Friday 30 March 2012

Life is a Dance for you to Dance...


Life is a Dance for you to Dance...

Life is every where
Life
Life is a challenge
Life is a gift

Life is a chance
Life is a tragedy
Life is lonely
Life is pain

Life is full of frustration
Life is a mystery
Life is love
Life is made of hurt

Life is not a bed of roses
Life is a dance for you to dance
Life is every state of mind
What is life? 
Maria Luisa Taylor
Submitted: Wednesday, February 02, 2011
Edited: Wednesday, February 02, 2011
najihah g4
<

this is my LIFE


this is my life

Life defines in Metabolism,
In reproduction,
we make our miniature selves,
our look alike
In the power of adaptation,
like what is in now,
What is fashionable,
how I blend with all of you
How I mimic you,
how I become a clown to you, 
RIC S. BASTASA
                                                                          Submitted: Friday, February 13, 2009
Edited: Wednesday, November 04, 2009 
najihah g4                       

KEPENTINGAN BERJIMAT CERMAT / MENABUNG

Amalan berjimat cermat merupakan sikap yang mulia dan seharusnya dipraktikkan sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia apatah lagi dengan keadaan harga barangan yang semakin meningkat kesan daripada kenaikan harga bahan bakar di pasaran dunia. Sikap boros ketika berbelanja haruslah ditangani agar tidak menyusahkan diri dan keluarga. Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk menanamkan sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat.

   Antara langkah efektif yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengalakkan rakyat Malaysia mengamalkan sikap mulia ini adalah dengan menanmkan sikap rajin menabung. Kerajaan telah mengambil inisiatif bagi memupuk semangat menabung dalam kalangan pengguna. Pengenalan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah contoh kesungguhan kerajaan untuk menyedarkan masyarakat akan pentingnya perancangan masa depan kerana kita perlu menyediakan payung sebelum hujan.
   Ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka menabung kepada anak-anak sejak dari kecil lagi. Anak-anak harus dididik mempunyai tabungan sendiri di rumah iaitu menabung wang lebihan perbelanjaan sekolah mereka dan menggunakan simpanan mereka apabila ingin membeli barangan keperluan sendiri. Ibu bapa juga boleh membuka akaun simpanan anak-anak di bank-bank tempatan seperti Bank Simpanan Nasional , bank Rakyat dan sebagainya kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Institusi perbankan hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat menyimpan wang yang selamat dan hasil daripada tabungan ini dapat digunakan untuk keperluan masa depan yang lebih gemilang.

   Masyarakat juga hendaklah prihatin akan peranan skim-skim saham amanah. Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menjayakan Minggu Saham Amanah bagi memupuk kesedaran melabur dalam kalangan pengguna. Oleh itu, masyarakat hendaklah sedar akan peluang yang terbuka luas untuk melabur dan seterusnya mendapat dividen yang diagihkan pada setiap tahun. Hal ini pasti akan mendatangkan kebahagiaan kepada masyarakat kerana masyarakat yang bahagia mempunyai masa depan yang terjamin.

   Sebelum membeli barangan, perancangan yang teliti hendaklah dilakukan terlebih dahulu. Barang-barang yang mahu dibeli perlu disenaraikan. Perbelanjaan berhemat ini wajar dipraktikkan bagi mengelakkan sebarang pembaziran dan masyarakat hendaklah membeli barangan mengikut keperluan, bukan mengikut nafsu. Ketika berbelanja, penggunaan kad kredit juga patut dielakkan kerana akan menambah beban tanggungan hutang dan lama kelamaan pengguna akan mengalami masalah kewangan. Justeru, mayarakat wajar berpegang pada peribahasa berjimat sebelum terlambat, beringat sebelum terkena.

   Kesimpulannya, amalan berjimat cermat sudah pasti akan melahirkan masyarakat yang bijak dan progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan sudah tentu untuk jaminan masa hadapan yang lebih cerah, seperti kata tokoh Mahatma Gandhi, berfikirlah untuk hari esok, namun bertindaklah hari ini. Oleh yang demikian, pelbagai pihak wajar memainkan peranan agar amalan berjimat cermat menjadi budaya masyarakat kita setiap masa tanpa mengira peringkat umur.

BY :NURUL IZZAH

Thursday 29 March 2012

langkah-langkah mencegah selsema H1N1 di negara kita

                                                  
Pendemik selsema H1N1 yang melanda dunia kini sungguh membimbangkan masyarakat dunia.Virus ini menyebabkan mangsa menghidapi selsema dan batuk yang berpanjangan dan membawa maut.Terdapat beberapa langkah mudah yang boleh kita amalkan untuk memcegah virus ini daripada terus merebak.
      Pertama,kita harus sentiasa menjaga kebersihan diri seperti membasuh tangan kita dengah sabun basah dan air yang mencukupi.Amalkan kaedah membasuh tangan yang betul selepas ke tandas,sebelum makan,semasa menyediakan makanan dan pada bila-bila masa tangan kita kotor.
      Seterusnya,kita haruslah mengehadkan pergerakan kita ke tempat awam yang penuh dengan orang ramai seperti di pusat membeli-belah,stesen bas dan panggung wayang.Jika tidak dapat dielakkan daripada berada di tempat awam,pakailah penutup mulutdan hidung.
      Tuntasnya,pencegahan awal mampu menyelamatkan kita daripada dijangkiti virus berbahaya ini bak kata pepatah sediakan payung sebulum hujan.


By:Syafiqah

Monday 26 March 2012

Pantun Perpisahan..


Pantun Perpisahan




Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

Hari ini menanam jagung
Hari esok menanam serai
Hari ini kita berkampung

Hari esok kita bersurai
Malam ini menanam jagung
Malam esok menanam serai
Malam ini kita berkampung

Malam esok kita bercerai
Hari ini menugal jagung
Hari esok menugal jelai
Hari ini kita berkampung

Hari esok kita bercerai
Batang selasih permainan budak
Berdaun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak

Seribu tahun kembali juga
Orang Aceh sedang sembahyang
Hari Jumaat tengah hari
Pergilah kasih pergilah sayang

Pandai-pandailah menjaga diri
Mana Manggung, mana Periaman
Mana batu kiliran taji
Tinggal kampung tinggal halaman

Tinggal tepian tempat mandi
Bintang Barat terbit petang
Bintang Timur terbit pagi
Jika tidak melarat panjang

Ada umur ketemu lagi
Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput dari padi
Tahun mana bulan mana

Dapat kita berjumpa lagi?
Dian tiga lilin pun tiga
Tanglung tergantung rumah laksamana
Diam juga sabar pun juga

Ada umur tidak ke mana
Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

BY: SARAH FARISYA

Sajak: Guru...

Sajak : Guru



Cikgu, guru itulah panggilan yang diberikan kepadamu
Kau mendidik anak bangsamu dengan ketulusan hatimu
Kau berdedikasi untuk mengajarkan yang terbaik
Untuk melahirkan anak didik yang boleh berjaya suatu hari nanti

Guru, kau seorang insan yang teristimewa
Baktimu kalahkan bak gunung Everest
Jasamu tidak ternilai harganya
Kau bak sebatang lilin yang sering menyinari kegelapan muridmu

Guru, betapa kau dihormati oleh segala lapisan masyarakat
Tugasmu begitu mencabar dan jiwamu begitu kental
Setiap hari kau akan berdepan dengan pelbagai cubaan
Namun rintangan yang mendatang kau dapat menangkisnya

Guru, kau seorang yang tegas dan berwibawa
Ketabahanmu membuat kau sentiasa redha
Kau berkaliber dan berhati mulia
Kau sering dijadikan cermin oleh anak didikmu

Guru, kau seorang yang bersemangat waja
Kesabaranmu membuat kau betah untuk meneruskan perjuanganmu
Demi membela anak bangsamu untuk maju ke hadapan
Kau sememangnya seseorang yang patut dihargai

Semoga Hari Guru ini akan membuat kau bahagia dan gembira
Doaku agar kau sekalian diberi rahmat dan hidayah dari Illahi
Dengan melaksanakan tugasmu sebagai seorang guru
Teruskanlah perjuanganmu, wahai insan yang bergelar GURU..


BY: SARAH FARISYA.

Sunday 25 March 2012

NASIHAT KEPADA SANG PENGGUNA BESTARI


*Tempat ke 4 – Pertandingan Penulisan Puisi Kempen Kepenggunaan KPDHEN Peringkat Kebangsaan 2007
Dalam daerah jual beli yang tiada henti
Lahirnya sang pengguna bestari nama diberi
Sang ayah besar hati melihat permata abadi
Sang ibu curah kasih suci kekal hakiki

   Mutakhir ini, obesiti menjadi masalah utama dalam kalangan kanak-kanak di dunia. Menurut laporan National Center for Health Statistic pada 2002, kira-kira 15 peratus kanak-kanak dan remaja di Amerika Syarikat mengalami obesiti.

   Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), masalah obesiti semakin serius dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di negara membangun. Masalah obesiti merupakan faktor utama yang mengakibatkan sindrom metabolik yang banyak dihidapi penduduk di Asia.

   WHO menganggarkan bahawa pada 2015, lebih kurang 2.3 bilion orang penduduk di dunia mengalami masalah berat badan yang terlebih dan daripada jumlah tersebut kira-kira 700 juta orang akan mengalami masalah obesiti.

   Di Malaysia, peningkatan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak berumur antara tujuh hingga 10 tahun menunjukkan peratusan yang membimbangkan iaitu daripada 6.6 peratus kepada 13.8 peratus. Keadaan ini lebih kritikal apabila mereka meningkat dewasa.

   Semestinya golongan dewasa yang menghadapi masalah obesiti mencari alternatif terbaik untuk mengurangkan berat badan. Bagi kanak-kanak pula, masalah obesiti mereka kebanyakan dibiarkan oleh ibu bapa mereka.
___
Dr. Tam Cai Lian, pensyarah di Fakulti dan Sains Kesihatan, Universiti Monash Sunway, Bandar Sunway, Petaling Jaya.

*amira fazila


Health Info : Stop Smoking Now


 
 
Era masa kini, di lihat penguasaaan ilmu dalam pelbagai bidang amat penting dan perlu di beri perhatian. Perubahan zaman kian membuktikan penguasaan ilmu pengetahuan boleh menjamin kejayaan individu jika di manfaatkan dengan bijaksana.


Dengan adanya ilmu, kita kita tidak akan berasa ketinggalan, di perbodohkan dan juga rendah diri. Oleh yang demikian, peluang yang ada harus di rebut untuk memastikan penguasaan ilmu tidak kira dalam bidang tertentu atau pun sebaliknya.


Antara manfaat sekiranya kita berilmu ialah dapat memajukan diri sendiri, dan tidak mustahil kita boleh memberi faedah kepada komuniti, masyarakat dan juga negara. Contohnya, pembangunan inovasi dalam pelbagai bidang yang boleh memberikan kemudahan kepada manusia.


Selain itu, penguasaan ilmu juga membolehkan kita menjadi manusia yang proaktif. Orang yang berilmu akan sentiasa berfikiran positif, optimis dan sentiasa menjadikan sesuatu ujian atau permasalahan sebagai suatu cabaran yang mengujakan.


Bak kata pepatah, "ilmu pelita hidup". Ia memberi cahaya kepada pembangunan kehidupan berkualiti. Orang yang berilmu sentiasa akan berasa tenang dan hidup dalam harmoni. Jadi, ayuh! Jangan buang masa dengan kelalaian, manfaatkan masa yang ada untuk kita menimba ilmu.


Tidak kira apa sahaja ilmu, asalkan ia baik untuk diri, tidak menyalahi undang - undang, tidak melanggar larangan Tuhan, ia perlu dipelajari. Mudah - mudahan dengan ilmu yang ada, menjadikan kita selangkah di hadapan berbanding yang lain :D

 
BY: SARAH FARISYA
 
 
 
 
 
 
 

WhEn CHIldrEN pRAy


When Children Pray

Children only kneel when some incident causes great fear
Children only cry when they feel alone and threatened
Children live by a strong faith that is scare these days
Children will bare any type of pain if they feel it will ease the hate
And those times when children pray those times are when god can do nothing but, obey
Children the ask for happiness and they are the light of day
Yet we let millions of these treasures starve for attention
Children look at war but, look away
Its times like these when children prayers save the day
In this world of lost souls what more could one wish for than just pure hope
They are bright as stars that glitter
And all they shed is grace
With sticky fingers from exploring the juices mother earth bares
And their innocence laying bare
And simple truths spew from their rosy lips
Children pray but only when they can feel the end is near
And their love is a sudden rush that only causes forgiveness
Perfect smiles they wear upon their face
And children never hold any disgrace
Light shallow dreams of making the world a better place
When children kneel that is for which they will pray
Children only pray when in doubt
And their voices portray light fears
All a child wants to see is the new day break
And when that thought is threatened children kneel and pray 
victoria martinez
Submitted: Tuesday, January 24, 2006

Faedah Bersukan...


 Faedah Bersukan..


Kita sering diberitahu bahawa sukan itu adalah penting. Namun, apakah definasi bersukan? Menurut kamus Edisi Ketiga, sukan adalah segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga yang menyihatkan badan atau dilakukan secara hiburan. Contohnya, sekarang, acara yang paling gemuruh, Olimpik, telah menarik perhatian ramai orang untuk menonton pelbagai sukan yang diuruskan. Antaranya, berenang, lompat tinggi, badminton, tenis meja, bola dan lain-lain lagi.
Sukan memang banyak faedahnya. Faedahnya yang pertama ialah bersukan dapat menyihatkan badan seperti yang dikatakan pada definasinya. Apabila kami mengeluarkan segala tenaga kami bermain sesuatu jenis sukan, badan kami berpeluh. Apabila, kami berpeluh, kami sebenarnya mengeluarkan toxin-toxin lalu membersihkan badan. Dengan proses pembersihan ini, badan kami akan rasa lebih segar. Badan orang sering bersukan pun banyak berotot dan tegap. Jika kami sering bersukan, kami tidak akan jatuh sakit semudah orang yang tidak bersukan dan gemar memakan makanan yang terlalu berminyak atau terlalu masin.
Faedah kedua bersukan ialah ia membentukkan sesuatu pasukan supaya mereka boleh berkomunikasi antara satu sama lain dengan lebih baik. Kerana mereka sentiasa terpaksa memikirkan strategi untuk permainan, mereka dapat bekerja dalam sesuatu kumpulan. Lagipun, lama-kelamaan, semua ahli pasukan akan merasa bahawa pasukan mereka seperti sebuah keluarga. Misalnya, jika mereka kalah dalam satu permainan, mereka akan menghiburkan hati satu sama lain dan mereka semua sentiasa menggalakkan satu sama lain untuk bermain dengan sepenuh hati dan bermain dengan sebaik mungkin.
Akhirnya, faedah yang ketiga ialah bersukan mejaminkan jalan kehidupan yang sihat. Bersukan dapat mengurangkan berat badan seseorang dan risikonya menjadi gemuk dan menangkap pelbagai jenis kesakitan kerana gemuk akan berkurangan. Bersukan pun menyegerakan otak dan minda supaya dapat berfikir dengan jelas dan kami dapat menimbang dan berfokus dengan lebih mahir. Pengkajian pun menunjukkan bahawa bersukan dapat menolong melawan kemurungan dan perasaan terlalu khuatir.
Berdasarkan faedah-faedah yang telah dibentangkan, kami dapat berpendapat bahawa sukan menyihatkan badan, membina sebuah pasukan dan menjamin jalan kehidupan sihat. Dengan ini, terbukti lah bahawa bersukan memang banyak faedahnya. Kami sepatutnya menggalakkan keluarga, teman-teman, jiran-jiran dan sesiapa lagi dan ingin dengar untuk rajin bersukan. Tentu dunia ini akan menjadi lebih sihat.

BY: SARAH FARISYA

THREE SISTERS


Three Sisters

First daughter makes she say
Second daughter goes far away
Third daughter takes another day 
maria sudibyo
Submitted: Thursday, March 29, 2007
Edited: Tuesday, February 08, 2011
<

Faedah Membaca...

Faedah Membaca

Membaca buku akan membuka wawasan kalbu, menghasilkan berbagai pelajaran dan nasihat. Membaca buku akan memberikan berbagai bekalan hikmah, dapat melancarkan lisan, meningkatkan kemampuan berfikir, mengukuhkan pengetahuan tentang beraneka ragam hakikat dan akan menghilangkan yang syubhat.

Membaca buku merupakan hiburan bagi yang menyendiri, bisikan bagi hatinya, teman bicara bagi yang berjaga malam. Setiap kali pengetahuan yang telah dibaca diulang kaji, dikuasai dan disaingi, maka akan semakin membuahkan hasilnya yang siap dipetik kerana telah matang di pokoknya dan menghasilkan buahnya setiap saat dengan izin Tuhannya apabila diperlukan, kerana pengetahuan telah dikuasai dan telah menetap di tempat kediamannya (di hati).

Sebaliknya keengganan untuk membaca dan meninggalkan pemikiran terhadap kitab-kitab serta tidak mahu mentelaahnya sendiri, sama dengan mengekang kelancaran lisan, membatasi pembentukan perwatakan, membuat fikiran menjadi beku, aqal pun mnejadi tegang, watak menjadi mati dan modal pengetahuan menjadi layu, serta fikiran menjadi gersang. Mengapa demikian? Kerana buku selalu mengandungi faedah, perumpamaan, hal yang baru, cerita, konsep atau perkara yang jarang ditemui.
Demikian faedah membaca yang sememangnya sangat banyak sehingga tidak terhitung jumlahnya. Oleh itu, marilah memohon perlindungan dari Allah dari pupusnya cita-cita, lemahnya tekad di dalam jiwa dan bekunya semangat jiwa, kerana sesungguhnya hal ini merupakan musibah yang paling besar.

BY: SARAH FARISYA








Too Much of a Good Thing

‘Too much of a good thing may be bad'
As the old cliche' goes
So always do things in moderation
Just like The Lord of Heaven knows

The blessings of God are great
As anyone can clearly see
And when done in moderation
We all can live quite free

That's the common sense He gave us
Each and every one
So practice it in our own ways
And His blessings will fill our days

Now that does not mean to take
The middle of the road each time
That just means to do what's right
And give glory to His name

For one will get smashed standing
In the middle of the road
If one fails on which side to stand
At the very least when the Word is told

-NAJIHAH HAMNUSI-

The Time of Shoddy

The time of shoddy
Is now back again
Chinese clothing
Is now folding
Reflections of Chrome
Leaching out of strips
Small flowing rivers
Of mite sized shimmers
Glitter everywhere!
Allergies everywhere!
All BEWARE! ! ! ! 

-NAJIHAH HAMNUSI-

Thursday 22 March 2012

KEPENTINGAN SARAPAN

KEPENTINGAN SARAPAN .


Sarapan adalah salah satu sumber makanan harian kita yang dianggap sebagai membantu memulakan hari anda sama seperti pemandu kereta lumba yang terlebih dahulu memanaskan enjin semasa berada di garisan permulaan.

Mungkin setengah daripada kita tidak memerlukan sarapan dengan alasan, jarang makan tengahari. Jadi tentunya tidak salah sekiranya tidak bersarapan.

Sebenarnya ada perkara yang anda tidak tahu, iaitu dengan bersarapan dapat membantu memastikan anda mengambil pemakanan khasiat harian anda dengan secukupnya.

Sehubungan itu sarapan merupakan makanan paling penting dalam hidup seorang manusia setiap hari dan tidak patut diabaikan.

Menurut Mary Easaw-John, penyelidikan mendapati kanak-kanak yang mengambil sarapan berkhasiat dapat memberi lebih tumpuan dan ini membantu mereka meningkatkan prestasi di sekolah.

Tetapi bagaimanakah anda menggalakkan kanak-kanak ini mengambil makanan berkhasiat pada seawal pagi?

Berdasarkan kajian dan pengalaman Easaw-John berkongsi beberapa petua penting untuk mengatasi masalah itu.

``Kunci utamanya adalah ibu bapa mesti kreatif dengan menjadikan waktu sarapan sebagai satu sesi yang menyeronokkan sehingga anak-anak tidak mahu ketinggalan untuk menikmatinya.'' katanya.

Menurut Easaw-John ibu bapa mempunyai peranan besar menentukan diet yang sempurna untuk anak-anak mereka.

``Pastikan anak-anak ini mengetahui betapa pentingnya mengambil sarapan dan beritahu mereka ia dapat membantu prestasi akademik mereka di sekolah.

``Lebih baik lagi, jika ibu bapa dapat menjadi contoh dengan bersama-sama bersarapan dengan anak-anak. Cara tersebut mampu menyemai tabiat untuk mengambil sarapan yang berkhasiat,'' tambahnya.

Menurutnya bijrin mempunyai kandungan lemak yang rendah, tinggi kandungan vitamin mineral, karbon hiderat dan serat. Apabila dicampur dengan susu pengguna mendapat tambahan kandungan kalsium, iaitu mineral penting dalam pertumbuhan gigi dan tulang yang sihat.

``Pengambilan sarapan bijirin ini merupakan salah satu cara terpantas dan pilihan terbaik ketika anda hendak cepat di waktu pagi,'' katanya.

Easaw-John merupakan salah seorang pakar pemakanan terkemuka juga menyentuh tentang kesuntukan masa untuk bersarapan.

``Memperuntukkan masa untuk sarapan pagi adalah satu kunci utama kepada kehidupan yang sihat. Jika anda mahu menjimatkan masa cuba sediakan meja makan pada waktu malam sebelumnya walaupun hanya untuk bersarapan bijirin dan jus,''tegasnya.

Untuk meningkatkan kesedapannya anda bolehlah menambah bijiran itu dengan pelbagai jenis buah dan kacang.'

Easaw-John juga menunjukkan betapa selesa dan mudahnya untuk menyediakan sarapan bijirin itu dengan menjemput para peserta untuk membantunya menyediakan beberapa jenis resipi sarapan yang berasaskan bijirin.

Campuran bijirin dan susu berperisa akan menghasilkan kalsium, riboflavin dan protein. Satu lagi resipi membabitkan campuran bijirin dengan yogurt, buah-buahan dan kacang yang membolehkan kanak-kanak menikmati pelbagai adunan rasa.

``Perbezaan dalam memakan bijirin ini juga dapat menghilang rasa jemu, dan sekali gus menyemai tabiat suka mengambil sarapan di jiwa kanak-kanak,'' nasihatnya.

Resipi-resipi kreatif yang disediakan oleh Easaw-John pada majlis tersebut kemudiannya diedarkan kepada para peserta bengkel agar apabila pulang nanti mereka dapat menyediakan bijirin seperti itu untuk dinikmati oleh anak-anak mereka ketika bersarapan di rumah.

``Keseimbangan kepelbagaian dan kesederhanaan merupakan cara-cara untuk menyediakan diet yang sihat,'' nasihat Easaw-John.

``Biarkan anak-anak anda memilih makanan yang pelbagai jenis dan gunakan kreativiti anda dalam menyediakan sarapan mereka.'' tambahnya.

Sarapan bijirin seperti bijirin Sarapan Nestle amat berkhasiat, senang disediakan dan satu pilihan sarapan yang lazat. Selain kandungan protein dan karbon hiderat ia juga mengandung 10 jenis vitamin dan mineral termasuk kalsium , fosforus (phosphorous) dan zat besi.

Semuanya merupakan sumber penting dalam pertumbuhan optima seseorang kanak-kanak. Kekurangan zat-zat tersebut boleh memberi kesan negatif terhadap prestasi kanak-kanak dan menyebabkan mereka sukar memberi tumpuan.

BY : NURUL IZZAH

SAJAK KAWAN

Kawan


Apa erti kawan ?
Jika tidak suka menolong .
Apa erti kawan ?
Jika asyik bermasam muka .
Apa erti kawan ?
Jika kejujurannya dipertikaikan .
Apa erti kawan ?
Jika tiada rasa sayang .
Apa erti kawan ?
Jika tiada belas kasihan .
Apa erti kawan ?
Jika kebaikan tidak dinilai .
Apa erti kawan ?
Jika diri tiada teman ....
Kawan yang mulia ,
Kawan yang sebenar,
Kawan yang abadi..
ILMU
ialah kawan yang sejati !


Di manakah letaknya
kejujuran,
Apakah sebenarnya erti
pengorbanan,
Antara kuasa, cinta,
nafsu dan keinsanan.


Meskipun pelbagai kesengsaraan
menimpa hidupmu
walaupun kesakitan dan keperitan menjadi
bebanan
tabahkan hatimu
harungi lautan ini
demi matlamat yang kau gapaikan


bumi neraka pernah kau lalui
bagai mimpi ngeri bagimu
bangunlah kawanku..bangun...


sebagai jasad yang berdiri di bumi bertuah ini
bendunglah segala gejala sosial
menjadi yang hebat..walaupun tidak sehebat
mahadzir
agar jasadmu tergolong dalam yang dicucuri
rahmat....
 
BY : NURUL IZZAH

kelebihan orang fakir miskin

KELEBIHAN ORANG FAKIR
                        Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Anas bin Malik r.a. berkata: "Orang-orang fakir mengutuskan utusan mereka kepada Nabi Muhammad s.a.w. maka berkata: "Ya Rasulullah, saya utusan fakir kepadamu." Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Selamat datang kepadamu dan kepada orang-orang yang mengutuskanmu, engkau datang dari orang-orang yang dicintai Allah s.w.t." Utusan itu berkata: "Ya Rasulullah, orang-orang miskin berkata: "Bahawa orang-orang kaya telah memborong semua kebaikan, mereka berhaji dan kami tidak dapat, dan mereka sedekah sedang kami tidak dapat, dan jika sakit mereka mengirim wang untuk tabungan mereka." Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sampaikan kepada orang fakir daripadaku: "Bahawa siapa yang sabar dari kamu akan mengharap pahala dari Allah s.w.t. Maka ia akan mendapat tiga macam yang tidak boleh didapati oleh orang-orang yang kaya iaitu:
  • Didalam syurga ada kamar dari yaqut yang merah, orang-orang syurga itu melihat tempat itu sama dengan orang dunia jika melihat bontang dilangit, tidak dapat masuk kesitu kecuali Nabi yang fakir atau orang yang mati syahid yang fakir atau seorang mukmin yang fakir.
  • Orang fakir yang masuk syurga sebelum orang kaya sekadar setengah hari iaitu sekira lima ratus tahun, mereka bersuka-suka dengan bebeas leluasa dan Nabi Sulaiman bin Daud a.s. akan masuk sesudah nabi-nabi yang lainnya sekira-kira empat puluh tahun disebabkan oleh kerajaan yang diberikan Allah s.w.t. kepadanya.
  • Jika orang fakir membaca: Subhaballah walhamdulillah walaa ilaha illalah wallahu akbar dengan tulus ikhlas dan orang kaya membaca itu, maka orang kaya itu tidak dapat mengejar orang fakir meskipun ditambah dengan sedekah sepuluh ribu dirham. Demikian amal-amal kebaikan yang lain-lainnya
                        Maka kembalilah utusan itu memberitahu kepada orang-orang fakir miskin apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. itu kepada mereka, maka mereka berkata: "Kami ridho, ya Tuhan, kami puas, ya Tuhan."
                        Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Dzar r.a. berkata: "Saya dipesan oleh junjunganku Nabi Muhammad s.a.w. tujuh macam yang tidak samapai saya tinggalkan dan tidak akan saya tinggal semua itu iaitu:
  • Saya dipesan supaya suka kepada orang-orang miskin dan mendekati mereka
  • Saya dipesan supaya selalu melihat kepada orang-orang yang dibawahku dan tidak melihat pada orang-orang yang diatasku
  • Saya dipesan supaya tetap menghubungi kaum kerabat meskipun mereka jauh dan memutuskan hubungan
  • Saya dipesan supaya memperbanyakkan membaca: Laa haula walaa quwwata illa billahi, kerana itu sebagai perbendaharaan kebaikan atau tabungannya
  • Saya dipesan supaya jangan minta apapun dari sesama manusia
  • Saya dipesan supaya jangan takut didalam melaksanakan hukum Allah s.w.t. dari cela (ejekan) orang-orang yang mengejek
  • Saya dipesan supaya selalu berkata benar meskipun pahit dan berat
                        Dan adanya Abu Dzar jika jatuh pecut dari tangannya sedang ia diatas kenderaannya, maka tidak suka minta tolong kepada orang untuk mengambilkannya.
                        Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Al-A'masy dari Khaitsamah berkata: "Malaikat  berkata: "Ya Tuhan, hambaMu yang kafir itu Engkau lapangkan dunianya dan Engkau jauhkan daripada bala." Jawab Allah s.w.t.: "Kamu buka tempat siksanya." Dan ketika dilihat oleh malaikat mereka berkata: "Ya Robbi, tidak berguna apa yang mereka dapat dari dunia itu." Lalu malaikat itu berkata: "Ya Tuhan, hambaMu yang mukmin Engkau jauhkan daripadanya dunia dan Engkau hidangkan kepada bala." Allah s.w.t. berfirman:" Bukalah tempat pahalanya." Maka jika telah dilihat oleh malaikat, mereka berkata: "Tidak apalah bagi mereka apa yang mereka derita didunia."
                        Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Dzar Alghifari r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (Yang berbunyi): "Almuktsirun humul asfalun, illa man qaala bilmaali hakadza wahaa kadzaa waha kadza wahaa kadza wa qaliilun maahum." (Yang bermaksud): "Orang-orang yang banyak hartanya itu kelak yang paling bawah tempat mereka kecuali yang menggunakan harta itu begini dan begini dan begini dan begini dan begini (Yakni sedekah kekanan, kekiri, kemuka, kebelakang) Dan sedikit yang sedemikian."
                        Abul Laits berkata: "Orang kaya itu tempatnya dibawah orang yang miskin baik disyurga atau dineraka, kecuali orang yang selalu sedekah kekiri kanan, depan belakang dan sedikit sekali yang sedemikian sebab syaitan laknatullah merintangi mereka untuk sedekah."
                        Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Syaitan laknatullah berkata: "Orang kaya tidak dapat selamat dari tiga macam iaitu:
  • Saya perhias didalam pandangannya sehingga tidak dikeluarkan kewajipannya atau
  • Saya ringankan tangannya sehingga dikeluarkan tidak pada tempatnya atau
  • Saya cintakan dalam hatinya sehingga ia berusaha mendapatkannya walau tidak halal
                        Abud-Dardaa r.a. berkata: "Ketika Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan, sedang saya ingin akan menghimpun antara dagang dengan ibadat, maka tidak dapat, maka saya tinggalkan dagangan dan tetap melakukan ibadat. Demi Allah yang jiwaku ada ditanganNya, saya tidak ingin mempunyai toko didekat masjid sehingga tidak ketinggalan sembahyang jamaah dan mendapat untung tiap harinya empat puluh dinar untuk bersedekah fisabilillah." Ketika ditanya: "Mengapakah tidak suka itu?" Jawabnya: "Kerana beratnya perhitungan hisab pada hari kiamat."
                        Abuhurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (Yang berbunyi): "Allahumma man ahabbani farzuqhul afafaa walkafaafa, waman abghadhani faaktsir malahu wawaladahu." (Yang bermaksud): "Kefakiran itu sukar disunia senang diakhirat dan kekayaan itu kesenangan didunia dan kerosakan diakhirat."
                        Anas bin Malik r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (Yang berbunyi): "Inna likulli ahad hirfah, wahirfati itsnataan: Alfakru wal jihad, faman ahabbahuma faqad ahabbani waman abghadhahuma faqad abghadhani." (Yang bermaksud): "Tiap orang ada kesukaannya (pekerjaannya) dan kesukaanku fakir dan jidah, maka siapa suka pada keduanya bererti suka kepadaku dan siapa membenci keduanya itu bererti benci kepadaku."
                        Abul Laits berkata: "Seharusnya seorang muslim suka kepada orang fakir meskipun ia kaya, sebab cinta kepada orang fakir itu bererti cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan juga Allah s.w.t. menyuruh Nabi Muhammad s.a.w. supaya cinta kepada orang-orang fakir miskin sepertimana firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi): "Wasbir nafsaka ma alladzina yad uuna robbahum bil ghadaati wal asyiyi yuriduuna wajhahu." (Yang bermaksud): "Dan sabarkan dirimu berkumpul dengan orang-orang yang selalu berdoa kepada Tuhan pagi dan petang semata-mata kerana mengharap keridhoaanNya." (Surah Alkahfi ayat 28)
                        Sebab turun ayat ini kerana Uyainah bin Hishin Alfazari tokoh Bani Fazarah masuk ketempat Nabi Muhammad s.a.w. sedang disitu ada Salman Alfaritsi. Shuhaib bin Sinan Arrumi dan Bilal Alhabasyi dan lain-lainnya dari kaum dhu'afaa' (yang lemah lembut), mereka dengan pakaian yang jelek dan berbau peluh mereka, maka Uyainah berkata: "Kami ini adalah bangsawan dan mempunyai harga diri, maka bila kami masuk kepadamu, maka keluarkan orang-orang itu sebab mereka mengganggu kami dengan bau dan berilah kepada kami waktu sendiri duduk bersamamu." Maka Allah s.w.t. melarang Nabi Muhammad s.a.w. mengusir mereka dan diperintahkan supaya sabar berkumpul dengan orang-orang yang tidak meninggalkan sembahyang lima waktu kerana mengharap keridhoanNya. Allah s.w.t. berfirman (Yang berbunyi): "Walaa ta'du ainaka anhum turiidu ziinatal hayatidduniya, wakaana amruhu furutha." (Yang bermaksud): "Dan jangan engkau palingkan pandanganmu dari mereka kerana menginginkan kemewahan dunia, dan jangan menurut kepada orang yang telah Kami lalaikan hatinya dari peringatan (ajaran) Kami, dan hanya menurutkan hawa nafsunya, maka semua urusan halnya sia-sia belaka." (Surah Alkahf ayat 28)
                        Dan perintah kepada Nabi Muhammad s.a.w. ini berlaku kepada semua kaum muslimin sampai hari kiamat, kerana itu seharusnya tiap muslim harus suka dan baik kepada orang fakir miskin, serta  berbudi kepada mereka kerana mereka orang-orang terkemuka disisi Allah s.w.t. dan dapat diharapkan syafaat mereka.
                        Alhasan berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Pada hari kiamat kelak akan dihadapkan seorang hamba, lalu Allah s.w.t. berkata lunak kepadanya sebagaimana seorang yang minta maaf kepada kawannya, maka Allah s.w.t. berfirman: "Demi kemuliaan dan kebesaranKu, Aku tidak menyingkirkan dunia daripadamu kerana hinamu dalam pandanganKu, tetapi kerana Aku telah menyediakan untukmu kemuliaan dan kurnia. Keluarlah hai hambaKu kebarisan-barisan itu dan lihatlah siapa yang dahulu pernah memberi makanan atau pakaiannya kepadamu dengan ikhlas keranaKu." Maka peganglah tangannya dan ia hakmu, maka berjalanlah ia ditengah-tengah manusia yang sedang tenggelam dalam peluhnya, lalu melihat orang yang dahulu pernah berbuat baik kepadanya lalu dipegang tangannya dan dimasukkan kesyurga."
                        Alhasan berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Perbanyaklah kenalan orang-orang fakir miskin dan berbudilah kepada mereka kerana mereka kelak akan mendapat kekuasaan." Sahabat bertanya: "Apakah kekuasaan mereka, ya Rasulullah?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Bila tiba hari kiamat maka dikatakan kepada mereka: "Perhatikan siapa yang dahulu pernah memberimu makanan atau minuman seteguk atau pakaian sehelai baju, maka peganglah tangannya dan tuntunlah kesyurga."
                        Abul Laits berkata: "Ketahuilah bahawa bagi orang fakir miskin itu akan mendapat lima kemuliaan iaitu:
  • Pahala amalnya lebih dari pahala amal orang-orang yang kaya dalam sembahyang, sedekah dan lain-lainnya
  • Jika ingin sesuatu dan tidak tercapai dicatat baginya pahala
  • Mereka lebih dahulu masuk syurga
  • Hisab mereka diakhirat lebih ringan
  • Kemenyesalan mereka sangat kurang sebab orang-orang kaya ingin seperti orang fakirdiakhirat sedang orang fakir tidak ingin seperti orang yang kaya.
Dan semua keterangan ini ada keterangannya dari hadis-hadis.
                        Zaid bin Aslam berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Satu dirham untuk sedekah lebih afdal dari seratus ribu." Ditanya: "Bagaimana yang demikian, ya Rasulullah?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Seorang mengeluarkan dari kekayaannya yang sangat banyak seratus ribu dirham dan disedekahkan dan lain orang yang mengeluarkan satu dirham dari miliknya yang hanya dua dirham tiada ada yang lain dengan senang hati, maka orang yang mengeluarkan satu dirham lebih afdal dari yang seratus ribu dirham."
                        Alhasan r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. ditanya oleh seorang sahabat: "Jika kami menginginkan sesuatu dan tidak dapat mencapainya, apakah kami mendapat pahala?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Dengan amalan yang manakah kamu akan mendapat pahala jika tidak mendapat dalam keadaan itu?"
                        Adhdhahhak berkata: "Siapa yang masuk pasar lalu melihat sesuatu yang diinginkannya lalu ia sabar dan mengharap pahala dari Allah s.w.t., maka yang demikian itu lebih baik baginya daripada sedekah seratus ribu dinar fisabilillah."
                        Abul Laits berkata: "Dalil atas kelebihan orang fakir itu ialah ayat (Yang berbunyi): "Wa aqimus shalata wa atuzzakata wa athi urrasula la allakum turhamun." (Yang bermaksud): "Tegakkan sembahyang dan keluarkan zakat dan taatlah kepada Rasulullah supaya kamu diberi rahmat."
                        Didalam ayat ini Allah s.w.t. meletakkan hak orang fakir langsung sesudah hak Allah s.w.t.. Dan juga orang fakir miskin sebagai doktornya orang kaya, sebab jika ia sakit disuruh sedekah kepada fakir miskin, juga sebagai penyucinya sebab bila sedekah kepada fakir miskin maka ia dibersihkan dari dosa-dosanya, juga membersihkan hertanya, juga sifakir itu sebagai pesuruhnyanya, sebab bila ia akan bersedekah untuk ayah bondanya yang telah meninggal, ia pergi kepada fakir miskin dan memberikan sedekah kepada mereka, juga menjaga kekayaannya, sebab harta yang dikeluarkan zakat dan sedekahnya terpelihara dari bencana."
                        Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sukakah saya beritahu kepadamu tentang raja-raja disyurga?" Jawab mereka: "Ya, baiklah ya Rasulullah." Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Mereka orang-orang yang terhina dan teraniaya, yang tidak diterima untuk mengahwini wanita-wanita bangsawan dan hartawan dan tidak dibukakan bagi mereka pintu-pintu yang tertutup, mati seseorang dari mereka sedang hajatnya masih didalam dadanya belum tercapai tetapi sekiranya sungguh-sungguh minta kepada Tuhan pasti Allah s.w.t. akan memberi padanya."
                        Ibn Abbas r.a. berkata: "Mal'un (terkutuk) siapa yang menghormat kerana kekayaan dan menghina kerana kemiskinan."
                        Abud Dardaa' r.a. berkata: "Kami tidak adil terhadap saudara-saudara yang kaya sebab mereka makan, kami juga makan, dan minum, kami juga minum, dan mereka mempunyai kelebihan harta yang selalu mereka lihat-lihat dan kami juga melihat harta itu bersama mereka, tetapi mereka bakal dihisab (dituntut) dan kami bebas dari tuntutan."
                        Syaqiq Azzahid berkata: "Orang-orang miskin memilih tiga dan orang-orang kaya juga memilih tiga iaitu:
Orang-orang miskin memilih
  • kesenangan jiwa dan
  • kekosongan hati dan
  • ringannya hisab
Sedang orang-orang kaya memilih:
  • Sibuknya hati
  • Penatnya fikiran
  • Beratnya hisab
                        Hatim Azzahid berkata: "Siapa yang mengakui empat tanpa empat, maka is dusta dalam pengakuannya iaitu:
  • Siapa yang mengaku cinta kepada Allah s.w.t. tanpa meninggalkan yang haram
  • Siapa yang mengaku cinta kepada syurga tanpa mengeluarkan harta untuk taat kepada Allah s.w.t., maka ia dusta
  • Siapa yang mengaku cinta kepada Rasulullah tanpa mengikuti sunnaturrasul maka ia dusta
  • Siapa yang menginginkan darjat yang tinggi tanpa bersahabat kepada orang-orang fakir miskin, maka ia dusta
                        Seorang cendikiawan berkata: "Empat macam siapa yang ada didalamnya maka ia haram dari kebaikan iaitu:
  • Orang yang sombong kepada bawahnya
  • Orang yang derhaka terhadap kedua orang tuanya
  • Orang yang menghina orang-orang gharib (asing)
  • Orang yang menghina orang-orang miskin kerana kemiskinannya
                        Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Allah s.w.t. tidak mewahyukan kepadaku supaya mengumpulkan harta dan menjadi pedagang tetapi Allah s.w.t. mewahyukan kepadaku supaya bertasbih dan tahmid kepada Tuhan dan selalu bersama-sama orang-orang yang sujud dan ibadatlah kepada Tuhanmu sehingga mati (mencapai keyakinan yang sesungguhnya.)."
                        Abul Laits berkata: "Abu Ja'far meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Said Alkhudri r.a. berkata: "Ya Allah, matikan aku sebagai orang fakir miskin dan jangan dimatikan aku kaya dan kumpulkan aku dimahsyar dalam rombongan orang-orang miskin pada hari kiamat, maka sesungguhnya yang amat celaka ialah orang yang miskin didunia dan tersiksa diakhirat."
                        Umar bin Alkhattab r.a. ketika disampaikan kepadanya hasil ghinamah (hasil perang) Qadissiyah, ia memeriksanya dan melihat-lihatnya lalu menangis. Abdurrahman Bin Auf berkata: "Mengapakah engkau menangis, ya amirul mukminin, padahal hari ini hari gembira dan senang?" Jawabnya: "Benar, tetapi suatu kaum yang diberi ini melainkan terjadi kebencian dan permusuhan diantara mereka."
                        Ibn Abbas r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tiap ummat ada fitnah (ujiannya) sendiri-sendiri, dan ujian ummatku adalah harta kekayaan."
                        Abdullah bin Umar r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya makhluk yang sangat dikasikhi oleh Allah s.w.t. ialah orang yang fakir miskin sebab manusia yang amat dikasihi oleh Allah s.w.t. ialah para Nabi, maka Allah s.w.t. menguji mereka dengan kefakiran kemiskinan."
                        Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Alhasan Albashri berkata: "Allah s.w.t. telah mewahyukan kepada Nabi Musa bin Imran a.s: Ada seorang kekasihKu dari seorang hambaKu dibumi akan mati, maka pergilah engkau kepadanya dan mandikan serta kafankan dan kuburkan." Maka dicari oleh Nabi Musa a.s. dikota tidak bertemu dan didusun juga tidak bertemu, lalu ia melihat tukang-tukang menggali tanah, maka ia bertanya: "Apakah kamu ada melihat orang sakit atau mati?" Jawab mereka: "Disini ditempat yang rosak ini ada seorang sakit mungkin itu yang engkau maksudkan." Jawab Nabi Musa a.s.: "Ya benar." Maka ia pergi kesana. tiba-tiba ada seorang yang sedang sakit menggeletek diatas tanah berbantal batu merah, dan ketika ia sedang menghadapi sakaratulmaut jatuh kepalanya dari batu merah itu. Maka berdiri Nabi Musa a.s. sambil menangis dan berkata: "Ya Robbi, inilah kekasihMu, dari hambaMu menderita sakit dan tidak ada seorangpun yang merawatnya." Maka Allah s.w.t. menurunkan wahyu: "Hai Musa, Aku jika kasih kepada seorang hambaKu, Aku singkirkan dunia daripadanya."
                        Abbas Bin Katsir dari Alhasan berkata: "iblis laknatullah mengambil pertama wang emas (dinar) yang dibuat diatas bumi lalu diletakkan antara ketua matanya sambil berkata: "Siapakah yang cinta kepadamu, maka ia hambaku."
                        Abul Laits dari Idris dari Wahb bin Munabbih berkata: "iblis laknatullah datang kepada Nabi Sulaiman dan Daud a.s. berupa orang tua lalu ditanya oleh Nabi Sulaiman: "Beritakan kepadaku apa yang akan engkau perbuat terhadap ummat Nabi Isa bin Maryam a.s?" Jawab iblis laknatullah: "Saya akan menganjurkan kepada mereka supaya menggunakan dua Tuhan selain Allah s.w.t." Lalu apakah yang akan engkau perbuat terhadap ummat Nabi Muhammad s.a.w.?" Jawab iblis laknatullah: "Saya akan iming-imingkan kepada mereka kepada dinar dan dirham (mas dan perak) sehingga itu lebih mereka inginkan daripada Laa ilaha ilallah." Nabi Sulaiman a.s. berkata(Yang berbunyi): "A udzu billahi minka." (Yang bermaksud): "Saya berlindung kepada Allah s.w.t. daripadamu." Tiba-tiba ia sudah tidak ada.
                        Abul Laits berkata: "Kewajipan seorang fakir ia harus mengerti terhadap kurniaan Allah s.w.t. kepadanya, bahawa Allah s.w.t. menghindarkan dunia daripadanya kerana mulianya disisi Allah s.w.t., yang mana Allah s.w.t. telah memuliakannya sebagaimana memuliakan para Nabi-nabiNya dan para Wali, dan mengucap Alhamdulillah dan tidak baginya dari dunia dan andaikan kefakiran tidak mempunyai kelebihan selain sekadar mengikuti kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. nescaya itu saja cukup besar."
                        Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Thawwus dari Ibn Abbas r.a. berkata: "Ketika Nabi Muhammad s.a.w. duduk bersama Jibril a.s., tiba-tiba Jibril berkata: "Ini ada Malaikat yang turun dari langit yang belum pernah turun, dan ia minta izin kepada Tuhan untuk berziarah kepadamu." Maka tidak lama datanglah malaikat itu dan memberi salam: "Assalamu alaikum, ya Rasulullah s.a.w" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Wa alaikum salam." Lalu malaikat itu berkata: "Allah s.w.t. telah menyuruh engkau memilih antara diberi kunci dari segala sesautu dan diberi kekayaan yang belum pernah diberikan kepada seorang sebelummu dan tidak akan diberikan kepada seorang sesudahmu, tanpa mengurangi apa yang telah disediakan bagimu diakhirat atau dikumpulkan bagimu semua diakhirat (dihari kiamat)." Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Supaya dikumpulkan semua itu bagiku dihari kiamat sahaja."
                        Shafwan bin Saliem dari Abdul Wahhab bin Bajid berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Telah ditawarkan kepadaku dataran Mekkah ini berupa emas perak, maka saya berkata: "Ya Tuhan, lebih baik saya kenyang sehari dan lapar sehari, maka memujiMu jika kenyang dan minta kepadaMu jika lapar."



by : nurul izzah

Wednesday 21 March 2012

INTERNET DALAM PENDIDIKAN

Internet merupakan jaringan elektronik yang menghubungkan manusia dengan manusia yang lain di seluruh dunia melalui komputer. Internet merupakan salah satu komponen yang penting di dalam era ledakan maklumat secara global dan maklumat yang diperolehi adalah tanpa sempadan . Pada ketika ini para pendidik dari semua peringkat di serata dunia telah menggunakan internet untuk berkomunikasi, berkongsi maklumat sesama mereka. Menurut Honey dan Henriquez (1993), yang di petik dari Rothenberg (1995), penggunaan rangkaian kerja elektronik boleh membantu guru ( terutama guru baru) dari segi menggurangkan pemencilan diri, mereka boleh berhubung sesama guru, dan boleh meningkatkan professionalisme.
Penggunaan internet membolehkan kita mendapatkan sumber maklumat kajian yang bermutu dan amalan aplikasi dari kalangan para pendidik dan para pelajar (Means et al., 1993, yang di petik dari Rothenberg (1995). Apakah Ciri-Ciri Pada Internet Yang Popular Di Kalangan Pendidik Didalam Mengintegrasikan Kepada Proses Pembelajaran Dan Pengajaran ?
    a) . Mel Elektonik ( E-Mail )
    Penggunaan e-mel merupakan komponen utama di kalangan pengguna internet ketika ini. Ianya merupakan satu kaedah alat perhubungan untuk berhubung secara pantas, murah, boleh dipecayai dan selesa. Pesanan dan pertanyaan boleh ditulis bila-bila masa dan dihantar dari rumah atau pejabat akan terus sampai kepada penerima dalam masa yang singkat. Antara perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh guru dengan mengunakan e-mel di dalam mengintegrasikan internet dalam proses pembelajaran:
  • Berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru, ibu-bapa, pelajar, dan pihak jabatan.
  • Mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal.
  • Mengutus e-mel kepada sekolah lain mengenai bagaimana mereka mengendalikan sesuatu masalah.
  • Berkongsi dan bertukar idea-idea bilik darjah ; teknik mengajar, pengajaran yang kreatif, maklum balas mengenai buku dan alat bantuan mengajar, dan sesuatu projek.
  • Menghubungi agensi-agensi pusat dan sekolah lain mengenai sesuatu program dan polisi yang di gunakan di tempat-tempat lain.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui e-mel ialah:
  • Berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan sekolah-sekolah lain.
  • Berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latar belakang negara mengenai berbagai isu semasa.
  • Mengalakan perkembangan bahasa terutama bahasa inggeris misalnya mendapatkan rakan pena melalui e-mel dari negara luar.
  • Bertanyakan penyelesaian sesuatu masalah pelajaran secara "on-line".

     
    b) . Kumpulan Diskusi Internet ( Internet Discussion Groups )
    Kumpulan Diskusi Internet secara asasnya adalah aplikasi dan lanjutan kepada penggunaan e-mel secara berkesan. Komuniti-komuniti yang terbentuk secara elektronik yang mempunyai minat yang sama membolehkan ahli-ahli yang menyertai kumpulan diskusi berkongsi pendapat dan membantu diantara satu sama lain tanpa batasan sempadan geografi. Terdapat beribu-ribu kumpulan diskusi yang boleh disertai oleh pendidik mengikut minat mereka.
    c) . Pengkalan Data Katalog Perpustakaan
    Di Amerika Syarikat penggunaan pengkalan data ERIC dan ETS Test Collection merupakan pengkalan data yang paling polular dikalangan pendidik dari semua peringkat. Kita boleh mendapatkan data soal-selidik, artikel-artikel, rancangan pengajaran, ujian, dan lain-lain alat pengukuran dari dua pengkalan data tersebut. Kita juga boleh mengakses katalog dari perpustakaan misalnya perpustakan Universiti Malaya dan lain-lain universiti luar negara serta mengakses bahan-bahan teks bercetak dari badan kerajaan Amerika.
    Halaman web merupakan komponen yang menjadikan internet lebih menarik dan paling diminati oleh sesiapa sahaja yang dapat mengaksesnya. Dengan lebih 50 juta tapak halaman web dan dengan pertumbuhan 10 peratus setiap hari halaman web merupakan sumber maklumat tak terhingga kandungannya. Kepada para pendidik mereka boleh mendapatkan kandungan teks penuh, artikel, rancangan pengajaran , dan lain-lain bahan mengajar; maklumat mengenai projek-projek yang dijalankan untuk pelajar mengambil bahagian dan berkogsi dengan rakan mereka dari negara-negara lain; pendidikan keibu-bapaan, dan maklumat kesihatan serta bermacam-macam maklumat lain yang boleh diperolehi dihujung jari mereka.
    Menerusi internet, fail-fail adalah mudah untuk dipindahkan dari satu komputer kepada komputer yang lain menggunakan " File Transfer Protocol (FTP)". Seseorang penulis itu boleh menghantar dan meminta rakan mereka mengenai sesuatu bab artikel itu dengan cepat dan mudah melalui FTP terutama apabila melibatkan sesuatu projek halaman Web yang mana pesertanya dari berbagai tempat. Selain itu perisian-perisian yang boleh guna bersama dan percuma atau berbayar boleh di turun beban ( download) untuk berbagai tujuan pendidikan.    

Tuesday 20 March 2012

INTERNET DAN PERANANNYA
Apabila talian disambungkan ke internet, secara tidak langsung anda telah dihubungkan ke berjuta-juta komputer seluruh dunia yang menawarkan pelbagai perkhidmatan yang boleh dan mampu digunakan. Antara peranan-peranan berikut adalah :
    IRC atau Internet Relay Chat adalah suatu yang cukup digemari dalam internet sejak kebelakangan ini. Pengguna boleh berinteraksi sesama mereka dalam talian tersebut dengan hanya menggunakan papan kekunci bagaikan bercakap di dalam telefon. Ini adalah jauh lebih ekonomi daripada penggunaan telefon. Ketika ber’IRC’ ini, anda akan berada di dalam sebuah bilik sembang (chatroom), terdapat pelbagai bilik-bilik sembang yang mempunyai nama-nama yang unik. Di sinilah anda akan dapat berkomunikasi secara ‘on-line’ mengenai topik yang diwar-warkan. Antaranya ‘Small Business’, ‘Business Law’, ‘Rule And Accounting’ dan banyak lagi. Bilik-bilik tersebut membolehkan anda berhubung secara terus dengan pakar-pakar dalam bidang-bidang tertentu dari serata dunia dengan hanya kos satu penggilan telefon tempatan.
    Pelbagai maklumat akan dapat diakses di mana-mana sahaja di merata dunia. Pengguna internet dapat pergi ke lokasi mana-mana sahaja yang diinginkan maklumatnya samada dalam bidang pendidikan, perdagangan, perubatan dan lain-lain. Pengguna boleh menggunakan enjin pencari yang banyak terdapat di internet untuk mendapatkannya. Yang penting, rentetan yang hendak dicari ditentukan, manakala enjin pencari tersebut akan menentukan mana-mana pelayan yang disambung. Keputusan carian akan memaparkan nama fail, saiz, tarikh data dicipta, lokasi dan hos komputer di mana data tersebut berada. Setelah pengguna ini mengetahuinya, FTP (File Transfer Protocol) digunakan untuk memindahkan fail tersebut. Protokol ini membenarkan sambungan rangkaian ke komputer lain dan seterusnya memindahkan fail, sekelompok fail atau keseluruhannya juga boleh memindah pelbagai jenis fail termasuk aplikasi, teks, grafik, audio, video, multimedia dan lain-lain.
    Kumpulan diskusi atau lebih dikenali sebagai newsgroup ialah proses pertukaran idea di kalangan pengguna internet dari seluruh dunia. Melalui internet ini, anada akan dapat melibatkan diri secara aktif atau sebaliknya dalam perbincangan-perbincangan di seluruh dunia.
    Pelajar sekolah atau pelajar di Institut Pengajian Tinggi, dapat memperolehi maklumat yang diinginkan melalui akses ke internet di mana-mana sahaja lokasi-lokasi pendidikan atau agensi-agensi tertentu. Misalnya, seorang pelajar Malaysia boleh mendapat maklumat sesuatu projek yang dibuat oleh pelajar universiti di Amerika Syarikat. Manakala pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara boleh mendapatkan maklumat mengenai syarat kemasukan, peruntukan yuran dan selainnya dalam internet. Malahan guru pula boleh menjelajah ke seluruh dunia untuk bertukar pendapat dengan sekolah-sekolah lain di seluruh dunia melalui e-mail. Perpustakaan elektronik juga dapat membantu mereka dalam membuat sesuatu penyelidikan. Berbagai masalah dapat diselesaikan dan berbagai maklumat dapat diperolehi dengan lebih mudah, pantas dan berkesan jika dibanding dengan penggunaan faks.
    Internet membantu menubuhkan syarikat-syarikat global. Internet memberi satu alat yang sempurna untuk membantu syarikat-syarikat ini mengendalikan perniagaan tanpa mendirikan syarikat mereka di sesebuah negara itu. Halaman web syarikat dibina dan digunakan untuk menyampaikan maklumat syarikat kepada umum. Ia boleh menjadi punca untuk maklumat asas mengenai produk-produk mereka, menjelaskan matlamat-matlamat, visi-visi, strategi sesuatu korporat. Pembeli dapat memilih produk atau perkhidmatan yang ditawarkan pada web tersebut.
    Banyak syarikat menggunakan web sebagai komunikasi ‘on-line’ yang cepat dan selamat untuk berhubung dengan para rakan niaga dan para pembekal, dan juga membolehkan pelanggan-pelanggan memesan produk-produk dan perkhidmatan mereka melalui internet. Pengusaha-pengusaha boleh memudahkan kerja mereka dengan memesan melalui internet.
    Para broker saham dan pelabur-pelabur boleh mengakses maklumat sesuatu perniagaan untuk bursa-bursa saham melalui internet. Dari lokasi tersebut, para pelabur akan mendapat prospektus yang cukup jelas mengenai sesuatu syarikat sebelum melakukan pelaburan.
    Persidangan video ialah suatu aktiviti di mana pengguna boleh berhubung dengan sesiapa sahaja di serata dunia melalui kamera video digital dan mikrofon yang disambung kepada komputer peribadi melalui talian internet. Ini lebih ekonomi dan penjimatan untuk ke sesuatu tempat. Dari segi perniagaan pula, ia secara tidak langsung dapat mengelakkan pembaziran masa dan kos oleh pengurus atau eksekutif. Dari segi pendidikan ia bermenafaat dari persidangan video sebab kawasan-kawasan di luar bandar tidak akan dipencilkan dalam hal penjagaan kesihatan lagi.

Today

Hye Assalammualaikum , hari ini 21.3.2012 kami sekumpulan berbincang bagaimana untuk mencantikkan lagi blogger kami yang serba kurang ini . Kami berbincang di dalam kelas . Banyak cadangan yang diberikan oleh alia , azmina , izzah , shahirah dan anis . Sarah pula sibuk mencatat apa yang diberitahu oleh mulut masing . Kami sekumpulan berharap blogger kami akan kelihatan lebih cantik :)
Kegunaan it yg meluas

IT, internet salah satu keperluan manusia yang tak dapat di pisahkan lagi... komputer tanpa internet bagaikan tak bernyawa tanpanya, anak-anak masa kini lebih peka dan pantas mengenal pengunaan internet, namun pemantauan dari ibubapa amat lah penting agar anak-anak ini tidak terlalu leka dan lalai hingga terlupa aktiviti-aktiviti harian. penggunaan it juga mampu memberi kesan positif dan negatif pada masyarakat sekeliling, dahulunya kemudahan it diperkenalkan menjurus pada kebaikan dan kemudahan bagi memudah kan sesuatu urusan, namun kini pengunaannya disalah ertikan oleh perbuatan manusia yang tidak bertanggung jawab dan remaja-remaja masa kini lebih cepat mengetahui dalam pengunaan internet hingga merosakan akidah mereka. contoh-contoh banyak telah berlaku sekarang. Kurangnya didikan dan pengetahuan, anak-anak kini lebih terpengaruh dengan penyebaran budaya negatif di internet. Ibubapa harus peka dengan permasalahan ini, kerana ianya mampu melalaikan pemikiran anak-anak kita di masa kini. Memang ada kepentingan pengunaan internet ini, bagi mereka yang lebih cenderung dalam mencari wang lebih melalui internet harus tidak sebulat-bulat mempercayainya melalui internet, kurangnya pengetahuan tentang internet, akhirnya padah yang menimpa andai permulaan untuk memulakan pencarian wang lebih yang mengunakan modal sendiri dahulu, mampu membuatkan anda kerugian besar andai laman web yang anda layari itu adalah suatu penipuan. Memang ada yang berjaya dengan mengembangkan bisnes di internet, tapi ianya memerlukan kepakaran juga, bukan iklan-iklan yang mengunakan kata-kata yang manis untuk memujuk kita bagi mengeluarkan modal sendiri untuk sesuatu bisnes melalui internet. Harus tahu batasannya, begitu juga dengan remaja-remaja masa kini yang kurang didikan, melayari internet tanpa mengetahui baik dan buruknya sesuatu fakta itu.  Lebih membahayakan dalam sudut sembang dalam pencarian kawan, remaja-remaja yang kurangnya kasih sayang mampu terjebak dengan perkara- perkara negatif, lebih mempercayai  pasangan internetnya, amat-amat merungsingkan ibubapa. Banyak kes anak remaja yang lari dari rumah akibat terlalu percaya kan teman-teman ruangan bersembang.

Sukar untuk di bendung kini, Negara semakin maju namun pemikiran manusia umpama di takuk yang sama dan tidak berkembang seiring pembangunan Negara, ramai yang lalai, leka , membuang masa melayari perkara yang tidak berfaedah di ruangan internet. Harus diigatkan pengunaan yang salah mampu merosakkan akidah seseorang. Apa guan teknologi yang maju sekiranya masyarakat sendiri tidak pandai menggunakannya.
Namun apa yang boleh disimpulkan setiap apa yang kita lakukan harus berlandaskan akal dan fikiran agar kita tidak terkandas