Sunday, 5 August 2012
Pantun Perpisahan..
PANTUN PERPISAHAN
HARI INI MENJUAL JAGUNG,
HARI ESOK MENJUAL JELAI,
HARI INI KITA BERKAMPUNG,
HARI ESOK KITA BERCERAI
DARI MANA HENDAK KEMANA,
TINGGI RUMPUT DARI KEPADI,
HARI MANA BULAN YANG MANA
DAPAT KITA BERTEMU LAGI.
KELIP-KELIP KUSANGKA API,
KALAULAH API MANA PUNTUNGNYA,
HILANG GHAIB KUSANGKA MATI,
KALAU MATI MANA KUBURNYA.
BATANG SELASIH PERMAINAN BUDAK,
BERDAUN SEHELAI DIMAKAN KUDA,
BERCERAI KASIH BERTALAK TIDAK,
SERIBU TAHUN KEMBALI JUGA.
ORANG ACEH SEDANG SEMBAHYANG,
HARI JUMAAT TENGAH HARI,
PERGILAH KASIH PERGILAH SAYANG,
PANDAI-PANDAI MENJAGA DIRI.
MANA MANGGUNG MANA PERIAMAN,
MANA BATU KILIRAN TAJI,
TINGGAL KAMPUNG TINGGAL HALAMAN,
TINGGAL TEPIAN TEMPAT MANDI.
BINTANG BARAT TERBITAN PETANG,
BINTANG IMUR TERBITAN PAGI,
JIKATIDAK MELARAT PANJANG,
ADA UMUR KETEMU LAGI.
BY:SARAH FARISYA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment