Khasiat Madu Lebah
Khasiat madu boleh dikategorikan mengikut fungsinya terhadap sistem badan kita.
- Kulit, Rambut dan Mata
- Menjadikan rambut and mata lebih sihat dan bersinar.
- Membantu penglihatan supaya lebih terang dan jelas.
- Mempercepatkan proses penyembuhan kecederaan kulit apabila disapukan dan melindungi daripada jangkitan kuman (Sila lihat:Madu Manuka).
- Menjadikan kulit lebih sihat, halus dan kelihatan lebih muda. Lupakan saja pil-pil kecantikan, kerana tabiat pengambilan madu boleh mencapai kesan kecantikan secara semula jadi tanpa memudaratkan badan.
- Sistem Penghadaman
- Menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan terhadap keracunan makanan.
- Memudahkan pergerakan usus semasa membuang air.
- Sistem Pernafasan dan Kerongkong
- Mujarab untuk melegakan batuk yang berpanjangan.
- Menguatkan pernafasan dan mengurangkan asma atau lelah.
- Tenaga Badan
- Menguatkan badan wanita mengandung. Tidak seperti sesetengah ubat-ubatan yang tidak boleh diambil ketika mengandung, madu adalah makanan tenaga semula jadi yang sesuai untuk ibu mengandung (Sila lihat: Khasiat Madu untuk Ibu Mengandung).
- Sumber gula alternatif yang semula jadi untuk pesakit buah pinggang dan kencing manis. Penggunaan madu berterusan boleh mengawal kandungan gula dalam darah.
- Mengembalikan tenaga selepas kedatangan haid atau selepas cirit-birit yang berterusan.
- Memberi tenaga sepanjang hari dan mengurangkan pengambilan lemak (Sila lihat: Khasiat Madu untuk Mengurangkan Berat Badan).
- Gizi Makanan
- Kaya dengan zat mineral dan gula semula jadi yang mudah dihadam.
- Memudahkan serapan kalsium dalam badan.
- Pelawas semulajadi yang sesuai untuk apa jua keadaan
- Khasiat madu jika dilihat di atas sememangnya seratus satu. Sebagai makanan, penawar ataupun suplemen kesihatan, madu boleh membawa manfaat kepada sesiapa jua.Selain itu, terdapat jenis-jenis madu yang mengandungi khasiat lebih tinggi berbanding madu yang lain – seperti madu tualang, madu ratu (royal jelly), madu propolis dan madu manuka. Sila lihat: Jenis-jenis Madu untuk mengetahui khasiat madu yang spesifik kepada jenis madu tersebut.
- posted by: Amirah Fazila
No comments:
Post a Comment