INTERNET DAN PERANANNYA
Apabila talian disambungkan ke internet, secara tidak
langsung anda telah dihubungkan ke berjuta-juta komputer seluruh dunia yang
menawarkan pelbagai perkhidmatan yang boleh dan mampu digunakan. Antara
peranan-peranan berikut adalah :
IRC atau Internet Relay Chat adalah suatu yang cukup digemari dalam
internet sejak kebelakangan ini. Pengguna boleh berinteraksi sesama mereka
dalam talian tersebut dengan hanya menggunakan papan kekunci bagaikan
bercakap di dalam telefon. Ini adalah jauh lebih ekonomi daripada
penggunaan telefon. Ketika ber’IRC’ ini, anda akan berada di dalam sebuah
bilik sembang (chatroom), terdapat pelbagai bilik-bilik sembang yang
mempunyai nama-nama yang unik. Di sinilah anda akan dapat berkomunikasi
secara ‘on-line’ mengenai topik yang diwar-warkan. Antaranya ‘Small
Business’, ‘Business Law’, ‘Rule And Accounting’ dan banyak lagi.
Bilik-bilik tersebut membolehkan anda berhubung secara terus dengan
pakar-pakar dalam bidang-bidang tertentu dari serata dunia dengan hanya
kos satu penggilan telefon tempatan.
Pelbagai maklumat akan dapat diakses di mana-mana sahaja di merata
dunia. Pengguna internet dapat pergi ke lokasi mana-mana sahaja yang
diinginkan maklumatnya samada dalam bidang pendidikan, perdagangan,
perubatan dan lain-lain. Pengguna boleh menggunakan enjin pencari yang
banyak terdapat di internet untuk mendapatkannya. Yang penting, rentetan
yang hendak dicari ditentukan, manakala enjin pencari tersebut akan
menentukan mana-mana pelayan yang disambung. Keputusan carian akan
memaparkan nama fail, saiz, tarikh data dicipta, lokasi dan hos komputer
di mana data tersebut berada. Setelah pengguna ini mengetahuinya, FTP
(File Transfer Protocol) digunakan untuk memindahkan fail tersebut.
Protokol ini membenarkan sambungan rangkaian ke komputer lain dan
seterusnya memindahkan fail, sekelompok fail atau keseluruhannya juga
boleh memindah pelbagai jenis fail termasuk aplikasi, teks, grafik, audio,
video, multimedia dan lain-lain.
Kumpulan diskusi atau lebih dikenali sebagai newsgroup ialah proses
pertukaran idea di kalangan pengguna internet dari seluruh dunia. Melalui
internet ini, anada akan dapat melibatkan diri secara aktif atau
sebaliknya dalam perbincangan-perbincangan di seluruh dunia.
Pelajar sekolah atau pelajar di Institut Pengajian Tinggi, dapat
memperolehi maklumat yang diinginkan melalui akses ke internet di
mana-mana sahaja lokasi-lokasi pendidikan atau agensi-agensi tertentu.
Misalnya, seorang pelajar Malaysia boleh mendapat maklumat sesuatu projek
yang dibuat oleh pelajar universiti di Amerika Syarikat. Manakala pelajar
yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara boleh mendapatkan maklumat
mengenai syarat kemasukan, peruntukan yuran dan selainnya dalam internet.
Malahan guru pula boleh menjelajah ke seluruh dunia untuk bertukar
pendapat dengan sekolah-sekolah lain di seluruh dunia melalui e-mail.
Perpustakaan elektronik juga dapat membantu mereka dalam membuat sesuatu
penyelidikan. Berbagai masalah dapat diselesaikan dan berbagai maklumat
dapat diperolehi dengan lebih mudah, pantas dan berkesan jika dibanding
dengan penggunaan faks.
Internet membantu menubuhkan syarikat-syarikat global. Internet
memberi satu alat yang sempurna untuk membantu syarikat-syarikat ini
mengendalikan perniagaan tanpa mendirikan syarikat mereka di sesebuah
negara itu. Halaman web syarikat dibina dan digunakan untuk menyampaikan
maklumat syarikat kepada umum. Ia boleh menjadi punca untuk maklumat asas
mengenai produk-produk mereka, menjelaskan matlamat-matlamat, visi-visi,
strategi sesuatu korporat. Pembeli dapat memilih produk atau perkhidmatan
yang ditawarkan pada web tersebut.
Banyak syarikat menggunakan web sebagai komunikasi ‘on-line’ yang
cepat dan selamat untuk berhubung dengan para rakan niaga dan para
pembekal, dan juga membolehkan pelanggan-pelanggan memesan produk-produk
dan perkhidmatan mereka melalui internet. Pengusaha-pengusaha boleh
memudahkan kerja mereka dengan memesan melalui internet.
Para broker saham dan pelabur-pelabur boleh mengakses
maklumat sesuatu perniagaan untuk bursa-bursa saham melalui internet. Dari
lokasi tersebut, para pelabur akan mendapat prospektus yang cukup jelas
mengenai sesuatu syarikat sebelum melakukan pelaburan.
Persidangan video ialah suatu aktiviti di mana pengguna boleh
berhubung dengan sesiapa sahaja di serata dunia melalui kamera video
digital dan mikrofon yang disambung kepada komputer peribadi melalui
talian internet. Ini lebih ekonomi dan penjimatan untuk ke sesuatu tempat.
Dari segi perniagaan pula, ia secara tidak langsung dapat mengelakkan
pembaziran masa dan kos oleh pengurus atau eksekutif. Dari segi pendidikan
ia bermenafaat dari persidangan video sebab kawasan-kawasan di luar bandar
tidak akan dipencilkan dalam hal penjagaan kesihatan lagi.
No comments:
Post a Comment