalam tong-tong kitar semula yang telah disediakan. Sebagai contoh, bahan buangan boleh diproses menjadi baja nutrien bagi menghindarkan pembaziran dan surat khabar boleh juga dijadikan tisu.Keadaan ini dikatakan “sambil menyelam minum air”. Melalui cara ini,sumber-sumber alam seperti pokok yang digunakan bagi mendapatkan bahan mentah untuk memenuhi keperluan asas manusia dapat dikurangkan. Selain itu,negara juga dapat menjimatkan kos bagi mendapatkan keperluan-keperluan manusia sekaligus dapat memelihara kebersihan alam sekitar.Tegasnya, program kitar semula ialah salah satu cara untuk mengatasi pencemaran alam sekitar.

            Di samping itu, kebersihan alam sekitar boleh dijaga melalui kempen kesedaran sivik yang berterusan supaya rakyat dan dapat menjaga alam sekitar sejak kecil kerana “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Melalui kempen kesedaran ini, masyarakat diseru untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Dengan ini, sedikit sebanyak langkah ini dapat menyedarkan manusia yang lalai tentang kebersihan alam sekitar. Jadi, kempen kesedaran ini akan dapat mencapai matlamatnya sekiranya semua rakyat sedar akan kepentingan alam sekitar seterusnya dapat membendung dan memastikan bahawa kualiti kebersihan alam sekitar senantiasa bersih dan dijaga. Sekiranya masyarakat tidak mengendahkan sahutan kerajaan dan bersikap mementingkan diri sendiri, pastinya negara kita akan tercemar. Tegasnya, kempen kesedaran sivik juga penting dalam usaha untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.

          Konklusinya, banyak langkah yang boleh dipraktikkan bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.Oleh itu, sikap bagai aur dengan tebing antara rakyat Malaysia dengan kerajaan amat diperlukan dan tentunya akan lebih bermakna agar hasilnya kelak akan memuaskan hati semua orang. Hal ini amat dititikberatkan kerana kebersihan juga merupakan separuh daripada iman. Kebersihan alam sekitar juga amat penting bagi menarik pelancong-pelancong dari seantero dunia dan seterusnya mendorong negara kita ke arah mencapai Wawasan 2020. Bahkan, kita patut menyahut seruan Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengembleng tenaga menjaga kebersihan dan keamanan negara Malaysia sinonim dengan slogan negara “Negara Bersih, Rakyat Sihat”.


BY: SARAH FARISYA

usaha-usaha memajukan perusahaan tradisional

Negar kita kaya dengan pelbagi jenis makanan tradisonal yang berasal dari pelbagai negeri.Antara makanan tradisional yang popular di Malaysia ialah dodol,bahulu, dan lemang.Makanan ini turut mendapat sambutan di luar negara. Pelbagai usaha perlu dilakukan bagi menkormesialkan makanan tersebut bukan sahaja di dalam,malah di luar negara.
              Antara usaha efektif adalah dengan memudahkan proses pinjaman modal kepada pengusaha-pengusaha kecil makanan tradisional agar mereka mampu membesarkan saiz perusahaan mereka.Syarat-syarat pinjaman haruslah dilonggarkan agar lebih banyak pengusaha lebih layak menerima pinjaman.Kesukaran mendapatkan pinjaman menyebabkan perniagaan tidak dapat dikembangkan.
             Agensi-agensi yang berkaitan perlu memberi bantuan dari aspek pemasaran.Bantuan dalam memasarkan produk mereka amat penting dalam meningkatkan penjualan.Mereka patut diberi ruang untuk memasarkan produk mereka sama seperti para pengusaha makanan yang sudah terkenal agar mereka juga akan mengecapi keuntungannya.
             Pendek kata,banyak lagi usaha yang boleh dilakukan dalam memajukan industri tradisional.Kemajuan dalam pengusahaan makanan tradisional akan membawa keuntungan ekonomi negara.Sehubungan itu,sikap di mana ada kemahuan,di situ ada jalan perlu ada dalam diri semua pengusaha makanan tradisional agar kejayaan diimpikan menjadi realiti.

by:SYAFIQAH

kebaikan internet..

    
KEBAIKAN INTERNET


     Internet banyak memberi manfaat kepada pengguna terutama pelajar di institusi pengajian tinggi . Ia membuka suatu dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Ia hampir menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan .
      
      Masyarakat ramai juga tidak terlepas dari merasai bahang Internet dengan capaian berita dengan cepat dan pantas samada berita liputan dalam atau luar negara misalnya liputan mutakhir sukan dari seluruh dunia seperti EURO2004 mahupun berita panas seperti perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
       Namun terdapat beberapa kebaikan lain seperti :

Pendidikan dalam Internet
Kini terdapat universiti yang berkonsepkan maya contohnya UNITAR yang menyediakan akaun Internet untuk para pelajarnya. Kini para pelajar bukan sekadar menggunakan Internet untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan tetapi juga mengambil kursus tanpa perlu melangkah kaki ke dalam bilik kuliah. Malahan mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian melalui Internet. Kumpulan berita membolehkan para pendidik dan pelajar bertanyakan sesuatu, mendapatkan nasihat dan menyemak maklumat. Teknologi persidangan video membolehkan pelajar dalam sesebuah kelas bekerjasama melaksanakan sesuatu projek. Begitu juga penggunaan perpustakaan maya dimana membenarkan anda mencari buku dalam talian jika anda mempunyai kad perpustakaan dengan perpustakaan tersebut.


BY: SARAH FARISYA



kesan-kesan keburukan dadah..

Kesan-kesan Keburukan Dadah

 

1. Merosakkan sistem saraf pusat (otak & saraf tunjang) .

2. Dalam keadaan mabuk atau khayal , penagih tidak dapat mengawal pergerakan dan perimbangan badannya .

3. Risiko jangkitan HIV/AIDS , Hepatatis dan Sawan apabila menggunakan alat suntikan yang dikongsi .

4. Kesan ke atas wanita mengandung iaitu seperti keguguran , kelahiran bayi songsang , lahir belum cukup bulan , kematian bayi semasa lahir /melahirkan bayi yang tidak sempurna/cacat .

5. Melemah dan merosak daya pemikiran , pemahaman , percakapan , pengiraan dan kebolehan menyelesaikan masalah .

6. Menyebabkan gangguan emosi dalam kehidupan keluarga dan masyarakat .

7. Peningkatan kes-kes sosial dan jenayah seperti budaya samseng , kecurian , rompakan , rogol , pembunuhan dan sebagainya . Ini adalah kerana penagih sebenarnya telah mengalami kerosakan otak dan mampu atau sanggup melakukan apa sahaja demi ketagihan mereka kepada dadah .

8. Membawa maut kepada : -

a. Diri sendiri

Contohnya :
Akibatnya daripada pengambilan dos yang berlebihan .

b. Ahli keluarga

Contohnya :
Ibu , kerana tindakan ganas/luar kawalan penagih kerana memerlukan wang untuk membeli dadah .

c. Orang awam

Contohnya :
Kemalangan akibat memandu di bawah pengaruh dadah .

 

BY: SARAH FARISYA

persediaan yang perlu dilakukan dalam menghadapi banjir

Saban tahun kita dikejutkan dengan berita tentang bencana banjir.Malapetaka ini bukan sahaja berlaku di negeri-negeri di pantai timur,malah turut melanda di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Shah Alam.Banjir yang melanda disebabkan musim hujan yang panjang dan ada juga berpunca daripada sistem perparitan yang tidak efektif.Banjir pada tahun 2007 mencatatkan sejarah paling burukdi negeri Johor,Pahang dan Kelantan.Pelbagi langkah boleh bagi mengelakkan masalah ini menjadi lebih buruk.
            Langkah paling utama ialah pihak kerajaan haruslah memberi maklumat yang berkesan.Saluran media seperti television,radio dan akhbar boleh digunakan sebagai wadah oleh kerajaan dalam menyampaikan maklumat-maklumat yang berguna kepada orang ramai tentang cara-cara yang paling berkesan untuk menyelamatkan diri dan harta benda.Pihak berkuasa tempatan juga boleh menjelajah ke pelosok kampung bagi meningkatkan ilmu masyarakat tentang masalah banjir.
            Bukan itu sahaja,malah ibu bapa selaku pemimpin keluarga mesti bertanggungjawab mengawal anak-anak mereka daripada benjana banjir.Ibu bapa tidak harus membenarkan anak mereka keluar rumah ketika banjir melanda.Sering kita mendengar tentang mangsa banjir yang terdiri daripada kanak-kanak yang bermain air ketika banjir.Kemalangan jiwa yang sia-sia ini dapat kita hindari jika kita mengambil sikap beringat sebelum kena.
             Tuntasnya,kemalangan jiwa dan kerugian harta benda dapat kita kurangkan sekiranya langkah awal dilaksanakan.Semua pihak yang berkaitan semestinya bertindak secara bijak dan efisien agar banjir yang melanda setiap tidak lagi mengundang korban yang mengilukan,bak kata pepatah sesal dahulu pendaaptan,sesal kemudian tidak berguna.

by:SYAFIQAH

Pantun Jenaka


Lebuhraya kota bersegi
Tempat temasya dara teruna
Hodohnya ketawa orang tak bergigi
Ibarat kota tiada kubunya

Api terang banyak kelkatu
Masuk ke kamar bersesak-sesak
Alangkah geli rasa hatiku
Melihat nenek bergincu berbedak

Ditiup angin bunga semalu
Kuncup daun bila berlaga
Bercakap Melayu kononnya malu
Belacan setongkol dibedal juga

Orang Rengat menanam betik
Betik disiram air berlinang
Hilang semangat penghulu itik
Melihat ayam lumba berenang

Tanam jerangau di bukit tinggi
Mati dipijak anak badak
Melihat sang bangau sakit gigi
Gelak terbahak penghulu katak

Singapura dilanggar todak
Kapal karam di Tanjung Peringin
Orang tua beristerikan budak
Macam beruk mendapat cermin
Bapa gergasi menebar jala
Pegang tali melintuk-liuk
Masakan pengerusi tak garu kepala
Melihat ahli semua mengantuk
Gemuruh tabuh bukan kepalang
Diasah lembing berkilat-kilat
Gementar tubuh harimau belang
Nampak kambing pandai bersilat
Buah salak di rumah Tok Imam
Sirih sekapur pergi menjala
Anjing menyalak harimau demam
Kucing di dapur pening kepala
Anak cina menggali cacing
Mari diisi dalam tempurung
Penjual sendiri tak kenal dacing
Alamat dagangan habis diborong
Biduk buluh bermuat tulang
Anak Siam pulang berbaris
Duduk mengeluh panglima helang
Melihat ayam bercengkang keris
Buah jering dari Jawa
Naik sigai ke atas atap
Ikan kering lagi ketawa
Dengar tupai baca kitab
Pohon manggis di tepi rawa
Tempat datuk tidur beradu
Sedang menangis nenek tertawa
Melihat datuk bermain gundu
Ceduk air di dalam perigi
Timbanya bertangkaikan suasa
Jikalau kucing tak bergigi
Alamat tikus berjoget berdansa
Anak dara Datuk Tinggi
Buat gulai ikan tilan
Datuk tua tak ada gigi
Bila makan kunyah telan
Berderak-derak sangkutan dacing

Bagaikan putus diimpit lumpang
Bergerak-gerak kumis kucing
Melihat tikus bawa senapang
Pokok pinang patanya condong

Dipukul ribut berhari-hari
Kucing berenang tikus berdayung
Ikan di laut berdiam diri
Tanam pinang di atas kubur
Tanam bayam jauh ke tepi

Walaupun musang sedang tidur
Mengira ayam di dalam mimpi
Anak bakau di rumpun salak
Patah taruknya ditimpa genta
Riuh kerbau tergelak-gelak
Melihat beruk berkaca mata
Orang menganyam sambil duduk
Kalau sudah bawa ke balai
Melihat ayam memakai tanduk
Datang musang meminta damai
Hilir lorong mudik lorong
Bertongkat batang temberau
Bukan saya berkata bohong
Katak memikul paha kerbau
Di kedai Yahya berjual surat
Di kedai kami berjual sisir
Sang buaya melompat ke darat
Melihat kambing terjun ke air
Jikalau lengang dalam negeri
Marilah kita pergi ke kota
Hairan tercengang kucing berdiri
Melihat tikus naik kereta
Senangis letak di timbangan
Pemulut kumbang pagi-pagi
Menangis katak di kubangan
Melihat belut terbang tinggi
Anak Hindu beli petola
Beli pangkur dua-dua
Mendengar kucing berbiola
Duduk termenung tikus tua
Punggur berdaun di atas kota
Jarak sejengkal dua jari
Musang rabun, helang pun buta
Baru ayam suka hati

Ketika perang dinegeri Jerman
Ramai askarnya mati mengamuk
Rangup gunung dikunyah kuman
Lautan kering dihirup nyamuk

Jual betik dengan kandil
Kandil buatan orang Inggeris
Melihat buaya menyandang bedil
Lembu dan kerbau tegak berbaris
Jemur bijan dengan kulitnya
Jemur di atas pohon lembayung
Hari hujan sangat lebatnya
Lamun Si Pandir mengepit payung
Elok rupa pohon belimbing
Tumbuh dekat limau lungga
Elok berbini orang sumbing
Walau marah ketawa juga
Rumah besar berdinding tidak
Beratapkan daun palas
Badan besar beristeri tidak
Itu tandanya orang pemalas

Adik nama Comat
Suka beri salam
Budak ketawa kuat
Suka kecing malam

Dari Ambun hendak ke Perak
Singgah di Jeram Mengkuang
Si Awang Kenit mencuri kerak
Hidung berbelang terpalit arang

Biduk lalu kiambang bertaut
Nakhoda Kasap duduk termenung
Gila latah ikan di laut
Melihat umpan di kaki gunung

Pakai seluar labuh ke bawah
Ikut permatang jalan melenggang
Nampak zahir memang mewah
Tapi hutang keliling pinggang

Orang Sibu menunggang kuda
Kuda ditunggang patah pinggang
Masih mahu mengaku muda
Padahal cucu keliling pinggang

Tahankan jerat gunakan tali
Pacak kuat biar melekap
Kalau bini suka membeli
Hutang berbaris suami ke lokap

Tuan puteri memasang panjut
Dayang tolong menghalau lalat
Kucing tidur bangkit terkejut
Melihat tikus pandai bersilat
posted by : Amirah Fazila

Sejarah Menara Jam London Big Ben

Big Ben adlh nama yg merujuk pada sebuah menara jam yg trletak di Gedung Parlemen di Westminster, London, Inggris Raya, dn merupakn menara jam terbesar kedua di dunia. Jam in trletak d timur laut dr Rumah Parlemen d Westminster, London. Ada alasan menara ini dinamai Big Ben, Big Ben sebenarny adlh nama kecil dari lonceng yang terletak di dalamnya (dulunya adlh Great Bell). Menara ini jg dinamai The Tower of Big Ben, atau secara tdk tepat, Menara Santo Stephen.

Struktur


Menara in dbangun sebagai bagian dari rencana pembangunan istana baru oleh Charles Barry, setelah Istana Westminster yg lam tlh hancur akibat kebakaran pada malam 22 Oktober 1834. Menara in tingginya 96.3 meter (316 kaki) dan dibangun dengan gaya Gothik Victoria. 61 meter (200 kaki) d bwh jam trbuat dri bata yg dilapisi oleh batu, sedangkn puncak menara ditopang dgn rangka besi yg dbuat dr besi leleh. Menara ii dbangun di atas tanah berukuran 15 meter kali 15 meter, fondasi terbuat dari beton setebal 3 meter (9 kaki), pd kedalaman 4 meter (13 kaki) dibawah prmukaan. Semua sisi jam tingginy 55 meter (180 kaki) dri atas tanah.

Karena berubahnya kondisi tanah sejak pembangunannya, Menara Big Ben sedikit miring ke barat laut kurang lebih 220 milimeter (8.66 inci), menara ini miring setiap tahun sebanyak beberapa milimeter ke arah timur dan barat dikarenakan efek thermal.

Muka jam


Jam in trkenal krn ketepatanny. Pendesainnya adalah seorang pengacara dan horologis amatir Edmund Beckett Denison, dan George Airy, seorang Astronom Kerajaan. Jam in dbuat oleh Edward John Dent, yg menyelesaikanny pada tahun 1854. Namun menara Big Ben blm selesai saat it smp thn 1859.

Pepatah Inggris putting a penny on yg berarti memperlambat laju, muncul dr metode metode-substansi yg berasal dri pendulum jam. Di atas pendulum trdpt setumpuk koin penny, koin ini dgunakn utk mngubah wkt jam. Menambah/mengurangi koin mengubah pusat gravitasi jam, sehingga wkt bertambah sebanyak 0.4 detik sehari.

Ketika Blitz London, Istana Westminster sempat dibom oleh Jerman, pad 10 Mei 1941, sbuah bom tiba-tiba menghancurkan dua dr empat muka jam dn sebagian dr atap menara dn menghancurkan ruangan dewan rakyat. Arsitek Sir Giles Gilbert Scott merancang lgi ruangan lima-lantai. 2 lantai yg diisi saat in dgn ruangan lain pertama kli digunakn pd tgl 26Oktober1950, jam in msh brjaln, walaupun serangkaian serangan bom bsr trs trjd dn berlangsung smp Blitz berakhir.

Kerusakan dan malfungsi


* Tahun Baru 1962: Jam mjdi lambat krn salju dan es yg menutupi lengan panjang jam, menyebabkan bandul terlepas dri tempatnya, utk mencegah kerusakan serius, bandul ini diayunkan lagi. Sehingga jam in berdentang 10 menit kemudian.
* 5 Agustus 1976: Kerusakan pertama dan terbesar. Bagian dari lonceng hancur karena logam yg sudah tua. Big Ben berhenti selama 9 bulan dan 26 hari - jam in akhirny berbunyi kmbli pd tanggal 9 Mei 1977, ini adalah kerusakan terlama sejak pembangunanny. Sehingga BBC Radio 4 harus mmberi tanda waktu dgn suara "pip". Musim kemarau 1976 sgt panjang dn panas di Britania dn mungkin merupakan penyebab rusaknya jam.
* 30 April 1997 (sehari sebelum pemilu): Terhenti.
* Tiga minggu kemudian: Berhenti kembali.
* Jumat, 27 Mei 2005: Jam berhenti pada pukul 10:07 malam waktu setempat, kemungkinan berhenti karena cuaca panas (temperatur di London saat it mencapai 31.8 °C (90 °F). Jam ini akhirnya berjalan lagi, namun berhenti kmbali pada 10:20 malam wkt setempat dn berhenti selama 90 menit sampai akhirnya berjalan kembali.
* 29 Oktober 2005: Dihentikan selama 33 jam sehingga jam dan loncengnya beristirahat. Ini adlh pemberhentian terlama selama kurun waktu 22 tahun.
* 7:00 pagi 5 Juni 2006: Lonceng "Quarter Bells" dikeluarkan selama empat minggu karena rusak dimakan waktu dan harus diperbaiki. Sehingga, BBC Radio 4 memberi suara waktu dengan suara burung diikuti dengan suara "pip".

Mekanisme


Jam in terkenal krn ketepatannya. Pendesainnya adalah seorang pengacara dan horologis amatir Edmund Beckett Denison, dn George Airy, seorang Astronom Kerajaan. Jam ini dibuat oleh Edward John Dent, yang menyelesaikannya pada tahun 1854. Namun menara Big Ben belum selesai saat it sampai tahun 1859.

Pepatah Inggris putting a penny on yg berarti memperlambat laju, muncul dri metode metode-substansi yg berasal dri pendulum jam. Di atas pendulum terdapat setumpuk koin penny, koin ini digunakan utk mengubah waktu jam. Menambah atau mengurangi koin mengubah pusat gravitasi jam, sehingga waktu brtambah sebanyak 0.4 detik sehari.

Ketika Blitz London, Istana Westminster sempat dibom oleh Jerman, pada 10 Mei 1941, sebuah bom tiba2 menghancurkan dua dari empat muka jam dn sebagian dr atap menara dan menghancurkan ruangan dewan rakyat. Arsitek Sir Giles Gilbert Scott merancang lagi ruangan lima-lantai. Dua lantai yang diisi saat ini dgn ruangan lain pertama kali digunakan pada tanggal 26 Oktober 1950, jam ini masih berjalan, walaupun serangkaian serangan bom besar terus trjdi & berlangsung sampai Blitz berakhir.
posted by: Amirah Fazila

Khasiat Buah Delima


 Khasiat Buah Delima (Menarik!) | Siapa yang tidak kenal Buah Delima. Buah Delima dikenali sangat menarik sama ada bentuk,warna kulit mahupun bijinya yang melambangkan kesuburan.Sedangkan intipati buahnya yang berwarna merah dan lazat bagaikan mata air salsabil disyurga. Sesetengah orang menganggapnya lambing kelahiran,kehidupan dan kematian.Kerana biji-biji buah Delimamengandungi air dan dapat mengeluarkan banyak air.
Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)
Rasulullah bersabda,
“Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.”
(HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi)
Setiap kali Ibnu Abbas mendapati buah delima, dia akan memakannya. Orang-orang menanyakan kepadanya mengapa dia melakukan hal itu, dan dia menjawab, “Aku benar-benar percaya bahwa tak ada satu pun buah delima di dunia ini yang tidak mengandung satu biji dari salah satu biji dari surga. Barangkali biji ini adalah yang dari surga itu.” (Kisah sahabat)
Khasiat perubatan sudah dijumpai sejak 8000 tahun yang lalu oleh masyarakat Parsi Purba kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, Magnesium dan Calcium.
Antara khasiat buat delima mengikut buku perubatan Parsi termasuk :
  • Membaikpulih fungsi hati dan limpa
  • Mencuci buah pinggang dan salur kencing
  • Membantu penghadaman
  • Membuang lemak-lemak berlebihan
  • Menambah tenaga
  • Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
  • Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
  • Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
  • Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis
  • Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
  • Mencantikan kulit
Dari kajian perubatan moden Jus Delima mempunyai khasiat-khasiat lain seperti:-
  • Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung
  • Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu
  • Menghalang pembentukan sel barah payu dara Di Jepun terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit dan banyak lagi khasiat lain .
Melayukini.net - Lihatlah betapa banyaknya khasiat buah delima ini sehingga Rasulullah SAW juga bercakap mengenainya. Tidak semua tempat ada menjual buah delima tidak seperti buah-buah yang lain. Sekiranya anda mempunyai penyakit seperti yang disebutkan di atas, cubalah amalkan Insha Allah buah delima dapat mengurangkan masalah kesihatan
posted by: Amirah Fazila

Khasiat Madu Lebah


Khasiat Madu Lebah

Khasiat MaduKhasiat madu lebah tidak diketahui ramai walaupun sering dibincangkan dalam topik kesihatan semasa. Artikel di laman ini akan menerangkan khasiat madu lebah secara terperinci dari pelbagai aspek.
Khasiat madu boleh dikategorikan mengikut fungsinya terhadap sistem badan kita.
Kulit, Rambut dan Mata
  • Menjadikan rambut and mata lebih sihat dan bersinar.
  • Membantu penglihatan supaya lebih terang dan jelas.
  • Mempercepatkan proses penyembuhan kecederaan kulit apabila disapukan dan melindungi daripada jangkitan kuman (Sila lihat:Madu Manuka).
  • Menjadikan kulit lebih sihat, halus dan kelihatan lebih muda. Lupakan saja pil-pil kecantikan, kerana tabiat pengambilan madu boleh mencapai kesan kecantikan secara semula jadi tanpa memudaratkan badan.
Sistem Penghadaman
  • Menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan terhadap keracunan makanan.
  • Memudahkan pergerakan usus semasa membuang air.
Sistem Pernafasan dan Kerongkong
  • Mujarab untuk melegakan batuk yang berpanjangan.
  • Menguatkan pernafasan dan mengurangkan asma atau lelah.
Tenaga Badan
  • Menguatkan badan wanita mengandung. Tidak seperti sesetengah ubat-ubatan yang tidak boleh diambil ketika mengandung, madu adalah makanan tenaga semula jadi yang sesuai untuk ibu mengandung (Sila lihat: Khasiat Madu untuk Ibu Mengandung).
  • Sumber gula alternatif yang semula jadi untuk pesakit buah pinggang dan kencing manis. Penggunaan madu berterusan boleh mengawal kandungan gula dalam darah.
  • Mengembalikan tenaga selepas kedatangan haid atau selepas cirit-birit yang berterusan.
  • Memberi tenaga sepanjang hari dan mengurangkan pengambilan lemak (Sila lihat: Khasiat Madu untuk Mengurangkan Berat Badan).
Gizi Makanan
  • Kaya dengan zat mineral dan gula semula jadi yang mudah dihadam.
  • Memudahkan serapan kalsium dalam badan.
  • Pelawas semulajadi yang sesuai untuk apa jua keadaan
Khasiat madu jika dilihat di atas sememangnya seratus satu. Sebagai makanan, penawar ataupun suplemen kesihatan, madu boleh membawa manfaat kepada sesiapa jua.Selain itu, terdapat jenis-jenis madu yang mengandungi khasiat lebih tinggi berbanding madu yang lain – seperti madu tualang, madu ratu (royal jelly), madu propolis dan madu manuka. Sila lihat: Jenis-jenis Madu untuk mengetahui khasiat madu yang spesifik kepada jenis madu tersebut.
posted by: Amirah Fazila

Sejarah Penubuhan Smk Sultanah Bahiyah


Sejarah Penubuhan SMK Sultanah Bahiyah


 

+ Saya telah mengambil segala maklumat penubuhan SMKSB dari Majalah MURNI pada tahun 1995 dan 1996. +

Sekolah ini berasal daripada kelas-kelas aliran Melayu di Sekolah Menengah Sultanah Asma, Alor Setar dan adalah Sekolah Menengah Kebangsaan untuk pelajar-pelajar perempuan yang mula-mula sekali ditubuhkan di Kedah.Pada tahun 1964, sekolah ini telah diberi nama "Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan",Alor Setar, selepas dipisahkan daripada Sekolah Menengah Sultanah Asma, walaupun masih menumpang bangunan sekolah tersebut.
Guru besar yang pertama ialah Puan Aishah Hanum Dadameah, PJK, guru-guru pada masa itu seramai 26 orang, sementara pelajarnya berjumlah 625 orang. Jumlah kelas pada masa itu ialah 16 buah kelas. Pada 25 September 1966, sekolah ini telah berpindah ke bangunan barunya sendiri di Jalan Sultanah(Jalan Day)Alor Setar. Reka bentuk bangunan ini adalah berlainan daripada biasa kerana arkiteknya ialah seorang ahli 'Peace Corp' dari Amerika Syarikat.
Bangunan ini terdiri daripada 4 buah bangunan 2 tingkat mengandungi 16 buah bilik darjah, 2 bilik makmal Sains, sebuah bilik masakan, jahitan, Seni Lukis, Ilmu Alam dan Alat Pandang Dengar. Bangunan asrama boleh memuatkan kira-kira 100 orang murid bersambung dengan kantin sekolah. Alat dan kelengkapan yang disediakan adalah memuaskan. Bagaimanapun bilik-bilik darjah tidak mencukupi dan sekolah terpaksa diadakan 2 sessi.
Pada 26-10-1995, sebuah bangunan baru telah dibina. Rumah guru juga dibina berdekatan dengan bengkel. Dewan sekolah telah siap dibina dan dirasmikan oleh KDYMM Sultan Kedah Darul Aman pada 24-7-1996.
posted by : syahirah najihah

Faedah Menabung



Menabung untuk Kebahagian Masa Depan
Kita semua inginkan taraf hidup yang lebih baik. Bagi mencapainya, kita perlu menabung. Dengan menabung, kita bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti hidup kita, malah kita dapat membantu meningkatkan ekonomi negara.
Faedah Menabung
Menabung boleh memberi manfaat kepada kita dan keluarga. Dengan menabung, kita dapat meiningkatkan pendapatan kita pada masa depan, justeru membaiki kualiti hidup kita. Ini membolehkan kita berdikari dari segi kewangan.
Meningkatkan Pendapatan
Apabila menabung, kita mendapat pulangan. Jadi, jika kita menabung berterusan, pendapatan kita akan bertambah.
Meningkatkan Kualiti Hidup
Menabung dalam jangka panjang dapat membantu kita menikmati hidup yang lebih berkualiti. Dengan menabung, kita boleh mendapat manfaat yang tidak mungkin diperoleh dengan pendapatan sekarang. Antaranya:
 Saving CampaignMembiayai Pendidikan
Untuk berjaya dalam hidup, kita memerlukan pendidkan yang sempurna. Anak-anak kita memerlukan pendidikan yang mencukupi bagi mendapatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan. Kos pendidikan ini perlu dibiayai. Oleh itu, kita perlu menabung dengan secukup-cukupnya untuk pendidikan anak-anak kita.
 Saving CampaignMembeli Rumah
Membeli rumah atau tanah memerlukan wang yang banyak. Jikalau kita meminjam, kita mungkin tidak dapat meminjam kesemua jumlah yang diperlukan. Jika ada wang tabungan, sekurang-kurangnya kita boleh membayar wang pendahuluan dan kos-kos urusan pembelian yang lain. Oleh itu, kita perlu menabung untuk tujuan ini.
 Saving CampaignTanggungjawab Berumahtangga
Apabila anak-anak kita memasuki alam dewasa dan memulakan penghidupan berumahtangga, mereka perlu bersedia untuk memikul tanggungjawab yang baru. Untuk tujuan tersebut, mereka hendaklah digalakkan menabung sebaik sahaja mereka mula bekerja. Janganlah biarkan anak-anak kita memulakan penghidupan baru dengan berhutang.
 Saving CampaignMembeli Barang Keperluan
Kebanyakan barang seperti peti sejuk, televisyen dan perkakas rumah yang lain telah menjadi keperluan asas dalam kehidupan zaman moden ini. Barang-barang ini dapat menambah keselesaan hidup. bagaimanapun, kita hendaklah mengelak daripada berbelanja di luar kemampuan sehingga dibebani hutang. Jikalau kita membeli denga cara berhutang, kita akan membayar dengan harga yang lebih tinggi. Dengan menabung, kita boleh membeli secara tunai pada harga yang lebih murah.
 Saving CampaignKeselesaan Hidup dalam Persaraan
Skim persaraan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mungkin dapat menampung keperluan hidup semasa bersara. Walau bagaimanapun, untuk menikmati hidup yang lebih selesa selepas bersara, kita perlu menabung.
 Saving CampaignMenyediakan Payung
Kita perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak diduga, kesulitan atau kecemasan seperti masalah kesihatan atau kemalangan. Seperti kata pepatah, kita perlu "sediakan payung sebelum hujan". Tabungan yang cukup amatlah penting. Dengan menabung, kita dapat mengurangkan sebarang kesulitan yang berpunca daripada kekurangan wang pada waktu yang tidak dijangka.
 Saving CampaignBerdikari dari Segi Kewangan
Jikalau kita mempunyai tabungan yang mencukupi, kita boleh berdikari dari segi kewangan dan tidak bergantung kepada orang lain. Kita boleh merancang masa depan kita dengan lebih sempurna.
posted by : Amirah Fazila