Friday, 29 June 2012

faktor pemilihan sesebuah rumah kediaman

Rumah kediaman yang lengkap dan selesa menjadi idaman semua manusia.Kini,terdapat pelbagai jenis rumah yang ditawarkan oleh pihak  pemaju perumahan daripada yang berharga puluhan ribu hinggalah ratusan ribu.Contoh rumah yang ditawarkan ialah rumah kos rendah,rumah teres,banglo,aparten dan kondominium.Pembelian sesebuah rimah bergantung kepada beberapa faktor.
         Faktor utama pembelian sesebuah rumah ialah lokasi rumah tersebut.Setiap pembeli sudah tentu inginkan rumah yang berdekatan dengan tempat kerja.Hal ini tentunya akan memudahkan mereka berulang-alik ke tempat kerja sekali gus menjimatkan kos pengangkutan.Kawasan yang tidak terlalu sesak juga menjadi pilihan utama pembeli.
         Selain itu,kawasan yang mempunyai kemudahan yang lengkap dengan pelbagai infrastruktur turut menjadi keutamaan.Kemudahan seperti jalinan jalan raya,hospital,sekolah,bank dan sebagainya menjadi pilihan pembeli.Jarak rumah yang ingin dibelidengan kemudahan di kawasan tersebut amat dititikberatkan.
         Keadaan rumah tersebut juga perlu berbaloi dengan harga yang ditawarkan oleh pihak pemaju perumahan.Sering kali berlaku rumah yang dibeli berlaku kerosakan seperti dinding retak dan lantai mendap.Oleh itu,pihak pembeli perlu berhati-hati agar tidak mudah terpedaya dengan janji manis penjual.
          Kesimpulannya,rumah merupakan keperluan bagi semua orang.Namun,jika ingin membeli rumah perlu mengambil kira beberpa faktor agar tidak menyesal pada kemudian hari seperti pepatah alah membeli,menang memakai.Rumah idaman keluarga sudah tentunya menjadi Rumahku.Syurgaku.

by:SYAFIQAH

No comments:

Post a Comment