Wednesday 13 June 2012

sektor pelancongan

Kebaikan sektor pelancongan kepada negara kita.Apabila kerajaan mula mengisytiharkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990, usaha inimenunjukkan bahawa kerajaan semakin memberikan perhatian yang serius kepada industri pelancongan kerana langkah ini berpotensi memajukan ekonomi negara. Setiap tahun bilangan pelancong yang datang ke Malaysia semakin meningkat. Persoalannya, apakah kebaikan yangdiperoleh negara dalam usaha mempromosikan negara yang kita cintai ini, iaitu Malaysia kepada pelancong dari luar negara.Satu daripada kebaikan sektor pelancongan negara ialah kita dapat memperkenalkan negaraMalaysia ke seantero dunia. Misalnya, melalui kejohanan perlumbaan kereta Formula 1 di litar Sepang, Sukan Komanwel 1998, kita dapat mempopularkan negara kita dalam kalangan peminatsukan dunia. Selain itu, kita dapat membuktikan bahawa kita mampu menjadi tuan rumah bagisukan berprestij dunia yang lengkap dengan pelbagai kemudahan prasarana. Slogan´MalaysiaBoleh¶¶ telah membuktikan keupayaan negara kita dalam penganjuran sukan yang bertaraf antarabangsa tersebut. Melalui penganjuran Kejohanan F1, Malaysia dapat dipromosi ke seluruhdunia dengan kos yang rendah melalui siaran langsung kejohanan tersebut ke seluruh dunia. Inimembuktikan bahawa tarikan penganjuran sukan bertaraf dunia bukan sahaja menggalakkankedatangan pelancong ke negara kita bahkan dapat mempromosi Malaysia kepada dunia luar secara meluas dengan kos yang minima bertepatan dengan maksud peribahasa,´Sa mbilMenyelam Minum Air´.Seterusnya, sektor pelancongan juga dapat meningkatkan ekonomi negara dari segi pengaliran wang asing masuk ke negara kita. Pelancong yang datang dari negara luar terpaksamenukar mata wang negara mereka kepada mata wang Ringgit Malaysia sebelum boleh berbelanja di sini. Ini dapat dilakukan sama ada di bank tempatan mahupun di pusat pertukaranmata wang asing. Mata wang asing ini kemudian disimpan untuk digunakan ketika membiayai perbelanjaan mengimport barang dari luar negara. Peniaga mata wang asing juga mendapatkeuntungan daripada pernigaan yang dijalankan. Pengaliran masuk mata wang asing ke negarakita bukan sahaja menguntungkan entiti perniagaan bahkan dapat digunakan untuk membeli barangan keperluan asas untuk rakyat tempatan dari luar negaraSektor pelancongan dapat memajukan industri kraftangan di Malaysia. Barangan kraftangan buatan rakyat tempatan bukan sahaja bermutu bahkan harga yang ditawarkan amat berpatutan.Barangan kraftangan buatan rakyat Malaysia yang diperbuat daripada kain batik, seramik, kayu, perak, kaca dan kulit amat cantik dari segi reka bentuk dan sesuai dijadikan cenderahati kepada pelancong. Pelancong pasti membeli-belah barangan kraf tangan buatan Malaysia seperti batik,kain songket, dan lain-lain sebagai buah tangan buat keluarga atau rakan mereka. Kedatangan pelancong asing ke Malaysia bukan sahaja memajukan industri kraf tangan ke luar negara kita bahkan menjadi PERIUK NASI KEPADA pengusaha

No comments:

Post a Comment