Wednesday, 18 April 2012

TIP MENJADI PELAJAR CEMERLANG

Untuk menjadi pelajar yang cemerlang, berikut saya terangkan langkah demi langkah yang perlu anda pelajar lakukan;

1. Anda perlu forgive and forget, iaitu jika anda mempunyai masalah di sekeliling anda samaada masalah itu adalah di antara anda dengan keluarga, atau dengan kawan atau dengan pihak sekolah atau guru, maka langkah pertama yang anda perlu buat ialah, sedaya upaya maafkan mereka di atas kesalahan yang telah dilakukan dan lupakan masalah tersebut. Cara ini penting agar di dalam jiwa anda ada banyak ruang kosong untuk diisi dengan perkara-perkara yang positif dan dengan ini langkah anda untuk menuju kehadapan dengan kejayaan adalah lebih ringan dan mudah. Anda perlu melihat kehadapan dengan pandangan yang penuh agar anda dapat lihat segala potensi dan peluang yang ada dengan lebih baik.

2. Pandangan kehadapan ini membolehkan anda membentuk satu objektif jangka jauh dan seterusnya mengatur objektif jangka dekat. Pertama, semasa membentuk objektif jangka jauh, contohnya anda ingin menjadi seorang doktor, atau ahli perniagaan atau jurutera, maka objektif jangka jauh ini membantu anda mengenal pasti apakah kriteria yang diperlukan untuk mencapainya.

contohnya;

Doktor <--masuk U <--biasiswa @ x biasiswa <-- result SPM cemerlang <--Chemistry + Biology mesti A1 <--peperiksaan sekolah cemerlang.

3. Menulis objektif anda secara terperinci dengan ayat anda telah memiliki impian itu.
contohnya;

A. Saya sihat dan gembira kerana saya berjaya menjadi seorang doktor yang baik dan saya dapat memberi perkhidmatan yang terbaik bagi membantu para pesakit yang sangat memerlukan bantuan saya.

B. Saya sihat dan gembira kerana keputusan peperiksaan SPM 2007 saya sangat cemerlang iaitu saya memperolehi;

BM A1
BI A1
Math A1
Add Math A1
Sejarah A1
P.Islam A1
Chemistry A1
Biology A1
Physics A1
EST A1

Terima kasih Tuhan. Alhamdulillah.

4. Melekatkan impian ini di tempat yang anda selalu boleh lihat dan membacanya setiap hari. Adalah sangat baik jika anda juga boleh berdoa di dalam setiap kali selepas solat. Ingat, bila anda berdoa, anda juga perlu berdoa dengan terperinci seperti mana yang anda tuliskan.

Sebenarnya apa yang berlaku apabila anda melakukan perkara-perkara di atas ialah;

1. apabila kita forgive and forget, kita sebenarnya melapangkan fikiran kita agar kita boleh berfikir secara positif dan menumpukan fikiran kita untuk membina kehidupan yang baik di masa hadapan.

2. apabila kita menulis objektif atau impian kita, otak kita dapat melihat dengan lebih jelas arah tujuan kehidupan kita sehinggakan ini dapat membantu kita mengecapi impian dengan lebih teratur dan terurus.

3. apabila kita membaca impian-impian kita dengan jelas dan terperinci setiap hari, kita sebenarnya memberi arahan kepada otak kita tentang impian ini, sehinggakan otak kita menjadi ingat dan seterusnya menghantar isyarat dalaman kepada seluruh anggota badan supaya bekerja untuk mencapai impian ini. Dengan ini tanpa disedari, kita menjadi lebih bersemangat, lebih suka belajar, lebih suka bergaul dengan golongan yang suka belajar, lebih memberi perhatian kepada pengajaran guru, tidak cepat berputus asa dan sentiasa seronok apabila mendapat input baru tentang cara-cara untuk belajar dengan lebih berkesan. Badan kita juga secara semula jadi akan menolak perbuatan-perbuatan negatif iaitu, kita akan sangat berasa bersalah jika kita membazir masa dan dengan ini kita akan lebih berhati-hati tentang pengurusan masa, dan kita juga akan bersikap positif.

Lakukanlah kaedah di atas secara berterusan dan yakin.
Saya yakin anda pasti berjaya.
BY : NURUL IZZAH

No comments:

Post a Comment