Saturday 29 September 2012

sebab-sebab kerajaan mengharamkan pengunaan telefon bimbit di sekolah

Kemajuan sistem kumunikasi di seluruh dunia bergerak begitu pantas.Keadaan ini menyaksikan telefon bimbit menjadi satu keperluan,bukan satu barang mewah.Kemajuan ini berhak dinikmati oleh semua strata masyarakat.Namun,apa yang menjadi persoalan mengapakah pula pihak kerajaan tidak membenarkan penggunaan telefon bimbit di sekolah?
              Faktor untama untuh pengharaman telefon bimbit di sekolah adalah dikhuatiri proses pengajarandan pembelajaran akan terganggu.Cuba bayangkan,seramai 40 orang pelajar membawa telefon di dalam sedangkan guru sedang mengajar.Sudah pasti deringan atau nada mesej bertalu-talu akan menggangu proses pengajaran dan pembelajaran.
              Bukan hanya bunyi deringa telefon,kemungkinan pelajar menyalahgunakan telefon untuk perkara yang tidak baik.Meniru semasa peperiksaan,berlaku kecurian telefon kerana tidak semua pelajar mampu memiliki telefon dan mungkin terdapat pelajar yang membawa telefon canggih yang mempunyai talian IUnternet untuk tujuan yang tidak elok.

by:SYAFIQAH

Friday 28 September 2012

Syair Nasihat..


 Syair Nasihat



Dengarkan tuan ayahanda berperi,
Kepada anakanda muda bestari,
Nasihat kebajika ayahanda beri,
Amalkan jangan malas dan ngeri,

Ayuhai anakanda muda remaja,
Jika anakanda menjadi raja,
Hati yang betul hendak disahaja,
Serta rajinpada bekerja.

Kerja kebajikan janganlah malas,
Zahir dan batin janganlah culas,
Jernihkan hati hendaklah ikhlas,
Sepertiair di dalam gelas.

Menuntut ilmu janganlah segan,
Ilmuyang benar jangan yang bukan,
Iaitu ilmu yang kebajikan,
Di kitab ini sudah disebutkan.

Hendaklah anakanda mengaji selalu,
Dari yang lain lebihkan dulu,
Had syarak jangan dilalu,
Tidaklah anakanda beroleh malu.

Segala perbuatan dengan berilmu,
Maka kebajikan boleh bertemu,
Jika sebarang-barang diramu,
Akhirnya anakanda jatuh tersemu.

Ilmuitu besar faedahnya,
Membezakan hak dengan batilnya,
Mengetahui rakyat benar salahnya,
Supaya dihukum dengan adilnya.

Jika ilmu tidak diendah,
Sebab anakanda capak permudah,
Takyat datang membawa gundah,
Anakanda tercengang tunduk terngadah.


BY: SARAH FARISYA

Sunday 23 September 2012

10 Tips Menjadi Pelajar Cemerlang..


10 TIPS PELAJAR CEMERLANG


1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan.

2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat.

3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.
 
4. Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.
 
5. Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya)

6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan sebagainya lagi.

7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.

8. Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.

9. Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.

10. Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata ‘carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab’.


BY: SARAH FARISYA

Kelebihan Bulan Ramadhan..

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN


@Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.


@Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.Digandakan pahala amalam pada malam tersebut.


@Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.


@Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.


@Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan.Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri.Mohonlah keampunan Ilahi di bulan Ramadhan yang mulia itu.


@Kegembiraaan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.
 
 
BY: SARAH FARISYA
 
 

Sunday 16 September 2012

usaha-usaha menjayakan Gagasan 1 Malaysia

"Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan" ialah slogan untuk merealisasikan konsep Satu Malaysia yang  diilhamkan oleh Perdana Menteri kita,iaituDatuk Seri Najib Tun Abdul Razak.Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab,kita haruslah bersama-sama berusaha agar impian Satu Malaysia akan menjadi kenyataan.
                Langkah perdana yang perlu kita laksanakan adalah menjaga hubungan antara kaum.Hubungan baik antara kaum perlu diperlihara agar tidak timbul sekarang perselisihan yang boleh mengakibatkan perpecahan antara kaum.Sebarang perpecahan akan mencacatkan usaha mewujudkan negara yang bersatu padu.
                Seterusnya,jati diri yang jitu perlu ditanamkan dalam kalangan rakyat Malaysia.Muda-mudi pelbagai keturunan haruslah mengikuti program-program yang berkaitan seperti Perkhemahan Satu Malaysia.Kem Jati Diri,dan Kem Bina Insan.Dengan kesedaran dan pehaman konsep Satu Malaysia yang mantap,tidak mustahil negara kita akan menjadi negara yang mampu duduk sama rendah,berdiri sama tinggi denan negara maju yang lain.
                 Intihannya,pelaksanaan Gagasan Satu Malaysia adalah tanggungjawab kita bersama.Tanpa kerjasama semua pihak,kita tidak akan berpeluang untuk mengecapi kegemilangan pada masa hadapan.

by:SYAFIQAH

Sunday 9 September 2012

Syair Persahabatan..


 Syair Persahabatan



Kepada teman sahabat sejati,
Jernihkan pikiran bersihkan hati,
Marilah kita pelihara diri,
Agar perilaku menjadi terpuji.

Tingkah yang baik kita lakukan,

Perasaan orang kita pikirkan,
Orang jahat kita jauhkan,
Kata dan sikap kita jagakan.

Bakerja kita janganlah malas,

Belajarlah dengan hati ikhlas,
Agar selalu dapat peringkat atas,
Dan menjadi kebanggaan kelas.



BY:SARAH FARISYA













Sunday 2 September 2012

Pantun Nasihat..


PANTUN NASIHAT


Angin teluk menyisir pantai,  
    Hanyut rumpai di bawah titi,
Biarlah buruk kain dipakai,  
    Asal pandai mengambil hati.

Pergi mendaki Gunung Daik,             
   Hendak menjerat kancil dan rusa,         
Bergotong-royong amalan yang baik,
   Elok diamalkan setiap masa.

Air melurut ke tepian mandi,
    Kembang berseri bunga senduduk,
Elok diturut resmi padi,                  
   Semakin berisi semakin tunduk.

Daun sirih ulam Cik Da     
    Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
    Biar merunduk resmi padi

Buah pelaga makan dikikir 
    Dibawa orang dari hulu 
Sebarang kerja hendak difikir         
   Supaya jangan mendapat malu 

Kemumu di tengah pekan         
    Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan 
   Bagai pohon tidak berbuah


Tumbuh melata si pokok tebu
   Pergi pasar membeli daging
Banyak harta tak ada ilmu 
   Bagai rumah tidak berdinding

Tulis surat di dalam gelap             
   Ayatnya banyak yang tidak kena
Jagalah diri jangan tersilap           
   Jikalau silap awak yang bencana
 
Hendak belayar ke Teluk Betong           
   Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung           
   Bulat manusia kerana muafakat 

 Pakai baju warna biru         
    Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
    Kerana guru pembekal ilmu

Lagu bernama serampang laut
    Ditiup angin dari Selatan   
Layar dikembang kemudi dipaut 
    Kalau tak laju binasa badan

Padi segemal kepuk di hulu 
   Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
   Pasir sebutir jadikan intan.

Budak-budak berkejar-kejar
   Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar           
  Tentu kita akan berjaya   

Jangan pergi mandi di lombong         
   Emak dan kakak sedang mencuci
Jangan suka bercakap bohong
   Semua kawan akan membenci

Buah cempedak bentuknya bujur
    Sangat disukai oleh semua
Jika kita bersikap jujur
    Hidup kita dipandang mulia

Jikalau tuan mengangkat peti 
   Tolong masukkan segala barang
Jikalau anak-anak bersatu hati           
   Kerja yang susah menjadi senang 

Asam kandis mari dihiris           
    Manis sekali rasa isinya   
Dilihat manis dipandang manis
    Lebih manis hati budinya 

Kayu bakar dibuat arang       
   Arang dibakar memanaskan diri
Jangan mudah menyalahkan orang
    Cermin muka lihat sendiri 

Selasih tumbuh di tepi telaga 
    Selasih dimakan si anak kuda
Kasih ibu membaa ke syurga 
    Kasih saudara masa berada

Masuk hutan pakai sepatu       
    Takut kena gigitan pacat 
 Kalau kita selalu bersatu         
    Apa kerja mudah dibuat   

Bandar baru Seberang Perai     
    Gunung Daik bercabang tiga
 Hancur badan tulang berkecai   
    Budi yang baik dikenang juga

Encik Dollah pergi ka Jambi
    Pergi pagi kembali petang
Kalau Tuhan hendak membagi   
   Pintu berkancing rezeki datang

Orang haji dari Jeddah             
    Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah   
    Bagai kerja menolak ombak

Pinang muda dibelah dua         
    Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua         
    Ajaran baik jangan diubah

 Terang bulan di malam sepi           
Cahya memancar kepangkal kelapa
 Hidup di dunia buatlah bakti     
    Kepada ibu dan juga bapa   

Kapal kecil jangan dibelok     
    Kalau dibelok patah tiangnya
 Budak kecil jangan di peluk     
    Kalau dipeluk patah tulangnya 

Asal kapas menjadi benang 
    Dari benang dibuat kain           
Barang yang lepas jangan dikenang   
    Sudah menjadi hak orang lain

Tengahari pergi mengail     
    Dapat seekor ikan tenggiri
 Jangan amalkan sikap bakhil 
    Akan merosak diri sendiri

Kapal Anjiman disangka hantu
    Nampak dari Kuala Acheh
Rosak iman kerana nafsu     
    Rosak hati kerana kasih 
 
Tingkap papan kayu bersegi       
   Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi   
   Tinggi darjat kerana bahasa

Anak Siti anak yang manja   
    Suka berjalan di atas titi 
Orang yang malas hendak bekerja         
    Pasti  menyesal satu hari nanti

Bintang tujuh sinar berseri             
    Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendak ditaati         
    Mana yang dapat jangan dilupa

Parang tajam tidak berhulu 
    Buat menetak si pokok Ru
Bila belajar tekun selalu     
     Jangan ingkar nasihat guru

Hari malam gelap-gelita
   Pasang lilin jalan ke taman
Sopan santun budaya kita               
   Jadi kebanggaan zaman berzaman
 
Pergi berburu sampai ke sempadan
     Dapat Kancil badan berjalur
 Biar carik baju di badan         
     Asalkan hati bersih dan jujur

 Pulau Pandan jauh ke tengah 
     Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
    Budi yang baik di kenang juga
   
Ramai orang membeli jamu         
    Di bawah pokok cuaca redup
Bersungguh-sungguh mencari ilmu
    Ilmu dicari penyuluh hidup 

 Apa guna berkain batik           
    Kalau tidak dengan sucinya?
Apa guna beristeri cantik       
    Kalau tidak dengan budinya 

Berakit-rakit ke hulu             
    Berenang-renang ke tepian 
 Bersakit-sakit dahulu             
    Bersenang-senang kemudian

  Buah cempedak diluar pagar     
    Ambil galah tolong jolokkan
 Saya budak baru belajar         
   Kalau salah tolong tunjukkan 

Pisang emas dibawa belayar 
    Masak sebiji di atas peti
  Hutang emas boleh dibayar     
    Hutang budi dibawa mati

Dalam semak ada duri         
    Ayam kuning buat sarang
Orang tamak selalu rugi         
    Macam anjing dengan bayang

 Baik-baik mengirai padi         
    Takut mercik ke muka orang
 Biar pandai menjaga diri         
    Takut nanti diejek orang 

Ke hulu membuat pagar
   Jangan terpotong batang durian
Cari guru tempat belajar       
    Supaya jangan sesal kemudian

Mari kita tanam halia         
    Ambil sedikit buat juadah
Usia muda jangan disia     
    Nanti tua sesal tak sudah

Padi muda jangan dilurut   
    Kalau dilurut pecah batang
Hati muda jangan diturut   
    Kalau diturut salah datang

Cuaca gelap semakin redup           
   Masakan boleh kembali terang
Budi bahasa amalan hidup             
   Barulah kekal dihormati orang

Orang Daik memacu kuda   
    Kuda dipacu deras sekali
Buat baik berpada-pada       
    Buat jahat jangan sekali

Dayung perahu tuju haluan             
   Membawa rokok bersama rempah
Kalau ilmu tidak diamalkan
   Ibarat pokok tidak berbuah

Kalau kita menebang jati             
    Biar serpih tumbangnya jangan
Kalau kita mencari ganti 
    Biar lebih kurang jangan

Pinang muda dibelah dua 
    Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua 
   Ajaran baik jangan diubah 

Pantai Mersing kuala Johor                 
   Pantainya bersih sangat mashyur
Pohonkan doa kita bersyukur         
  Negara kita aman dan makmur
 
Orang tua patut disegani     
    Boleh mendapat ajarnasihat
Ular yang bisa tidak begini 
    Bisa lagi lidah yang jahat

Ramai orang menggali perigi
    Ambil buluh lalu diikat 
Ilmu dicari tak akan rugi 
        Buat bekalan dunia akhirat

Tuan Haji memakai jubah                     
   Singgah sembahyang di tepi lorong
Kalau sudah kehendak Allah             
   Rezeki segenggam jadi sekarung

Patah gading serpih tanduk
    Mari diletak di atas papan
Jika tahu ganja itu mabuk
    Buat apakah ia dimakan

Anak rusa masuk ke taman         
     Puas sudah orang memburu
Kalau muda jadikan teman
     Kalau tua jadikan guru
       
Berakit ke hulu dengan bergalah 
    Buluh pecah terbelahdua
Orang tua jangan dilangkah 
   Kelak biadap dituduhnya pula

Rusa betina berbelang kaki 
     Mati terkena jerat sembat         
Orang yang muda kita sanjungi 
     Orang yang tua kita hormat

Sorong papan tarik papan
     Buah keranji dalam perahu
Suruh makan awak makan             
    Suruh mengaji awak tak mahu

Adik ke kedai membeli halia
     Emak memesan membeli laksa
Jadilah insan berhati mulia
    Baik hati berbudi bahasa.


BY: SARAH FARISYA

penganjuran LIMA

Pameran Antarabangsa Maritim dan Angkasa Raya Langkawi (LIMA) telah mencatat kejayaan yang cemerlang sejak diadakan pada tahun1991.Peminat aeroangkasa dan maritim dari dalam dan luar negara semakin bertambah pada setiap tahun sejak kali pertama diadakan
            Kejayaan pameran ini mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.Hal ini membuktikan kemampuan Malaysia malaksanakan pameran yang melibatkan tenaga dan belanja yang amat banyak.Pihak kerajaan juga mendapat kerjasama daripada syarikat-syarikat besar dalam industri penerbangan dunia.
            Selain itu,LIMA memberi peluang kepada orang ramai bukan sahaja dapat meninjau saiz,reka bentuk,kelenkapan,kelajuan dan pelbagai kegunaan kapal angkasa raya dan maritim.Mereka juga dapat mempelajari teknologi yang digunakan dalam pembinaan kapal terbang dan kenderaan laut seperti pepatah tak kenal maka tak cinta.
            Kesimpulannya,LIMA telah menonjolkan Langkawi sebagai pusat pameran industri angkasa raya dan maritim yang terkemuka di Asia Pasifik.Kejayaan ini sekali gus menjana ekonomi negara dan membuktikan kemampuan negara.

by:SYAFIQAH

Saturday 1 September 2012

peningkatan kemasukan pekerja asing ke MALAYSIA

Kemasukan pekerja asing dari negara jiran semakin bertambah dari setahun ke setahun.Pada tahun 2000 jumlah dianggarkan 2.3 juta,namun angka ini meningkat kepada 3.5 juta pada tahun 2007.Persoalannya,mengapakah perkara seperti ini berlaku sedangkan ramai lagi rakyat kita menggangur?
          Antara sebab utama kemasukan pekerja asing ialah rakyat negara ini tidak berminat untuk bekerja dalam sektor-sektor tertentu.Sektor yang sering menjadi tumpuan pekerja asing ialah pembinaan,perindustrian dan perkhidmatan seperti pembantu rumah dan atenden stesen minyak.Alasan mereka ialah upah yang ditawarkan agak rendah.
          Natijahnya,kerajaan terpaksa menanggung perbenlajaan besar untuk membayar gaji buruh asing.Berjuta-juta wang kita mengalir ke luar negara kerana mereka menghantar wang untuk perbelanjaan keluarga di negara asal.
          Kesimpulannya,penggantungan negara kepada pekerja asing mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada rakyat tempatan.Pihak kerjaan perlu berusaha menyedarkan rakyat kita agar mengubah paradigma supaya tidak menjadi seperti pepatah ayam di kepuk mati kelaparan,itik di air mati kehausan.

by:SYAFIQAH