Sunday 1 April 2012

faedah kitar semula

Dianggarkan melebihi satu ribu tan sampah yang dipunggut pada setiap hari di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor seperti yang dilaporkan oleh akhbar Berita Harian pada 23 Disember 2007.Cuba bayangkan sampah dari kawasan lain di seluruh negara Malaysia.Ke manakah sampah itu dibawa dan apakah yang dilakukan seterusnya?Oleh itu,saranan kerajaan agar kita mengamalkan amalan kitar semulaperlu dicakna bersama.
         Antara faedah amalan kitar semula ialah dapat mengurangkan pencemaran.Barangan seperti kaca,surat khabar lama,dan plastikdapat digina selpas melalui proses tertentu.Melalui cara ini,kita dapat mengurangkan amalan membakar sampah secara terbuka yang sudah tentu memberikan impak negatif kepad kualiti udara yang kita sedut pada detiap hari.
          Bukan itu sahaja kita dapat melindungi hutan di negara kita.proses kitar semula surat khabar dan kertas lama sudah tentu menyelamatkan pokok daripada ditebang untuk dijadikan kertas baru untuk kegunaan seharian.Di samping itu, kita sebagai pengguna akan dapat memperoleh wang tambahan daripada hasil jualan barangan kitar semula.
           Melalui kitar semula juga,kawasan pelupusan sampah dapat dikurangkan.Sisa-sisa domestik yang dipungut setiap hari akan dibawa ke tempat pelupusan sampah membabitkan berekar-ekar tanah.Jelaslah di sini usaha bersama dalam menjayakan kitar semula dapat mengurangkan kawasan pelupusan sampah dan bau busuk.
         Tuntasnya amalan kitar semula seperti saranan pihak kerajaan membawa kebaikan kepada semua pihak.Amalan ini tidak akan berjaya sekiranya tidak bermula dari bawah,iaitu dari rumah kita sendiri.Usaha ini perlu ke arah melestarikan alam di negara kita.


BY:SYAFIQAH   

No comments:

Post a Comment