Semasa pada zaman persekolahan, kita sudah biasa untuk bangun awal pagi untuk pergi ke sekolah. Jadi, tiada masalah untuk bangun pagi. Tetapi masalah timbul apabila kita sudah meninggalkan zaman persekolahan. Semasa menuntut di Pengajian Tinggi, biasanya kuliah bermula pada pukul 8 pagi. Maka terdapat kesukaran untuk bangun pagi untuk bersiap akibat rutin bangun pagi pada zaman persekolahan yang telah kita tinggalkan.
Keadaan lebih parah apabila kita sudah memasuki alam pekerjaan di mana terdapat syarikat yang memulakan waktu operasi pada pukul 10 pagi. Sudah tentu terdapat kesukaran untuk bangun pagi. Saya sendiri alami kesukaran untuk bangun pagi. Fungsi alarm yang terdapat pada handphone langsung tidak membantu. Tambahan pula, di Bandaraya Kuala Lumpur, langsung tidak kedengaran ayam berkokok. Sehingga kadang-kadang petir yang menyambar pada awal pagi langsung tidak kedengaran.
Jadi, kini saya hanya mengharapkan jasa baik emak untuk mengejutkan saya pada awal pagi untuk solat Subuh. Jika dia tidak kejutkan, leburlah solat Subuh saya. Jadi, disini saya nak share sikit tips untuk bangun pagi yang saya baca pada sumber yang boleh dipercayai,
- Orang-orang yang beriman sentiasa mengerjakan solat pada awal waktu dan menjadikan sebahagian malamnya dengan mengabdi kepada Allah. Bagi mereka yang telah terbiasa melakukan ibadah solat ini dengan disiplin maka kebiasaan bangun pagi ini tidak menjadi masalah.
- Jika menemukan kesukaran berdoalah ketika ingin tidur dengan membaca doa tidur, ayat kursi, surah al ikhlas, surah al falaq dan surah an Nas, kemudian berdoalah bersungguh-sungguh dalam hati agar tepat pada waktu Solat Subuh masuk agar Allah bangunkan kita. Amalkanlah Insya Allah, Allah SWT memberikan jalan yang terbaik untuk kita.
- Sesetengah orang akan bangun pagi jika dia tidur pada awal. Tidur awal disini adalah pada pukul antara 10 malam sehingga 12 malam. Jadi, tidurlah awal supaya dapat bangun awal pagi.
- Ada antara kita yang mempunyai banyak handphone. Jadi, sila aktifkan fungsi alarm pada semua handphone itu. Bila semua handphone berdering, maka satu rumah akan bergegar dan semua orang akan terjaga.
BY :NURUL IZZAH
No comments:
Post a Comment