Pameran Antarabangsa Maritim dan Angkasa Raya Langkawi (LIMA) telah mencatat kejayaan yang cemerlang sejak diadakan pada tahun1991.Peminat aeroangkasa dan maritim dari dalam dan luar negara semakin bertambah pada setiap tahun sejak kali pertama diadakan
Kejayaan pameran ini mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.Hal ini membuktikan kemampuan Malaysia malaksanakan pameran yang melibatkan tenaga dan belanja yang amat banyak.Pihak kerajaan juga mendapat kerjasama daripada syarikat-syarikat besar dalam industri penerbangan dunia.
Selain itu,LIMA memberi peluang kepada orang ramai bukan sahaja dapat meninjau saiz,reka bentuk,kelenkapan,kelajuan dan pelbagai kegunaan kapal angkasa raya dan maritim.Mereka juga dapat mempelajari teknologi yang digunakan dalam pembinaan kapal terbang dan kenderaan laut seperti pepatah tak kenal maka tak cinta.
Kesimpulannya,LIMA telah menonjolkan Langkawi sebagai pusat pameran industri angkasa raya dan maritim yang terkemuka di Asia Pasifik.Kejayaan ini sekali gus menjana ekonomi negara dan membuktikan kemampuan negara.
by:SYAFIQAH
Sunday, 2 September 2012
Saturday, 1 September 2012
peningkatan kemasukan pekerja asing ke MALAYSIA
Kemasukan pekerja asing dari negara jiran semakin bertambah dari setahun ke setahun.Pada tahun 2000 jumlah dianggarkan 2.3 juta,namun angka ini meningkat kepada 3.5 juta pada tahun 2007.Persoalannya,mengapakah perkara seperti ini berlaku sedangkan ramai lagi rakyat kita menggangur?
Antara sebab utama kemasukan pekerja asing ialah rakyat negara ini tidak berminat untuk bekerja dalam sektor-sektor tertentu.Sektor yang sering menjadi tumpuan pekerja asing ialah pembinaan,perindustrian dan perkhidmatan seperti pembantu rumah dan atenden stesen minyak.Alasan mereka ialah upah yang ditawarkan agak rendah.
Natijahnya,kerajaan terpaksa menanggung perbenlajaan besar untuk membayar gaji buruh asing.Berjuta-juta wang kita mengalir ke luar negara kerana mereka menghantar wang untuk perbelanjaan keluarga di negara asal.
Kesimpulannya,penggantungan negara kepada pekerja asing mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada rakyat tempatan.Pihak kerjaan perlu berusaha menyedarkan rakyat kita agar mengubah paradigma supaya tidak menjadi seperti pepatah ayam di kepuk mati kelaparan,itik di air mati kehausan.

Sunday, 26 August 2012
langkah-langkah menggalakkan pelajar menyertai aktiviti sukan di sekolah
Minda yang cerdas lahir daripada badan yang cergas.Kecergasan wujud daripada kesihatan tubuh badan seseorang individu yang mengamalkan cara hidup yang aktif dengan sistem pemakanan yang sihat dan bersukan.Persoalannya,apakah cara-cara yang berkesan bagi menggalkkan pelajar menyertai aktiviti sukan?
Langkah pertama,pihak sekolah haruslah prihatin akan kelengkapan atau kemudahan sukan di sekolah.Kemudahan yang serba kekurangan akan menyebabkan pelajar-pelajar menjauhkan diri mereka daripada aktiviti sukan.Hal ini kerana mereka mungkin terpaksa berkongsi peralatan dengan pelajar lain yang menyebabkan mereka lebih suka memilih aktiviti lain.
Selain itu,ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mereka aktif bersukan.Di rumah,ibu bapa haruslah meluangkan masa untuk menjalankan aktiviti bersukan dengan anak-anak mereka.Antara aktiviti sukan yang sesuai dilakukan di kawasan perumahan adalah seperti bermain badminton.pingpong dan berjoging.
Tuntasnya,kepentingan bersukan memang tidak dapat dinafikan.Bersukan mampu melahirkan rakyat yang sihat.Masyarakat yang sihat dari aspek lahiriah akan mampu membawa kemajuan kepada negara kita sesuai dengan slogan Rakyat Sihat Negara Maju.

Sajak Kemerdekaan..
NEGARAKU BEBAS MERDEKA!!
Kini..
tiada lagi tangisan insan terseksa
terkapai-kapai lemas mencari daratan
berkorban jiwa pertahan negara
penjajah durjana merampas segala
50 tahun dahulu..
stadium merdeka menjadi saksi
negaraku merdeka
rakyatku tidak lagi sengsara
menangis gembira mendapat cahaya
Merdeka..
tiada lagi penjajahan..
tiada lagi penderitaan..
tiada lagi jeritan penyiksaan..
tanah air ditadbir insan bijak bestari..
memimpin negara mengukir nama..
Kini..
50 tahun sudah merdeka..
negaraku cemerlang, gemilang dan terbilang
burung berkicau bebas berterbangan
menjadi tanda negaraku aman daman
Maju berteknologi
kearah mencapai wawasan 2020.
kugenggam erat amanah pejuang tanah air
pertahanlah kemerdekaan
teruskanlah kemajuan disebalik tirai kemerdekaan
sematkanlah semangat jiwa bangsa dilubuk hati
semoga kekal selamanya
merdeka tetap merdeka..
Sunday, 12 August 2012
KEBURUKAN INTERNET
Keburukan Internet
Pada masa kini, remaja cenderung menggunakan Internet daripada melakukan aktivitI riadah diluar. Perkara ini amat membimbangkan kerana selain daripada mereka duduk di rumah dan tidak bergaul dengan jiran tetangga, mereka juga akan terkesan dengan perkara-perkara negatif yang tersebar di dalam Internet.
Internet banyak mendatangkan faedah kepada seluruh dunia. Walaubagaimanapun, ia juga mendatangkan kesan buruk kepada pengguna khususnya para remaja masa kini kerana mudah terpengaruh dengan perkara-perkara negatif yang dikongsi bersama rakan-rakan mereka yang disebarkan melalui Internet.
Dengan adanya dunia tanpa sempadan ini, terdapat penyebaran bahan pornografi yang datangnya dari seluruh dunia dan ianya berleluasa. Ini akan merosakkan fikiran mahupun akhlak pengguna Internet terutama sekali remaja masa kini. Secara tidak langsung, ia akan memberi kesan iaitu peningkatan kadar jenayah pada masa hadapan yang juga akan memberi kesan kepada ekonomi negara.
Terdapat juga penyebaran bahan berunsur fitnah dan hasutan yang menggugat keamanan dan keharmonian negara. Ini akan menyebabkan negara tidak aman sehingga menjadikan kehidupan tidak selesa dan akan memberikan kesan kepada negara pada masa hadapan.
Kegiatan cetak rompak juga semakin berleluasa dan ini akan melumpuhkan industri hiburan tanah air. Perkara ini membolehkan kelumpuhan pada ekonomi negara.
Oleh yang demikian, masyarakat khususnya ibu bapa hendaklah sentiasa memantau anak-anak mereka supaya Internet ini digunakan dengan baik dan dapat memberi manfaat dalam kehidupan seharian. Remaja pula seharusnya menggunakan Internet ke arah kebaikan supaya kemudahan ini dapat digunakan dengan baik dan dapat memberi faedah dan kesan yang baik pada masa hadapan.
BY :NURUL IZZAH
MASALAH REMAJA LARI DARI RUMAH
Masalah Remaja Lari dari Rumah
Sejak belakangan ini, masalah remaja lari dari rumah semakin berleluasa. Setiap hari kita membuka lembaran surat khabar mestilah dapat membaca berita tentang remaja lari dari rumah. Fenomena ini sangat dirisaukan oleh seluruh masyarakat kerana remaja merupakan tiang dan harapan negara kita. Jikalau negara kita mempunyai remaja begini maka masa depan negara akan terjejas. Oleh itu, faktor-faktor yang menyebabkan masalah remaja lari dari rumah perlu dikenal pasti dengan segara dan mengorak langkah yang efektif untuk mengatasinya.
Punca utama yang menyebabkan remaja lari dari rumah adalah kurang perhatian daripada ibu bapa. Ibu bapa merupakan orang yang paling rapat dengan remaja. Apabila mereka menghadapi masalah yang tidak dapat diatasi maka mereka akan meluahkan masalah tersebut dengan ibu bapanya untuk mencari jalan penyelesaian. Walau bagaimanapun, kebanyakan ibu bapa kini mementingkan kemewahan hidup akan sentiasa sibuk dalam kerjaya. Secara tidak langsung, mereka telah mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu bapa untuk memelihara dan membantu anaknya dalam mengatasi masalah. Akibatnya, remaja akan berasa mereka tersisih dan mereka akan mencari hiburan dan ketenangan di luar rumah sehingga mereka enggan balik ke rumah yang tidak mempunyai kasih sayang.
Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu punca remaja lari dari rumah. Pemikiran remaja belum matang menyebabkan mereka tidak dapat membezakan kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Oleh itu, mereka akan meletakkan kepercayaan yang sepenuhnya kepada rakan. Apabila mereka berlaku pertelingkahan dengan ibu bapanya, mereka akan meluahkan perasaan tidak puas hati dengan rakannya. Rakan yang buruk akan mengajar mereka lari dari rumah untuk mencari keseronokan di luar untuk melepaskan ketidak puasan mereka.
Kekurangan pendidikan agama dan moral juga menyebabkan remaja lari dari rumah. Seseorang yang tidak mempunyai pendidikan agama dan moral yang kukuh maka ia tidak akan berfikir rasional semasa membuat sesuatu keputusan. Mereka akan sentiasa menganggap masyarakat ini tidak adil terhadap mereka sehingga mereka tidak dapat membezakan perkara yang baik atau buruk. Ibu bapa yang sibuk dalam kerjaya menyebabkan mereka telah melupakan tanggungjawab untuk mendedahkan pendidikan agama kepada anaknya. Hal ini telah menyebabkan anaknya tidak mempunyai jiwa dan fikiran yang matang untuk menghadapi masalah. Oleh itu, apabila rakannya mengajak mereka lari dari rumah untuk mencari hiburan yang lebih seronok di luar rumah untuk melepaskan tekanan maka mereka akan terikutnya.
Selain itu, pengaruh media massa juga perlu bertanggungjawab dalam masalah remaja lari dari rumah. Kini, kebanyakan media massa yang tanpa sempadan telah menyebabkan wayang-wayang dan drama-drama barat memasuki pasaran tempatan kita. Watak dalam drama dan wayang barat selalu memupuk kebebasan diri sendiri. Keadaan ini telah menyebabkan remaja kita dipengaruhi oleh tindak-tanduk mereka. Oleh itu, mereka akan belajar daripada drama atau wayang yang ditonton dengan melarikan diri dari rumah kerana mereka menganggap tindakan tersebut merupakan suatu lambangan yang hebat dan bangga.
Untuk mengatasi masalah remaja lari dari rumah, perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam dunia remaja kerana segala tindakan ibu bapa akan menjadi teladan kepada anaknya. Oleh itu, ibu bapa yang sentiasa sibuk dalam pekerjaan dan jarang berada di rumah akan menyebabkan anaknya belajar tindakannya seperti berlepak-lepak sampai larut malam sehingga enggan balik rumah. Oleh itu, ibu bapa perlu memberi perhatian kepada anaknya seperti sentiasa berada dalam rumah, menemani anaknya dan bersama-sama mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka. Seterusnya, remaja akan berasa dalam rumahnya mempunyai kasih sayang dan mereka akan sentiasa berada dalam rumah dan kurang berfoya-foya di luar rumah.
Selain itu, pendidikan agama dan moral juga dapat mengatasi masalah remaja lari dari rumah. Pendidikan agama dan moral merupakan senjata yang paling kukuh untuk menentang segala masalah yang dihadapi oleh manusia kerana pendidikan agama dan moral mengajar kita membuat perkara yang baik dan menghindari diri daripada perkara yang tidak bermanfaat. Oleh itu, remaja yang mempunyai pendidikan agama dan moral yang tinggi maka mereka tidak akan mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya seperti melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.
Kesimpulannya, masalah remaja lari dari rumah akan membawa kesan sampingan kepada masyarakat dan negara kita. Oleh itu, semua pihak yang berkaitan dan berkuasa perlu bekerjasama untuk menangani masalah ini agar masa depan negara kita dapat terjamin dan mempunyai imej yang baik dalam sudut pandangan antarabangsa. Seterusnya, negara kita akan menjadi sebuah negara yang kuat dan maju kerana mempunyai tiang negara yang berbakat.
BY :NURUL IZZAH
KEBAIKAN MEMBACA
Dewasa ini,terdapat pelbagai bahan bacaan yang terdapat di pasaran sama ada di dalam atau dari luar negara.Antara contoh-contoh bahan bacaan yang terdapat di pasaran ialah surat khabar,majalah,komik dan sebagainya.Bahan bacaan ini boleh didapati di kedai-kedai buku.
Melalui membaca seseorang itu akan mendapat pelbagai faedah untuk diri sendiri.Antara kebaikan membaca ialah seseorang itu dapat meluaskan ilmu pengetahuan tentang isu-isu semasa seperti ekonomi,politik,dan sosial.Ibubapa pada hari ini memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan masyarakat yang suka membaca dan berilmu pengetahuan.Ibu bapa boleh membelikan bahan-bahan ilmiah serti Dewan Pelajar,Al-Risalah dan sebagainya bagi memupuk minat membaca di kalangan anak-anak sejak mereka dari kecil lagi.Hal ini, dapat mereka jadikan sebagai amalan yang sihat apabila mereka dewasa kelak.
Selain itu juga,melalui membaca kita dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.Remaja zaman sekarang seakan sudah hilang minat membaca kerana mereka lebih gemar menghabiskan masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak,lumba haram,bercampur lelaki dan perempuan tanpa megira batas-batas agama dan sebagainya.Oleh itu,berlakulah gejala keruntuhan akhlak di kalangan remaja yang akan merosakkan negara kerana remaja masa kini adalah tonggak negara.
Di samping itu juga, seseorang itu dapat mendalami sesuatu isu dengan lebih mendalam apabila membuat rujukan sama ada untuk kertas kerja atau sebaliknya.Bahan bacaan baleh didapati dalam pelbagai versi bahasa antaranya ialah Bahasa Inggeris,Bahasa Melayu,Bahasa Mandarin dan sebagainya.Pembaca dapat meningkatkan penguasaan bahasa mereka melalui pembacaan tersebut.
Oleh itu,membaca memberikan pelbagai faedah yang amat berguna.Jadikan membaca sebagai amalan seharian agar kita dapat menjadi masyarakat yang berilmu pengetahuan dan dapat menjadi rakyat yang berguna kepada masyarakat, negara dan bangsa.

Subscribe to:
Posts (Atom)