Saturday, 7 July 2012

pelajar cemerlang

Setiap tahun apabila keputusan peperiksaan awam seperti PMR dan SPM diumumkan sudah pasti akan muncul ribuan pelajar yang cemerlang.Setiap individu yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan adakah cemerlang dalam semua aspek?Oleh itu,penulis akan mengupas tentangapa yang benar-benar cemerlang dalam kata erti sebenarnya.
              Pelajar yang cemerlang sudah tentu mempunyai sejarah pencapaian akademik yang cemerlang sama ada peperiksaan awam.Bukan itu sahaja,mereka juga merupakan pelajar yang sentiasa taat dalam menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru pada masa yang telah ditetapkan.Hal ini selaras dengan kata-kata pujangga,'orang cerdik memberi jawapan,orang bodoh memberi alasan'.Mereka juga turut membuat persediaan sebelum guru memulakan pelajaran baru.
              Selain aspek akademik,pelajar yang cemerlangjuga mempunyai daya kepimpinan.Daya kepimpinan menjadikan mereka seorang yang dihormati oleh rakan-rakan yang lain.Sebagai contoh,pelajar yang cemerlang akademik dan mempunyai daya kepimpinan yang tinggi akan dilantik oleh pihak sekolah sebagai ketua pelajar atau pengawas sekolah.
             Seorang yang cergas mempunyai sahsiah diri yang berdisplin juga merupakan aspek penting dalam diri seorang pelajar cemerlang.Penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum seperti pertandingan bahas dan acara sukan menunjukkan mereka seorang yang cergas.Displin yang baik seperti menghormati guru,menepati masa dan tidak melanggar peraturan sekolah menyebabkan mereka disenangi oleh semua pihak.
            Konklusinya,pelajar cemerlang yang dihasilkan pada setiap tahun perlu cemerlang dalam pelbagai aspek.Pihak sekolah dan ibu bapa perlu peka akan perkara ini agar modal insan yang kita lahirkan berminda kelas pertama seperti yang diuar-uarkan oleh bekas Perdana Menteri kita,Datuk Seri Hj Abdullah Ahmad Badawi.

by:SYAFIQAH

No comments:

Post a Comment