Thursday 12 April 2012

kebaikan perubatan menggunakan herba

Kemajuan perubatan di negara kita semakin canggih sama ada perubatan secara mpden yang dilengkapi pelbagai alatan sofistikated.Begitu juga dengan perubatan secara tradisional yang turut nmenggunakan tumbuh-tumbuhan herba sebagai penawar kepada pelbagai jenis penyakit.
         Antara kebaikan perubatan secara tradisional ialah kos perubatan yang lebih murah jika dibandingkan dengan secara teknikal.Bahan-bahan perubatan diperoleh dari kawasan tempat tinggal kita.Sebagai contoh,daun belimbing buluh boleh dijadikan ubat darah tinggi,daun misai kucing dikatakan dapat merawat penyakit kencing manis,daun bunga raya putih pula dapat menurunkan kepanasan demam.
         Selain itu,perubatan tradisional merupakan perubatan alternatif kepada perubatan moden.Kadang-kadang terdapat penyakit yang diubati dengan perubatan moden seperti santau.Oleh hal yang demikian,pengamal perubatan tradisional yang dikenali sebagai bomoh atau tabib akan dirujuk oleh pihak pesakit.
        Kini,pihak kerajaan telah menyedari akan kebaikan perubatan tradisional dan menyokong industri ubatan yang menggunakan tumbuh-tumbuhan herbandustri ini diharan akan terus berkembang demi kesihatan sejagat.
by:
SYAFIQAH 

No comments:

Post a Comment