Wednesday 25 April 2012

BUNGA ..... RAFFLESIA / PAKMA


Bunga Pakma atau Rafflesia merupakan genus sejenis tumbuhan berbunga dengan bunga yang besar, dan bunga Pakma spesiesRafflesia arnoldii merupakan yang terbesar di dunia dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs). Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu diberi nama Rafflesia arnoldii sempena nama mereka. Bunga Pakma itu dijumpai di bandar Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera. Bunga Pakma adalah bunga rasmi negara Indonesia dan juga negeri Sabah di Malaysia.

Ciri-cirinya

3B: Berat, Besar dan Berat
Rafflesia ialah tumbuhan yang aneh. Pada hakikatnya, apabila ia sudah kembang, ia mengeluarkan bau yang teramat busuk, dan tumbuhan ini juga agak berat. 

Tiada Daun
Tidak seperti tumbuhan lain, rafflesia tidak mempunyai daun untuk memproses karbon dioksida dan cahaya matahari bagi menghasilkan gula dan oksigen.

Tiada Akar
Rafflesia juga tidak mempunyai akar untuk menyerap air dan mineral dari tanah untuk diproses sebagai protein. Apa yang ada cumalah tisu-tisu yang kelihatan seperti tiub-tiub halus yang panjang memasuki tumbuhan perumah. Ini menunjukkan bahawa rafflesia adalah sejenis parasit di mana ia tidak perlu manghasilkan nutrisinya sendiri. Ia hanya perlu menyerap nutrisi tersebut dari perumahnya, di mana perumahnya juga adalah tumbuh-tumbuhan lain.

Bintik-Bintik
Selalunya apa yang kita lihat adalah kelihatan seperti bunga yang besar. Ini merupakan organ seks bunga ini, kadang-kala dilihat di tempat paling atas sesuatu tumbuhan yang melingkar atau biasanya terdapat di mana-mana atas tanah yang agak lembap. Warna yang merah kecoklatan bagi kelopaknya, ditaburi dengan bintik-bintik putih menghasilkan bau yang amat tidak menyenangkan, hampir sama dengan bau yang dikeluarkan daging atau bangkai yang reput.

Perangkap Serangga
Sesetengah percaya bahawa bau busuk ini menarik perhatian lalat dan serangga lain dan ini membantu dalam menyebarkan benih rafflesia ini. Agar benih ini dapat tumbuh dan membesar, dijumpai bahawa lingkaran tumbuhan perumah mesti dirosakkan dengan apa cara sekalipun bagi membolehkan tiub-tiub rafflesia itu dapat memasukkan benihnya ke dalam tumbuhan perumah.

Jantina
Bunga Rafflesia juga mempunyai Jantina iaitu jantan dan betina. tiada yang dua alam atau khunsa.. hahahaha.. Yang betina lebih susah ditemui..

Lain-lain
Kerosakan pada tumbuhan perumah boleh dihasilkan dengan cara dipijak oleh haiwan. Benih-benih akan melekat pada tapak kaki haiwan yang lalu dan dipindahkan ke tempat lain di mana benih ini akan mencari tumbuhan perumah yang boleh dijadikan tempat tinggal. Walaubagaimanapun, ini tidak boleh dibuktikan. Didapati bahawa tumbuhan ini selalunya dijumpai di kawasan yang berlaku banyak aktiviti dan kurang di kawasan lain.

Spesisnya

1. Rafflesia arnoldii

2. Rafflesia aurantia

3. Rafflesia azlanii

4. Rafflesia baletei

5. Rafflesia banaoana

6.Rafflesia bengkuluensis

7. Rafflesia cantleyi

8. Rafflesia gadutensis

9. Rafflesia hasseltii

10. Rafflesia keithii

11. Rafflesia kerrii

12. Rafflesia leonardi

13. Rafflesia lobata

14. Rafflesia manillana

15. Rafflesia micropylora

16. Rafflesia mira

17. Rafflesia patma

18. Rafflesia philippensis

19. Rafflesia pricei


20. Rafflesia rochussenii


21. Rafflesia schadenbergiana


22. Rafflesia speciosa

23. Rafflesia tengku-adlinii
24. Rafflesia tuan-mudae
posted by : amirah fazila

No comments:

Post a Comment