Tuesday, 10 April 2012

kepentingan seni mempertahankan diri

Pada zaman dahulu ilmu seni mempertahankan diri merupakan senjata utama untuk berjuang menetang seteru atau melindungi keselamatan diri serta keluarga.Dengan perkembangan teknologi,seni mempertahankan diri tidak lagi digunakan untuk bertempur semata-mata.Kini,seni ini turut berfungsi sebagai salah satu aktiviti riadah yang digemari ramai.
          Antara kepentingan seni mempertahankan diri ialah kita boleh menjadikannya sebagai kegiatan ridah yang menyihatkan .Pergerakan serta langkah yang menjadi eleman seni mempertahankan diri mampu menggerakkan semua otot tubuh kita.Seni mempertahankan diri 'tai-chi sebagai contoh amat popular dalam kalangan masyarakat kini.
         Pengetahuan asas dalam seni mempertahankan diri mampu menjadi pelindung kepada kita dalam situasi yang mendesak.Peningkatan kes ragut,samun dan rogol pada masa ini menuntut kita agar lebih berhati-hati dan sentiasa bersedia untuk mempertahankan diri.
         Seni mempertahankan diri menjadikan kita berasa lebih yakin untuk menjalani kehidupan seharian.
         Kesimpulannya,seni mempertahankan diri tidak harus diketepikan keran amat
   relavan dengan kehidupan kita pada hari ini.Kita harus mempertahankannya agar seni yang unik ini tidak pupus ditelan zaman dan terus agar bak kata pepatah,tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas.


by:SYAFIQAH

No comments:

Post a Comment