Wednesday 13 June 2012

persediaan yang perlu dilakukan dalam menghadapi banjir

Saban tahun kita dikejutkan dengan berita tentang bencana banjir.Malapetaka ini bukan sahaja berlaku di negeri-negeri di pantai timur,malah turut melanda di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Shah Alam.Banjir yang melanda disebabkan musim hujan yang panjang dan ada juga berpunca daripada sistem perparitan yang tidak efektif.Banjir pada tahun 2007 mencatatkan sejarah paling burukdi negeri Johor,Pahang dan Kelantan.Pelbagi langkah boleh bagi mengelakkan masalah ini menjadi lebih buruk.
            Langkah paling utama ialah pihak kerajaan haruslah memberi maklumat yang berkesan.Saluran media seperti television,radio dan akhbar boleh digunakan sebagai wadah oleh kerajaan dalam menyampaikan maklumat-maklumat yang berguna kepada orang ramai tentang cara-cara yang paling berkesan untuk menyelamatkan diri dan harta benda.Pihak berkuasa tempatan juga boleh menjelajah ke pelosok kampung bagi meningkatkan ilmu masyarakat tentang masalah banjir.
            Bukan itu sahaja,malah ibu bapa selaku pemimpin keluarga mesti bertanggungjawab mengawal anak-anak mereka daripada benjana banjir.Ibu bapa tidak harus membenarkan anak mereka keluar rumah ketika banjir melanda.Sering kita mendengar tentang mangsa banjir yang terdiri daripada kanak-kanak yang bermain air ketika banjir.Kemalangan jiwa yang sia-sia ini dapat kita hindari jika kita mengambil sikap beringat sebelum kena.
             Tuntasnya,kemalangan jiwa dan kerugian harta benda dapat kita kurangkan sekiranya langkah awal dilaksanakan.Semua pihak yang berkaitan semestinya bertindak secara bijak dan efisien agar banjir yang melanda setiap tidak lagi mengundang korban yang mengilukan,bak kata pepatah sesal dahulu pendaaptan,sesal kemudian tidak berguna.

by:SYAFIQAH

No comments:

Post a Comment