Saturday, 21 July 2012

langkah-langkah menangani gejala vandalisme

Jenayah vandalisme sering diperkatakan oleh masyarakat hari ini.Vandalisme membawa maksud perbuatan merosakkan harta benda serta kemudahan awam.Perbuatan seperti ini telah membawa pelbagai masalah kepada masyarakat dan negara.Terdapat pelbagai cara yang boleh kita lakukan bagi mengurangkan gejala ini daripada terus berleluasa.
          Langkah pertama bagi membasmi masalah ini adalah dengan pendidikan awal di rumah dan di sekolah.Ibu bapa harus menerangkan kepada anak-anak mereka akan kepentingan menghargai kemudahan awam.Di sekolah,melalui mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan,pelajr harus diberi maklumat yang betul tentang kesan-kesan negatif daripada perbuatan merosakkan harta benda awam.
          Hukuman ynag lebih berat harus dikenakan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dengan perkara ini.Tindakanini pentinguntuk memberi peringatan kepada masyarakat bahawa perbuatan merosakkan kemudahan awam merupakan kesalahan yang serius.Penguatkuasakan yang lemah serta hukuman yang ringan tidak akan memberi impak yang diharapkan.
          Kesimpulannya,perbuatan vandalisme ini seharusnya dibendung dari sekarang sebelum ia mudarat.Setiap ahli masyarakat perlu peka akan kepentingan menjaga serta memelihara harta benda awam agar semua orang dapat menikmati kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.Janganlah kita menjadi seperti kera mendapat bunga yang akan merugikan semua pihak.

by:SYAFIQAH

Saturday, 14 July 2012

bagaimana menghormati warga emas

Pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara.Slogan ini sering dilaungkan dalam usaha negara menyemai semangat dalam kalangan belia untuk memajukan negara.Namun,itu tidak bermakna warga emas atau warga tua disisihkan dalam hidup kita.Tanpa mereka tiadalah golongan belia pada hari ini.Warga emas harus mendapat pengiktirafan yang sewajarnya melalui pelbagai cara.
            Kita dapat membuktikan rasa hormat kita kepada warga emas dengan memberikan perhatian kita kepada mereka.Pihak sekolah harus menggalakkan pelajar mengunjungi rumah orang tua-tua.Program Ibu Bapa Angkat wajar diwujudkan bagi mengubat kerinduan warga emas terhadap anak-anak atau cucu-cucu mereka.Melalui program ini pelajar akan dapat menyemai nilai hormat terhadap orang tua.
            Bukan itu sahaja cara kita menunjukkan penghargaan terhadap warga emas.Sebagai anak,kita haruslah mencurahkan kasih sayang kepada mereka sama seperti yang telah dilakukan oleh mereka sewaktu kita masih kecil.Hati mereka tidak boleh disakiti walau dalam apa jua keadaan.
            Tuntasnya.warga tua sememangnya amat penting dalam kehidupan kita semua.Sebagai ahli masyarakat yang bertanggungjawab,kita mesti berusaha untuk menyenangkan hati mereka agar kita tidak dikatakan bersikap seperti kacang lupakan kulit.

by:SYAFIQAH

Friday, 13 July 2012

Kebaikan Membawa Bekal Makanan Ke Sekolah..


Kebaikan Membawa Bekal Makanan Ke Sekolah

Kebanyakan pelajar pada tahun-tahun 1960-an hingga 1970-an membawa bekalan makanan dari rumah ke sekolah. Jika diteliti, terdapat banyak kebaikan membawa bekalan makanan dari rumah ke sekolah. Antara kebaikan yang dimaksudkan adalah dari segi kualiti makanan, kebersihan makanan dan penjimatan wang.
            Seperkara yang nyata ialah makanan yang disediakan dari rumah adalah lebih berkualiti serta berkhasiat. Manakala makanan yang disediakan di kantin mengandungi bahan perisa yang tinggi. Kandungan perisa makanan ini akan menjejaskan kesihatan seseorang. Tambahan pula, di kantin juga terdapat banyak bahan makanan ringan yang kurang berkhasiat. Bekalan makanan yang disediakan oleh ibu di rumah seperti nasi lemak dan sebagainya pasti lebih seimbang dan berkualiti.
            Secara perbandingan, makanan yang disediakan di rumah lebih bersih. Lumrahnya, ibu atau bapa yang menyediakan makanan sendiri akan mementingkan aspek kebersihan ketika menyediakan makanan. Sering terdapat kes keracunan makanan menimpa yang makan di luar. Dengan kata lain, membawa  bekalan makanan dari rumah akan mengelakkan diri daripada menjadi mangsa keracunan makanan.
            Membawa bekalan dari rumah juga menjimatkan wang seseorang pelajar. Ibu bapa boleh berjimat kerana dapat membeli bahan masakan mentah untuk dimasak sendiri. Wang yang dijimatkan itu boleh digunakan untuk tujuan lain seperti membeli bahan  bacaan dan membayar yuran peperiksaan awam kelak.
            Jelaslah bahawa membawa bekalan makanan dan minuman dari rumah ke sekolah menguntungkan ibu bapa dan pelajar. Tindakan ini harus diamalkan oleh pelajar demi kesihatan diri dan menjimatkan wang hasil daripada titik peluh ibu bapa. Bawalah bekalan  makanan dan minuman dari rumah ke sekolah pada setiap hari supaya kesihatan terjamin dan boleh berjimat cermat.
BY: SARAH FARISYA

Saturday, 7 July 2012

pelajar cemerlang

Setiap tahun apabila keputusan peperiksaan awam seperti PMR dan SPM diumumkan sudah pasti akan muncul ribuan pelajar yang cemerlang.Setiap individu yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan adakah cemerlang dalam semua aspek?Oleh itu,penulis akan mengupas tentangapa yang benar-benar cemerlang dalam kata erti sebenarnya.
              Pelajar yang cemerlang sudah tentu mempunyai sejarah pencapaian akademik yang cemerlang sama ada peperiksaan awam.Bukan itu sahaja,mereka juga merupakan pelajar yang sentiasa taat dalam menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru pada masa yang telah ditetapkan.Hal ini selaras dengan kata-kata pujangga,'orang cerdik memberi jawapan,orang bodoh memberi alasan'.Mereka juga turut membuat persediaan sebelum guru memulakan pelajaran baru.
              Selain aspek akademik,pelajar yang cemerlangjuga mempunyai daya kepimpinan.Daya kepimpinan menjadikan mereka seorang yang dihormati oleh rakan-rakan yang lain.Sebagai contoh,pelajar yang cemerlang akademik dan mempunyai daya kepimpinan yang tinggi akan dilantik oleh pihak sekolah sebagai ketua pelajar atau pengawas sekolah.
             Seorang yang cergas mempunyai sahsiah diri yang berdisplin juga merupakan aspek penting dalam diri seorang pelajar cemerlang.Penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum seperti pertandingan bahas dan acara sukan menunjukkan mereka seorang yang cergas.Displin yang baik seperti menghormati guru,menepati masa dan tidak melanggar peraturan sekolah menyebabkan mereka disenangi oleh semua pihak.
            Konklusinya,pelajar cemerlang yang dihasilkan pada setiap tahun perlu cemerlang dalam pelbagai aspek.Pihak sekolah dan ibu bapa perlu peka akan perkara ini agar modal insan yang kita lahirkan berminda kelas pertama seperti yang diuar-uarkan oleh bekas Perdana Menteri kita,Datuk Seri Hj Abdullah Ahmad Badawi.

by:SYAFIQAH

Friday, 6 July 2012

Semangat Kejiranan..

 SEMANGAT KEJIRANAN



 Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di satu taman atau di sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa"Jiran sepakat membawa berkat".Jadi, kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara. Persoalannya apakah faedah di sebalik cogan kata “jiran sepakat membawa berkat “?.

Faedah yang dogmatik untuk merealisasikan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat adalah akan dapat memupuk hubungan baik antara jiran. Hal ini demikian kerana, memupuk hubungan baik antara jiran amat penting bagi mewujudkan sebuah kehidupan yang harmoni dan aman antara jiran. Hubungan baik antara jiran dapat dipupuk melalui aktiviti gotong-royong, ziarah-menziarahi serta sukan komuniti. Amalan gotong-royong akan dapat akan dapat menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Hal ini bertepatan dengan peribahasa seperti aur dengan tebing. Selain itu, hubungan baik melalui amalan gotong-royong ini, setiap komuniti akan saling bertanya khabar dan dapat dilakukan dengan cara membersih taman-taman di kawasan kediaman. Sebagai contoh, amalan gotong-royong ini boleh dilakukan di kawasan pembiakan nyamuk aedes dan dapat menghalang masyarakat kejiranan daripada dijangkiti demam denggi. Sekiranya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat tidak dapat direalisasikan, sudah pasti hubungan baik antara jiran tidak dapat dipupuk. Jelaslah bahawa semangat kejiranan dapat diwujudkan melalui hubungan baik antara jiran.

Selain itu, semangat kejiranan juga dapat memupuk nilai kerjasama dalam kalangan masyarakat di negara ini. Hal ini dikatakan demikian kerana, nilai kerjasama dapat menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Nilai kerjasama juga dapat membentuk jati diri yang baik dalam diri setiap masyarakat. Melalui amalan gotong-royong dapat meningkatkan lagi nilai kerjasama dalam kalangan masyarakat lantas semangat kejiranan ini akan dapat diperkukuhkan. Di samping itu,nilai kerjasama akan wujud apabila setiap individu membantu jiran mereka semasa mengadakan rumah terbuka terutama pada musim perayaan , sebagai contoh semasa perayaan Aidilfitri, masyarakat islam,masyarakat india, masyarakat cina bekerjasama dalam menyempurnakan rumah terbuka tersebut.Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Sekiranya,nilai kerjasama tidak diamalkan dalam kalangan masyarakat majmuk sudah pasti semangat kejiranan di negara ini sukar diterapkan. Sudah terang lagi bersuluh nilai kerjasama merupakan salah satu kelebihan bagi memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Seterusnya, jiran yang baik akan membantu jirannya yang menghadapi kesusahan.Hal ini dikatakan demikian kerana sakit pening, susah senang, jiran adalah orang paling utama untuk kita mengadu. Apatah lagi dalam hal kecemasan, jiran orang pertama yang diharapkan untuk menghulur bantuan atau yang diharapkan bagi mendapatkan pertolongan. Jiran yang baik akan prihatin dan sentiasa bersedia memberikan pertolongan sekiranya jiran mereka memerlukan pertolongan tidak kira dalam keadaan susah atau senang. Jadi, melalui amalan ini, hubungan yang erat sesama jiran dapat dibentuk yang secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Seandainya , sikap saling membantu jiran yang menghadapi kesusahan tidak diamalkan dalam diri masyarakat, sudah pasti masyarakat hidup dalam kucar-kacir dan berpecah belah. Sesungguhnya, sikap saling membantu jiran yang menghadapi kesusahan merupakan salah satu faedah di sebalik cogan kata jiran sepakat membawa berkat.

Bukan itu sahaja, melalui masyarakat yang mempunyai semangat kejiranan juga akan menjamin keselamatan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana, jiran yang baik akan bersama-sama menjaga kawasan kediaman mereka daripada berlaku kejadian yang tidak diingini, seperti kejadian pecah rumah. Masyarakat sebegini boleh membuat rondaan pada waktu malam bagi memastikan kawasan kediaman mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat. Selain itu, mereka juga akan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak yang bertanggungjawab apabila kawasan kediaman mereka dimasuki orang yang mencurigakan. Sekiranya masyarakat di negara ini tidak mengamalkan cogan kata “jiran sepakat membawa berkat” dengan sebaiknya bersama jiran tertangga mereka sudah pasti keselamatan masyarakat tidak mendapat jaminan yang sepenuhnya. Tegasnya masyarakat yang mempunyai semangat kejiranan ini dapat menjamin keselamatan masyarakat setempat.

Dalam pada itu, mengenali adat kebudayaan kaum lain juga merupakan faedah hidup berjiran. Hal ini demikian kerana masyarakat di Malaysia ialah masyarakat yang berbilang kaum. Adat budaya yang berbeza antara kaum akan lebih merapatkan hubungan kejiranan dalam kalangan masyarakat. Sebagai contoh, pada musim perayaan Aidilfitri kaum Melayu di negara ini memakai baju kurung dan baju melayu manakala pada musim perayaan Tahun Baru Cina, kaum Cina memakai pakaian tradisional mereka seterusnyan pada musim perayaan Deepavali, kaum india memkai sari. Majlis rumah terbuka juga sering diadakan pada perayaan-perayaan tersebut dan pelbagai jenis makanan tradisi dapat dinikmati. Selain itu, adat resam sesuatu kaum dapat diketahui oleh jiran yang berlainan kaum. Hal ini boleh menggambarkan hidup berjiran juga membolehkan kita mengenali adat budaya antara kaum. Sekiranya semangat kejiranan tidak diamalkan, maka adat dan budaya antara kaum akan lapuk dek hujan, lekang dek panas. Tegasnya semangat kejiranan memberikan faedah kerana masyarakat dapat mengenali adat dan budaya kaum lain.

Kesimpulannya, terdapat banyak faedah yang diperoleh di sebalik cogan kata “ jiran sepakat membawa berkat “. Semua pihak hendaklah memainkan peranan dalam mengamalkan semangat kejiranan kerana bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.


BY: SARAH FARISYA

Sunday, 1 July 2012

Faedah Menderma Wang..

      
  FAEDAH MENDERMA WANG.

 
       Derma ialah sumbangan ikhlas daripada seseorang untuk diberikan kepada seseorang yang lain. Ianya merupakan satu bentuk hibah yang paling banyak dilakukan oleh umat Islam. Menurut Kamus Dewan, derma diertikan sebagai bantuan yang berupa wang (kepada perkumpulan dan lain-lain), dan diertikan pula sebagai pemberian ikhlas. Derma ialah satu cara menginfaqkan harta pada jalan Allah untuk perkara-perkara yang diredhai Allah. Hibah dalam bentuk derma sangat penting dan sangat digalakkan sehingga Allah menjanjikan keuntungan atau pahala sehingga 700 kali ganda atau lebih harta yang dilaburkan dalam perkara tersebut. Setiap manusia, sejak azali sudah dikurniakan sifat insani seperti keinginan untuk mengambil berat, membimbing, menunjuk ajar, membelai, menyayangi dan disayangi, menghargai dan dihargai, bergotong-royong dan bekerjasama. Oleh itu, mereka boleh memainkan peranan dengan menghulurkan derma kepada golongan yang memerlukan.



KEBAIKAN MENDERMA
i. Dapat menyucikan harta yang ada.
ii. Dapat membantu golongan fakir miskin.
iii. Mewujudkan rasa kasih sayang.
iv. Menjadikan harta lebih diberkati dan diperluaskan lagi rezeki.
KEMULIAAN ORANG YANG MENDERMA:
i. Menjadi penaung di akhirat apabila berada di Padang Mahsyar.
ii. Diringankan hisab di akhirat.
iii. Menambah berat timbangan amalan kebaikan di akhirat.
iv. Memudahkan laluan di Titian Siratul Mustaqim.
    Menderma dalam konsep Islam bukan sekadar membantu golongan miskin dan mereka yang ditimpa musibah, malahan juga boleh dibuat melalui pembiayaan pembinaan rumah anak-anak yatim, golongan orang kurang upaya dan warga emas. Menderma juga boleh diertikan dengan menyediakan peralatan seperti makanan, pakaian, perabot dan lain-lain peralatan yang bersesuaian bagi golongan tersebut.



BY: SARAH FARISYA