"Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan" ialah slogan untuk merealisasikan konsep Satu Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri kita,iaituDatuk Seri Najib Tun Abdul Razak.Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab,kita haruslah bersama-sama berusaha agar impian Satu Malaysia akan menjadi kenyataan.
Langkah perdana yang perlu kita laksanakan adalah menjaga hubungan antara kaum.Hubungan baik antara kaum perlu diperlihara agar tidak timbul sekarang perselisihan yang boleh mengakibatkan perpecahan antara kaum.Sebarang perpecahan akan mencacatkan usaha mewujudkan negara yang bersatu padu.
Seterusnya,jati diri yang jitu perlu ditanamkan dalam kalangan rakyat Malaysia.Muda-mudi pelbagai keturunan haruslah mengikuti program-program yang berkaitan seperti Perkhemahan Satu Malaysia.Kem Jati Diri,dan Kem Bina Insan.Dengan kesedaran dan pehaman konsep Satu Malaysia yang mantap,tidak mustahil negara kita akan menjadi negara yang mampu duduk sama rendah,berdiri sama tinggi denan negara maju yang lain.
Intihannya,pelaksanaan Gagasan Satu Malaysia adalah tanggungjawab kita bersama.Tanpa kerjasama semua pihak,kita tidak akan berpeluang untuk mengecapi kegemilangan pada masa hadapan.
by:SYAFIQAH
yaa
ReplyDelete