Tuesday 10 April 2012

kepentingan internet kepada pelajar

Informasi amat penting dalam era moden ini.Sesiapa yang menguasai dan memiliki banyak informasi maka merekalah yang paling berkuasa.Oleh itu,manusia berlumba-lumba mengejar informasi.Sumber informasi paling mudah diperoleh melalui sistem perhubungan yang tiada hadnya atau lebih popular dengan istilah Internet.         Internet amat berguna dalam usaha kita menambahkan ilmu pengetahuan .Selain ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru di dalam bilik darjah,kita boleh melayari Internet untuk dicurahkan oleh guru-guru di dalam bilik darjah,kita boleh melayari Internet untuk mendapatkan informasi tambahan.Dengan informasi tambahan kita akan lebih berjaya berbanding pelajar pelajar lain yang hanya bergantung kepada buku teks.Terdapat banyak laman web yang sesuai untuk pelajar-pelajar sekolah seperti Portal Pendidikan Utusan Malaysia dan tutorial.com.my.         Dengan adanya Internet,urusan permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinngi juga bertaambah mudah.Selain daripada data terperinci tentang kursus yang ditawarkan,pelajar-pelajar yang boleh mengisi borang permohonan secara talian terus. Bukan itu sahaja,pelajar-pelajar tidak perlu menunggu akan keputusan permohonan kerana mereka boleh menyemaknya dengan melayari Internet.         Pendek kata,memang banyak kelebihan yang diperolehi apabila kita menggunakan Internet.Kita mestilah berusaha untuk meraih segala peluang yang ada kerana yang bulat tidak akan datang bergolek dan yang pipih tidakn akan datang melayang.by:SYAFIQAH

No comments:

Post a Comment