Semakin zaman berlalu, telefon bimbit melalui pelbagai reka bentuk. Pada awalnya, telefon bimbit agak berat dan besar tetapi kini, telefon bimbit semakin kecil dan mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Bukan sahaja orang yang bekerja, malah remaja juga kini ramai yang memiliki telefon bimbit. Di sini, saya akan membincangkan tentang kebaikan dan keburukan memiliki telefon bimbit.
Saya akan membincangkan tiga kebaikan telefon bimbit. Antaranya :
Pertama sekali, penggunaan telefon bimbit memudahkan remaja untuk menghubungi keluarga di mana-mana sahaja mereka berada. Contohnya, pada waktu kecemasan, kita dengan mudah boleh meminta bantuan ahli keluarga. Kita juga boleh memberitahu ibu atau bapa jikalau perlu pulang lewat agar mereka tidak rasa bimbang akan keselamatan anak-anaknya.
Kebaikan yang kedua adalah tentang memuat turunkan maklumat dengan menggunakan teknologi 'bluetooth'. Kita boleh melungsuri internet di telefon bimbit tersebut dan menyimpan data-data dengan mudah untuk menyelesaikan sesuatu projek.
Merapatkan silaturahim dengan rakan yang berada jauh di rantauan adalah kebaikan yang ketiga. Telefon bimbit 3G membolehkan kita membuat panggilan video dengan rakan di luar negeri. Teknologi sebegini membenarkan kita berbual sambil melihat wajah pemanggil, dan ini boleh mengubati perasaan yang rindu terhadap diri kita.
Di sebalik kebaikan yang telah disebutkan tadi, ada juga beberapa keburukan yang perlu diingatkan.
Yang pertama, jika kita tidak tahu mengawal kos, penggunaan telefon bimbit boleh mencapai
beribuan dolar atau ringgit. Contohnya, kos membuat panggilan video agak mahal jika kita terlalu asyik berbual sehingga tidak sedari masa yang terlalu lama bergantung di telefon.
beribuan dolar atau ringgit. Contohnya, kos membuat panggilan video agak mahal jika kita terlalu asyik berbual sehingga tidak sedari masa yang terlalu lama bergantung di telefon.
Remaja-remaja sekarang juga saling bersaing untuk memiliki model telefon yang terkini. Setiap kali, ibu bapalah yang mengeluarkan duit untuk mencapai keinginan remaja yang mahukan telefon bimbit. Bagi orang yang berkemampuan sederhana, ini menjadi suatu bebanan untuk memaksa diri memiliki benda yang tidak mereka mampu. Yang penting sekali ialah ini memupuk persaingan yang kurang sihat. Kita patut bersyukur terhadap apa yang kita ada.
Penggunaan telefon bimbit berpanjangan mungkin dapat dikaitkan dengan sejenis kanser, satu kajian penting akan mendedahkan bukti bahawa mereka yang sering berbual panjang menggunakan telefon bimbit mempunyai risiko tambahan mendapat ketumbuhan otak yang berpotensi membawa maut.
BY :NURUL IZZAH
No comments:
Post a Comment