Sunday 1 April 2012

cara-cara menjaga kebersihan alam sekitar

Kebersihan merupakan aspek terpenting dalam kehidupan manusia.Kebersihan mencerminkan peribadi sesebuah masyarakat dan negara.Kebersihan tidak terhad menjaga kebersihan tubuh badan,malah merangkumi kebersihan alam sekitar.Oleh itu,rakyat haruslah bersama-sama berusaha untuk memelihara kebersihan alam sekitar.
          Amalan menjaga kebersihan alam sekitar seharusnya bermula dari rumah.Ibu bapa perlu menunjukkan teladan kepada ahli keluarga yang lain.Mereka boleh mengarahkan anak-anak untuk membantu mereka membersihkan kawasan rumah.Anak-anak dibahagikan kerjamengikut kapasiti masing-masing seperti menyapu halaman rumah,membersihkan tempat-tempat takungan air dan menanam bunga-bugaan bagi mencantikkan pemandangan.
         Disamping itu,aktiviti gotong-royong patut sering diadakan di kawasan perumahan dan juga kampung.Antara aktiviti yang boleh dijalnkan iailah membersihkan saluran air yang tersumbat,menanam pokok-pokok dan membersihkan taman permainan kanak-kanak.Aktiviti seperti ini bukan sahajadapt membersihkan serta mangindahkan alam sekitar malh dapat mengeratkan ikatan perpaduan antara kaum.
         Konklukasinya,aspek kebersihan mestilah dititikberatkan dalam kehidupan kita.Setiap orang di negara harus bersama-sama menggalas tanggungjawab memelihara persekitaran bak kata pepatah,berat sama dipikul,ringan sama dijinjing.Negara yang bersih akan melahirkan masyarakat yang sihat.

by:SYAFIQAH   

1 comment: