Industri kraf tangan telah berkembang maju di negara selaras dengan perkembangan industri pelancongan negara.Kraf tangan pasu terkenal di Sarawak,labu sayung di Perak dan tikar pula di Sabah.Perusahaan kraf tangan ini mempunyai potensi yang cerah.
Terdapat pelbagai kebaikan yang tersirat di sebailik industri kraf tangan ini.Antaranya ialah dapat menarik golongan muda,terutama siswazah yang menganggur untuk menyertai perusahaan kraf tangan.Secara tidak langsung industri kraf tangan mempunyai generasi pelapis agar tidak ditelan zaman.
Selain itu,pasaranyang cukup luas sama ada di dalam negara atau luar negara.Kraf tangan setempat mempunyai ramai penggemar sama ada disimpan sebagai kenangan atau cendramata.Industri ini akan membantu ekonomi negara menerusi kepada pelancong asing.
Kesimpulannya,industri kraf tangan memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.Galkan kerajaan melalui bantuan dana dan teknikal penting agar industri ini kekal zaman-berzaman agar tak lekang dek panas,tak lapuk dek hujan.
by:SYAFIQAH
No comments:
Post a Comment