Wednesday, 13 June 2012

sayangi sungai

kita haruslah sayangi sungai kerana sungai amat penting untuk kita....






by:'anis shahira

Wednesday, 6 June 2012

KHASIAT DURIAN BELANDA

RAMAI yang tidak tahu batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.

Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.
Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing.
Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis. Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati.
Mereka juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.
Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit.
Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.
Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyana digalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.
Dari segi perubatan moden, kajian kedua-dua universiti mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf.
Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese,sukrosa, reticuline dan tannin.
Tips : Untuk menikmati buah durian belanda dengan lebih enak lagi, sejukkan isi buah di dalam peti sejuk beberapa jam sebelum makan.

BY :NURUL IZZAH

KEBAIKAN MANDI

Kajian terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.
Berikut ini disenaraikan beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya;
Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas
membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Stres:
Jika anda mengalami stres, mandi air sejuk adalah jawapan yang tepat. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius. Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah.

Jangkitan kulit:
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala:
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudia tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia:
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.


BY :NURUL IZZAH

5 CARA MEMILIH SAHABAT

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.
Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara iaitu :
  1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
  2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
  3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu
  4. Dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.
BY :NURUL IZZAH

MENGAPA AIR MINERAL PENTING UNTUK KITA ?

Apakah sumber kecantikan yang paling efektif di dunia? Jawapannya adalah segelas air kosong yang anda minum setiap hari. Air kosong dapat membantu anda mendapatkan tubuh yang kekal langsing, kulit yang cerah, serta bebas dari jerawat. Tetapi sayangnya, tidak ramai yang mempraktikkan amalan meminum air kosong ini terutamanya mereka yang sudah biasa minum minuman bergas dan minuman bergula. 8 gelas air kosong sehari boleh mengembalikan kesegaran tubuh.

Jadi, jika anda inginkan wajah yang berseri dan badan langsing, air kosong harus dimasukkan dalam menu wajib anda. Anda boleh mempelbagaikan cara pengambilan seperti berikut :
-
Ketika bangun pagi, campurkan air kosong panas dengan perahan limau nipis atau lemon. Minum dan anda akan merasakan kesegarannya.
-
Pesanlah air mineral ketika anda makan di gerai atau restoran. Hindari soda atau air berkarbonat yang boleh menggemukkan.
-
Untuk kesegaran, tambahkan daun pudina, hirisan buah limau atau halia pada air kosong anda. Rasanya juga pasti berbeza.
-
Ketika cuaca sejuk, air kosong panas yang dicampurkan dengan madu dan lemon sudah cukup untuk memanaskan badan anda.
Kenapa Anda Perlu Minum Air?

Kita semua memerlukan air sebagai nutrien penting bagi kehidupan. Air bagi memastikan sel dalam badan kita berfungsi dengan sempurna. Dianggarkan sebanyak 55 hingga 75 peratus tubuh badan kita terdiri daripada air. Seseorang dapat hidup hingga 70 hari tanpa makanan tetapi hanya bertahan hingga 10 hari sahaja sekiranya tiada air.

Ini bermakna air sangat penting untuk kehidupan. Air juga penting sebagai ajen yang membantu mengangkut nutrien dan bahan kumuh, membantu penyerapan makanan selain memastikan tahap suhu badan keadaan stabil. Untuk sihat dan terhindar daripada penyakit, paling baik minum lapan gelas air dalam sehari. Yang baik adalah air suam, iaitu tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas.

Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, minumlah dua gelas besar 1-2 jam sebelum sarapan, dua gelas besar 1-2 jam sebelum makan tengahari, dua belas besar 1-2 jam sebelum makan malam dan dua gelas besar 1-2 jam sebelum tidur malam. Lakukan secara disiplin, maka hasilnya akan terlihat dalam 2-3 bulan kemudian.
Air adalah keperluan kedua setelah udara bagi TUBUH anda!
Tubuh kita terdiri daripada 75% air dan 25% zat padat. Pernafasan dan perkumuhan dari badan akan melibatkan sebanyak 3 liter air sehari digunakan. Ini bermakna badan kita mengeluarkan lebih daripada 10 gelas air dalam masa sehari. Oleh itu, kita perlu mengembalikan semua air dalam badan secara teratur agar dapat mengekalkan paras air dalam badan. Ia sekaligus memastikan kesihatan sentiasa pada tahap optimum.

Berapa banyak yang seharusnya kita minum?

Dua liter air adalah jumlah minimum yang disyorkan oleh pakar kesihatan. Ini bermakna kita memerlukan lapan gelas besar air. Jika anda tinggal di kawasan yang bersuhu tinggi (panas) dan banyak melakukan aktiviti fizikal, maka anda memerlukan lebih dari lapan gelas air sehari.
Air dalam makanan kita
Kebanyakkan makanan yang kita ambil mempunyai kandungan air yang rendah atau ia hilang ketika proses memasak. Jesteru, dengan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran segar (yang memiliki kandungan air yang tinggi) maka anda akan memperolehi sehingga lebih daripada satu liter air. Air yang terkandung dalam buah-buahan dan sayur-sayuran juga mempunyai pelbagai mikronutrisi yang mudah diserap oleh tubuh kita.
Melancarkan sistem penghadaman
Air membantu memindahkan zat-zat makanan melalui aliran darah ke seluruh bahagian tubuh yang memerlukan. Malah zat-zat makanan yang larut dalam air dapat diserapkan oleh air. Malah air memudahkan proses perkumuhan. Kekurangan air juga boleh menyebabkan sembelit. Air dapat membantu melancarkan sistem penghadaman dan melawaskan proses pembuangan. Membantu menurunkan berat badanAir juga dapat bertindak sebagai penahan nafsu makan secara semulajadi. Cukup dengan mengambil segelas air setiap kali anda berasa lapar.
Kekurangan air menyebabkan anda makan secara berlebihan. Ini disebabkan mekanisme nafsu makan semakin meningkat ketika anda benar-benar kekurangan air. Semakin sedikit kuantiti air yang diminum, semakin banyak tubuh kita mencuba menyimpannya untuk penggunaan nanti. Hasil dari penahanan air tersebut menyebabkan penambahan terhadap ukuran pinggang.
Bebas dari penyakit batu karang
Batu karang terjadi ketika sisa bahan yang tidak terpakai atau komponen lain yang melalui buah pinggang bergabung dengan komponen sampah yang lain. Maka terbentuklah batu kecil seperti pasir dan tumbuh sebesar batu jika kekurangan air. Jika kita banyak minum air, kerikil tersebut akan disingkirkan oleh air.

BY :NURUL IZZAH

AMALAN BERJIMAT CERMAT

Amalan berjimat cermat adalah amalan yang mulia. Namun masih ramai yang suka membazirkan ketika bebelanja. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan pembaziran di kalangan msyarakat di Negara Brunei Darussalam.
Setiap agama menggalakkan penganutnya agar sentiasa mengamalkan sikap berjimat cermat. Setiap hari di dalam akhbar, pemimpin negara telah melaungkan mesej supaya pengguna mengelakkan pembaziran demi kebaikan ekonomi keluarga dan negara. rni menunjukkan bahawa amalan pembaziran semakin berleluasa dan perlu diatasi. Persoalannya, apakah punca berlakunya tabiat yang negatif ini?

Faktor utama yang memungkinkan masalah ini ialah tiadanya perancangan dalam berbelanja. Apabila seseorang itu tidak melakukan sebarang perancangan yang teliti, dia akan terbeli barangan yang tidak mempunyai kepentingan atau tidak berfaedah. Akibatnya, barangan tersebut tersimpan di rumah tanpa dapat dimanfaatkan untuk kepentingan keluarga. Pembaziran telah berlaku dengan mengeluarkan wang untuk membeli barangan yang tidak memenuhi keperluan mereka yang membeli. Jelaslah bahawa tanpa perancangan, sukar untuk kita berjimat cermat.

Selain tiada perancangan, berbelanja berdasarkan kehendak atau nafsu juga menyumbang kepada keruntuhan amalan berjimat cermat. Hal ini berlaku kerana pengguna gagal untuk menahan diri daripada membeli sesuatu, terutama barangan yang dijual dengan potongan harga yang menarik. Perkara seperti ini selalu berlaku apabila menjelang musim perayaan. Pengguna akan rambang mata melihat jualan murah di pusat-pusat beli-belah. Sikap ini sebenarnya mengundang padah kepada kita sendiri kerana berbelanja besar dan merugikan. Pihak yang mengaut keuntungan sebenarnya ialah peniaga yang telah berjaya memperdaya pengguna.

Sikap suka menunjuk-nunjuk juga adalah faktor yang menyebabkan pengguna melakukan pembaziran. 1ni berlaku disebabkan mereka ingin bersaing dengan rakan-rakan atau ingin mendapat tempat dalam masyarakat. Memiliki barangan yang berjenama akan meningkatkan prestij pada mata masyarakat masa kini. Walaupun barangan tempatan murah dan mempunyai kualiti yang tidak kurang hebatnya berbanding dengan barangan import, mereka masih keberatan menggunakan jenama tempatan yang pada anggapan mereka tidak melambangkan kejayaan dan kehebatan. Akibatnya, barangan import yang mahal menjadi pilihan lalu menyebabkan pembaziran.

Selain itu, penggunaan kad kredit tanpa kawalan juga menyebabkan pembaziran berleluasa. Dengan kad kredit, pengguna boleh melakukan pembelian tanpa pembayaran tunai. Pembayaran hanya akan dibuat pada hujung bulan. Pengguna tidak akan nampak dengan mata kasar akan nilai wang yang telah dikeluarkan ketika berbelanja. 1ni mendorong pemilik-pemilik kad kredit untuk berbelanja sesuka hati mereka tanpa had dan sekatan. Akibatnya, banyak barangan yang tidak seharusnya dimiliki telah dibeli oleh mereka. Maka, berlakulah pembaziran yang amat merugikan dan membebankan pengguna itu sendiri.

Kesimpulannya, tabiat membazir mesti dihindarkan demi kebaikan diri sendiri dan negara. Setiap anggota masyarakat perlulah berhemah ketika berbelanja agar amalan berjimat cermat dapat diterapkan. Diharapkan, dengan adanya amalan yang mulia ini ekonomi negara akan sentiasa kukuh dan stabil.


BY :NURUL IZZAH

Tuesday, 5 June 2012

usaha yang dilakukan untuk menjayakan tahun melawat MALAYSIA

Negara kita Malaysia sudah terkenal seantero dunia sebagai sebuah tempat pelancongan.Sehubungan itu,pihak kerajaan telah mempromosi negara kita sebagai Tahun Melawat Malaysia(TMM)2011.Pelbagai acara menarik telah diadakan dalam usaha menarik pelancong datang ke Malaysia.
          Antara usaha yang dijayakan oleh Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Warisan(Kekkwa) ialah memperkenalkan semula warisan negara kepada pelancong asing.Usaha gigih di bawah naungan YB Datuk Rais Yatim telah bertindak memperkomersialkan warisan negara seperti batik,songket,dan kraf tangan.Dengan cara ini nama negara kecil lagi terpencil seperti Malaysia terkenal serata dunia sekali gus berjaya menjual produk tempatan kepada dunia luar.
          Peganjuran pelbagai pertandingan yang melibatkan negara luar juga secara tidak langsung dapat mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.Antara pertandingan bertaraf antarabangsa ialah Pertandingan Lumba Kerata FI di Litar Lumba Sepang.Selain itu,Le Tour de Langkawi turut memperkenalkan tempat-tempat lain di seluruh Malaysia.Manakala LIMA yang diadakan pada setiap tahun di Langkawi berjaya menghimpunkan para penggemar bidang aeroangkasa.
          Kesimpulannya,kejayaan negara dalam pelbagai bidang telah berjaya mempromosikan negar Malaysia.Melalui TMM,negara berjaya memperoleh keuntungan menerusi kemasukan wang asing dan penggunaan pelbagai prasana yang terdapat di Malysia.Semoga usaha ini akan berterusan dan terus membaawa kejayaan kepada negara.

by:SYAFIQAH