KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TELEFON BIMBIT
Dahulu
telefon bimbit dianggap sebagai satu barangan mewah, di mana telefon
jenis ini dimiliki oleh orang kaya sahaja. Kini, telefon bimbit dijual
dengan harga murah dan boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja.
Kebaikan
penggunaan telefon bimbit adalah memudahkan seseorang membuat
panggilan. Di samping itu, pengguna telefon bimbit dapat menghantar SMS
(Short Messages System) dan MMS (Multimedia Messages System) kepada
orang lain dengan mudah dan cepat. Kemudahan ini sebenarnya dapat
merapatkan hubungan antara manusia. Misalnya, syarikat Celcom, Digi dan
Maxis dengan bantuan satelit dapat membantu pengguna telefon bimbit
untuk menghubungi sesiapa sahaja di mana juga dia berada dan pada
bila-bila masa.
Penggunaan
telefon bimbit ini juga membantu seseorang mendapatkan informasi
terkini. Contohnya, masa. Selain itu, telefon bimbit membolehkan muat
turun (download) pesanan secara langsung dalam beberapa minit sahaja.
Misalnya, Jabatan Pengangkutan Jalan telah mewajibkan semua kenderaan
berat untuk melekatkan nombor SMS (no 39900 bagi JPJ Pulau Pinang) di
belakang kenderaan supaya mereka
akan mendapat informasi mengenai pemandu yang berbahaya di jalan raya.
Cara ini dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
Sebaliknya,
penggunaan telefon bimbit ini juga mempunyai keburukan. Sering terdapat
gangguan daripada pihak yang tidak dikenali dan berlaku penyebaran
khabar angin. Di samping itu, terdapat juga pesanan atau panggilan
berunsur lucah mengganggu pengguna telefon bimbit, terutama pengguna
wanita. Kelakuan sedemikian boleh menyebabkan keruntuhan moral di
kalangan generasi muda.
Penggunaan
telefon bimbit yang keterlaluan akan menyebabkan pembaziran wang. Kadar
setiap panggilan menggunakan telefon bimbit adalah tinggi. Perbualan
yang tidak penting membolehkan pengguna membazir wang. Ada pula pelajar
merugikan wang ibu bapa berbual kosong dengan kawan-kawan. Apabila wang
‘prepaid’ sudah habis, mereka akan meminta wang daripada ibu bapa untuk
‘top-up’. Kadangkala mereka meminta ibu bapa membelikan set telefon
bimbit yang mahal semata-mata untuk berlagak di hadapan kawan sedangkan
tujuannya adalah untuk komunikasi.
Kesimpulannya, penggunaan telefon bimbit ada kebaikan dan keburukan. Ia perlu digunakan sebaik-baiknya mengikut keperluan.
BY: SARAH FARISYA
No comments:
Post a Comment